Tips memilih saham: Elakkan syarikat penerbangan
Hello pembaca SaifulSham,
Baiklah, sudah sekian lama saya tidak menyambung penulisan saya dalam dunia saham. Hari ini, untuk pertama kalinya, saya akan menyambung penulisan tersebut atas permintaan pembaca SaifulSham.
Baiklah tuan-tuan dan puan-puan,
Sewaktu awal pembelajaran saya dalam dunia saham (hasil tunjuk ajar bapa saya), saya banyak membuat taksiran yang salah dalam menilai sesebuah syarikat.
Bapa saya berkata, untuk menilai sesebuah saham, kita harus berfikir sebagai seorang usahawan dan bukannya sebagai pelabur semata-mata.
Terdapat perbezaan ketara antara pemikiran seorang usahawan dan seorang pelabur, iaitu usahawan selalunya akan menilai sesebuah syarikat untuk keuntungan jangka panjang ibarat beliau adalah pemilik perniagaan, manakala seorang pelabur selalunya menginginkan keuntungan dalam jangka masa yang singkat.
Disebabkan faktor ini, ramai orang yang menjadi pelabur tidak dapat menilai dengan baik nilai sebenar sebuah syarikat. Ramai yang datang kerana spekulasi dan akhirnya menanggung kerugian.
Sebagai mana saya, sebelum lahirnya laman web www.planesplanet.com, saya meminati dunia penerbangan dan bercita-cita menjadi seorang pilot. Itulah chilhood dream saya. Disebabkan minat, sewaktu mempelajari dunia saham, saya tidak akan terlepas pandang untuk memerhatikan saham syarikat penerbangan terutamanya MAS dan AirAsia.
Akan tetapi bapa saya memberitahu; “Elakkan dari melabur dalam syarikat penerbangan”.
Katanya, walau seorang pakar pun yang mengkaji dan mengalakkan kita untuk membuat belian, beliau tidak akan sekali-kali terjun ke dalam saham syarikat penerbangan.
Katanya, ada beberapa prinsip untuk menilai sesebuah syarikat. Katanya, kita perlu melihat industri yang diceburi sesebuah syarikat.
Apakah ciri-ciri industri tersebut. Apakah potensi industri tersebut. Seperti yang kita tahu, di Malaysia hanya ada MAS dan AirAsia di Bursa Malaysia.
Dalam industri penerbangan, jarang ada orang menaiki pesawat untuk terlalu memikirkan kualiti yang ditawarkan sesebuah syarikat. Sejarah membuktikan, sesiapa yang mampu menawarkan harga terendah, dialah pemenang sebenar.
Di Malaysia, tidak semua rakyat kita berfikir untuk kualiti semata-mata. Disebabkan ramai rakyat kita terdiri golongan kelas menengah, kita tidak kisah jika sesuatu penerbangan itu tidak menyediakan minuman percuma atas penerbangan. Kita tidak akan kisah untuk duduk di tepi tingkap pesawat atau di tengah-tengah kerusi, asalkan kita sampai ke destinasi yang dituju.
Oleh sebab itu, walaupun syarikat MAS mengatakan mereka memberikan perkhidmatan lebih baik dari AirAsia, kebanyakan dari kita akan lebih memilih kepada kos perjalanan.
Bukan itu sahaja, industri penerbangan adalah industri yang mencabar. Tidak kiralah AirAsia atau MAS, mereka mempunyai seribu perkara yang boleh membuatkan diri mereka dalam bahaya.
Sebagai contoh, selsema burung yang melanda pada tahun lepas. Disebabkan selsema burung, orang luar takut untuk melancong, dan disebabkan itu syarikat penerbangan menghadapi kesukaran memenuhkan kerusi.
Sama halnya dengan keganasan September 11, sejak dari itu, orang lebih berhati-hati untuk menaiki kapal terbang. Sedikit berita buruk dari luar negara, ia memberikan impak besar kepada industri penerbangan negara.
Sama juga halnya dengan kenaikan harga minyak. Disebabkan 60 peratus kos operasi syarikat penerbangan adalah kos bahan api, setiap kali harga minyak naik, mereka akan menghadapi kesan yang buruk dan ketara.
Jadi, sebagai seorang pelabur yang berpandangan usahawan, adalah tidak bijak memilih syarikat yang dalam industri mencabar sebegini. Apa-apa boleh terjadi diluar kawalan kita.
Kesimpulannya, untuk tips hari ini, elakkan dalam memilih saham syarikat penerbangan atau saham-saham syarikat dalam industri lain yang mempunyai masa depan mencabar seperti syarikat penerbangan.
Sekian, jumpa lagi!
Â
Â


August 16th, 2006 at 11:22 pm
Syukur dapat mengetahui tips ini mungkin berguna buat saya suatu hari nanti
August 17th, 2006 at 10:55 am
Haha.. I’m excited. Mekasih atas nasihat yang amat berguna. Out of curiosity, mungkin untuk approach ‘buy and hold’ syarikat pernerbangan memang tak patut dipikirkan langsung. Approach yang bagaimana paling sesuai untuk syarikat penerbangan ni? Apa pendapat Saifulsham dengan approach ‘Crisis investing’?
August 17th, 2006 at 11:54 am
ksimpulannya ialah jgn beli sham kapal terbang nanti duit terbang..
he he
August 17th, 2006 at 11:10 pm
satu tips yang baik dan menarik
August 18th, 2006 at 12:43 pm
mmg saya tengah intai-intai airasia sebelum ni. tapi disebabkan harga minyak yang tak menentu, walaupon harga murah, tak berani nak beli. nasib ada tambahan info kat sini
terima kasih.
August 18th, 2006 at 2:49 pm
untuk pelaburan jangka panjang eloklah melabur dalam saham amanah..
August 18th, 2006 at 11:32 pm
bagus penerangan anda tu. saya tak minat kaunter penerbangan ni sbb tidak diluluskan oleh syariah. macam mana kuat cari duit pun mesti nak yang halal saja.
August 18th, 2006 at 11:44 pm
minta maaf jika komen saya keterlaluan. Sila padamkan.
August 23rd, 2006 at 11:58 am
yer laa kena pandai pilih la kalu nak pilih saham yang benar2 mantap dan menguntungkan dan berbaloi.
kalu dulu memang bagus untuk buat duit dengan saham. citer pasal saham dulu dan sekarang memang berbeza. kalu dulu memang ada yang boleh pakai kete yang best.
bergaya ler kononnya dapat untung dlm saham. lepas beberapa lama, apabila saham dah tak berapa mendadak naik. maka terpaksa la berulang-alik naik motor je.
pakai motor pun masih pergi tengok saham. mana ler tahu untung saham mendadak naik. motor lama pulak tu. alahai saham punya pasal…
(itu citer dari ayah saya ler pasal member dia dan sahamnya… kisah benar tu)
February 10th, 2010 at 12:44 am
Boleh ke saudara bagi nasihat saham syrikat minyak pulak..e.g Ramunia, KMN, SAAG dsbnya….demo ni agak2 boleh boom kah atau deboommm kah? Thank you in advance