Tips Perniagaan Internet Terbalik Yang Tidak Diketahui Ramai
Bila sebut perniagaan internet, kita selalunya terfikir jual barang kat internet. Ataupun beli dan jual balik dari internet sahaja. Kita jarang terfikir (ada, tapi jarang) mengenai potensi mendapat barangan murah dari Internet untuk dipasarkan semula di sekeliling kita. Ya, pengguna internet yang ramai ini bukan sahaja boleh jadi pelanggan kita, tetapi juga boleh jadi supplier kita!
Jika anda tertanya-tanya, bagaimana?
Saya akan tanya balik. Berapa banyak wang yang anda ada?
Jika anda ada banyak wang, anda boleh terus menghubungi pengilang-pengilang di direktori pengilang yang ternama di dunia ini. (mungkin saya akan sentuh mengenai hal ini dlam petikan akan datang). Selepas anda menghubungi pengilang ini, seterusnya terpulang kepada kemahiran anda tawar menawar untuk mendapatkan deal yang terbaik. Hint: Bukan sebarang pengilang, pengilang dari China menawarkan harga yang boleh tahan.
Jika wang anda sedikit, anda mungkin tidak boleh terus berhubung dengan pengilang, tapi anda boleh berhubung dengan distributor. Membeli dalam kuantiti yang lebih kecil. Suka saya ingatkan, dalam deal-deal seperti ini jika anda sudah ada relationship, nothing is fixed. Everything is negotiable.
Saya bawa satu kes study real yang terjadi kepada diri saya sendiri.
Dulu saya menggunakan prepaid Maxis (sekarang dah tukar bil). Tapi ketika memakai bil dahulu, saya tidak pernah membeli prepaid di dunia nyata. Kenapa? Sebab di Internet saya boleh dapat RM 26.80 untuk prepaid berharga RM 30 bila-bila masa saya mahu tanpa perlu menyertai mana-mana program.
Ya, saya ada contact (lebih dari satu, tapi harga paling mahal pun RM 28, oklah kan?)
Berbanding dengan senario di UTP, penjual prepaid di sini tidak bagi diskaun walau satu sen pun untuk prepaid. Saya boleh sahaja membeli dari Internet dan menjual kembali di UTP pada harga RM 30 atau RM 29 dan masih buat untung. Apa anda kata? Sikit, RM 1 je?
Itulah, anda tidak tahu sekuat mana perbelanjaan topup pelajar universiti.
Setakat 3 angka tu memang tiada masalah lah. (tapi saya tidak menjalankan perniagaan ini kerana terlalu sibuk, jadi kalau anda nak adaptasikan memang boleh)
Jadi anda akan bertanya, nak dapat kat mana topup ni?
Haa…saya tak nak menjawabnya. Sebab, saya tak nak anda nampak topup je, itu satu peluang. Ada banyak lagi peluang lain yang tersembunyi di Internet. Cuba anda lakukan brainstorming. Cerakinkan idea. Think out of the box. Saya bagi satu lagi hint, barangan elektronik. Nak lagi? Aik…melampau la tu…dah , 2 je… yang lain anda kena fikir sendiri pulak.
Dan antara tempat-tempat yang paling bagus dan boleh dikatakan lombong emas adalah laman lelongan. Di sini bukan barangan terpakai sahaja yang ada, tetapi barangan murah terus dari kilang pun ada. (yela2 monyoknya muka,saya beri lagi satu idea, kawan saya ada beli lampu garam dari Internet sebab harganya lebih murah dari pasaran!)
Tips Hari Ini: Possible tak jika anda beli barang murah dari Internet, dan jual balik di tempat anda?
Oh ya, harus anda ingat. Berbeza dengan suasana antarabangsa di mana Ebay popular, di Malaysia, Lelong lebih popular. (oh ya, ada pembaca SS kata pada saya dia takut dengan lelong, sebab nama menyeramkan
)
Jadi, apa kata anda pergi ke lelong sekarang, daftar sebagai ahli (Percuma sahaja) dan lihat-lihat apa yang ada. Window shopping lah orang kata. Btw, satu lagi hint, ni tengah bulan. Banyak orang memerlukan wang, jadi jangan terkejut jika anda menjumpai deal-deal yang hebat di sana:


September 6th, 2006 at 2:47 am
ooo..bagus tu….kena survey2 dulu lah ni..kena dapatkan yang terbaik….yosh!!!
September 6th, 2006 at 2:49 am
TERBALIK ke TERBAIK?
September 6th, 2006 at 2:53 am
It’s really “Terbalik” bot terbaik Josh
Terbalik sebab orang selalu fikir pergi ke Internet untuk jual barang, tapi ini kita pergi “away” dari Internet untuk jual barang.
