Keusahawanan Internet Dan AdsenseRamai yang menyangka apabila seseorang itu sudah berjaya “Buat Duit Dengan Internet“, orang tersebut sudah lepas bebas. Mahu buat apa sahaja, semuanya di hujung jari. Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan, hidup ini tidak begitu. Contohnya kami, kami sentiasa juga menghadapi kerumitan dan masalah. Kami juga memerlukan Google, mentor dan rakan-rakan. Kami juga menyelesaikan sendiri masalah kami, kami juga mengambil masa berhari-hari dan berjam-jam untuk mencari punca masalah. Jadi mengapa sebahagian dari anda tidak boleh? ;)

Ya, cuma… kita mencari maklumat berbeza. Mungkin anda mencari maklumat mengenai perniagaan internet, Google Adsense dan sebagainya, manakala, kami pula mencari maklumat-maklumat yang lebih teknikal.

Kejayaan dalam kehidupan baik perniagaan mahupun apa sahaja adalah sebuah pengembaraan bukan destinasi.

Tapi asasnya tetap sama. Kemahiran research menggunakan Google, networking dan sebagainya. Mungkin ada di antara anda sedar dan ada yang tidak, selama beberapa minggu lepas SaifulSham.com mengalami sedikit “masalah” teknikal yang sukar dijelaskan. Lain pelawat akan melihat versi yang berbeza. Dan dengan sabarnya kami bertanya, menyelidik dan akhirnya berjaya memperbaiki kerumitan tersebut. Masalah boleh diatasi. Tapi tidak semua boleh diselesaikan segera.

Pernah anda baca kami merungut dan give up? :)

Ada bijak pandai mengatakan:

If you don’t meet any problems, you are not progressing

Jika kita lihat contoh lain pula, Tiger Woods. Beliau bukan menjadi juara golf kerana beliau pandai bermain golf sahaja, tetapi sebab beliau memang “pandai”.

Mungkin Tiger Woods tahu apa yang anda tidak tahu, bagaimana nak pukul bola, angle yang perlu diambil namun ada juga perkara yang dia tidak tahu (dan anda pun tidak tahu..ini masalah martabat tinggi… :p )

Tiger Woods pandai kerana dia tahu apa yang dia perlukan dan mengatasi masalah untuk mendapatkan apa yang dia perlukan. Lebih dari itu, dia kerap “mencari” masalah. :)

Jika anda mengikuti kerjaya Tiger Woods, beliau mengalami 2 kali kemerosotan prestasi. Pertamanya ketika beliau menukar set golfnya kepada set golf Nike. Pemain golf professional lain mengetawakannya dan meramalkan kejatuhannya, kerana Nike bukan pakar dalam peralatan golf! Tetapi Tiger Woods diam dan terus berusaha memperbaiki cara permainannya. Hasilnya, setelah setahun, beliau bangkit balik! Malah, lebih hebat dari sebelum beliau menukar set golfnya!

Senyap pemain golf lain. :)

Kali kedua dia sengaja berbuat demikian adalah apabila dia menukar cara “swing” nya setelah bertukar jurulatih. Ramai orang pelih, kenapa bertukar sesuatu yang masih elok? Dia masih diam, dan terus bekerja untuk menguasai teknik tersebut dengan gigih.

Dia sengaja, dan dia mencari jawapan untuk soalan yang tidak diketahuinya.

Namun, jika anda baru mahu berjinak-jinak dengan golf, anda jangan pula gatal-gatal hendak mencari jawapan kepada soalan Tiger Woods! Baik anda tumpukan kepada memahami peraturan dan cara permainan golf asas dahulu. Ingat, lain level anda, lain soalannya. Jadi, fokus kepada menjawab soalan anda sendiri.

Jika anda mahu contoh yang lebih dekat, kita ada Kuan Beng Hong, pemain badminton muda negara. Tahukah anda beliau mengalami kesulitan untuk  menguasai cara memukul bulu tangkis seperti yang dikehendaki jurulatih barunya, Li Mao. Li Mao berkata cara dia memukul bulu tangkis sebelum ini mudah diramal lawan. Dan dia mengeluh, namun jurulatihnya bertegas dengan mengatakan, apabila dia sudah “pick up” cara baru ini, dia akan lebih berjaya dari sebelum ini.

Li Mao adalah jurulatih dari China yang memainkan peranan dalam melahirkan jagoan-jagoan badminton generasi muda China. Untuk pengetahuan anda, jika dulu Indonesia adalah gergasi badminton dunia, kini China telah ambil alih.

Baiklah, SaifulSham begitu, Tiger Woods begitu dan saya yakin ahli-ahli perniagaan yang lebih berjaya lain pun begitu. Persoalan untuk anda:

Do you have what it takes to succeed?

Dan

Do you ask yourself questions and try to answer it yourself FIRST?

Dan

Adakah anda bersedia untuk menukar perspektif dan cara berfikir, bahkan pemahaman lama anda untu berjaya?

Tepuk dada sampai bila-bila. Soalan ini anda tidak akan dapat jawab dengan tepuk dada & tanya selera sahaja.

Berubah & bertindak does.

p/s: Saya mahu dengar jawapan & pandangan anda pula! Komen skit :)

p/p/s: SaifulSham Ezine edisi November dalam perjalanan, omputih kata ”On The Way“. Maaf lambat, jalan sesak sebab semua orang balik raya. hehe.. ;)