Tan Sri Nadzmi Salleh Dan Perniagaan InternetHari ini kami berehat sedikit dari menulis di SaifulSham kerana kami menulis artikel untuk disiarkan di dalam SaifulSham Ezine dan menyiapkan assignment. Haha… :) Cover untuk Bulan Oktober 2006 telah siap, dan bagi anda yang belum mendownload SaifulSham Ezine bulan September, bertindak sekarang, kerana setelah ia pergi, ia pasti tidak kembali!

Ok, menarik mengenai Ezine bulan Oktober ini, Sabri akan menggunakan sekali lagi “No Nonsense Style nya” untuk menerangkan model perniagaan kegemaran newbie dan kenapa ia adalah pilihan yang silap. Artikel tersebut mungkin akan menjadi kontroversi dikalangan newbie, tetapi otai-otai saya pasti akan bersetuju kerana mereka tahu, model perniagaan tersebut “lack substance”. Hint: Ada survery mengenai unsur tersebut sedang bertiup di WangCyber. Apa? Nantikan…. :)

Oh ya, seperti apa yang saya katakan kepada protege-protege SaifulSham, saya tidak akan menjaga hati sesiapa kali ini. Ubat itu pahit.  Manis membawa diabetes. :)

Dan sudah tentu, cover girl boy man kita kali ini adalah Tan Sri Nadzmi Salleh. Banyak kejayaan dalam perniagaan yang telah dicapai beliau, kecuali membawa pulang Piala Thomas ke bumi Malaysia (beliau juga adalah Presiden BAM) ;) Nantikan kupasan mengenai beliau dan juga strategi bisnes yang diamalkannya dalam menguruskan Nadi Corp dan syarikat-syarikatnya. 

FREE Software Inside? It’s for me to know, for you to find out! Gotcha… ;)

Harga Istimewa untuk subscriber dan peminat SaifulSham: RM 0.00!

Harga Istimewa untuk pembaca lain : RM 9.97

Hint : Jika anda belum mendaftar sebagai peminat @ subscriber SaifulSham, gunakan form kanan atas untuk mendapatkannya percuma dan download Ezine bulan September. Ezine bulan Oktober akan dihantar terus ke emel anda apabila siap. Pastikan anda add as contact email kami!

Terima kasih kepada semua yang mengucapkan Selamat Berpuasa & Menyambut Ramadhan kepada Team SaifulSham, kami juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa & Selamat Menyambut Ramdhan, Membanyakkan Amal, Mengurangkan Alasan & Dilimpahkan Rezeki kepada semua pembaca. Terima Kaseyy! ;)