It’s a two way street, hence the word “terbalik”.
September 6th, 2006 at 8:33 am
Assalamualaikum.
Betul tu. Saya pon ada beli barang murah dari internet untuk dijual semula dengan harga yang lebih tinggi.
Terima kasih untuk ilmu pada hari ini.
Wassalam.
September 6th, 2006 at 8:36 am
akum,
yang saya nampak direktori pengilang terbaik adalah http://www.alibaba.com.
eh, dah kembali guna plugin anti-spam yang lama?
September 6th, 2006 at 10:17 am
Good idea. Agak2nyer orang yang jual lelong.com tu beli byk2 dari kilang. Dapat harga murah..
September 6th, 2006 at 12:48 pm
Emm, satu idea yang memang baik. Saya pun dalam proses ke arah itu. Tips yang SaifulSham berikan memang bernas dan amat berguna.
September 6th, 2006 at 1:38 pm
Nice tips..saya penah beli printer kat lelong rm100 lepas tu jual balik dengan harga rm180 kat umah..best kan?Seronok lawan bid..hehehe..tapi jangan terbawa bawa plak ye..set harga kita nak..kalo lebih,bid yang lain pulak..maybe kita boleh dapat harga yang lebih murah..
September 6th, 2006 at 7:05 pm
wah…interesting la topic ni.tq for the information.
September 6th, 2006 at 11:05 pm
Wah… rupanya top up leh dapat dengan harga murah di Internet yer.. huhu x sangka laks…. Tq kerana tips berguna ini
..
Cheers
September 7th, 2006 at 6:28 pm
topup antara benda yang kita boleh dapat murah kat tenet..tapi kebiasaannya just no.topup dan bukan kad fizikal..tapi takpela,kita bukan nak kad,yang kita nak topup telefon nak kol orang..kalo sebut orang tu bolehla dikategori customer,awek,parent,family,kawan² dan sebagainya..
Kene cari sumber la kalo nak murah..
September 7th, 2006 at 11:23 pm
Ada juga peniaga yang jual di kios2 di pasaraya buat cara ni. Beli bulk di internet, kemudian jual balik kat kios? untung berlipat kali ganda, sebab? kalau tak untung, takan dia nak buat cenggitu… tak gitu?
September 7th, 2006 at 11:27 pm
Saya pernah pergi kedai henpon… Kat monitor dia cuba teka website apa?
Lelong! :p
September 8th, 2006 at 12:22 pm
Wah, kat mana nak dapat top up murah melalui internet nih yek.. sy jual top-up, tapi x la dapat harga semurah cam saudara kata tuh.. ni yg jeles nih.. try cari lagi lah..
September 17th, 2006 at 2:09 pm
laa aku telambat ka..haha.eh kat mana beli prepaid murah tu?heheh nak tau gak..tq
February 16th, 2007 at 9:35 am
plz tolong aini, kena mulakan hidup baru, nak cari rezeki yang halal, plz guide me, plz, nak tahu kat mana dapat beli top murah tu, dapat jugak bual duit sikit….
April 6th, 2007 at 12:54 pm
Thanks atas tip yg diberi.Semoga lebih ramai rakyat malaysia yg ambil peluang ni.Amin
June 24th, 2008 at 4:06 am
Web ini sebagai rujukan je… saya ada ke sana, ada sape2 nak komen/bincang?
Dalam web tu kata boleh dapat rm5.00 bila berjaya buat urusniaga, beul ke?
Ada sesiapa jumpa laman lelong melayu kita? Produk Halal ke?
December 25th, 2008 at 9:54 pm
elloooo….cne nak beli barang2 kat lelong tu ea??????be da tempah,cne nak bayar???
December 25th, 2008 at 9:55 pm
elloooo….cne nak beli barang2 kat lelong tu ea??????ble da tempah,cne nak bayar???
December 25th, 2008 at 9:56 pm
tolong plizzz…nak beli barang murah gak….
January 19th, 2009 at 7:21 am
Parry awak g bli lelong mane satu? Lelong.com.my ke lelong.ebays.my?
Kalau lelong.com.my tu cine punya kan? Nak jual kene byr yuran.. lelong.ebays tu free je.. saya dah try masuk.
January 19th, 2009 at 7:27 am
Tips terhebat untuk menjual barang secara percuma ada di lelong.ebays.my dan
Untuk mempromosi barangan secara media seperti video ada do youtube.ebays.my..
- sokonglah web budak melayu nih.. islamic lagi…
June 26th, 2009 at 1:05 pm
mnEw nk dpt kn top up murah ??