Usahawan Tani UTP
Hello pembaca SaifulSham,
Cuti semester telah bermula dan saya kini bersedia untuk meluangkan banyak masa untuk pengembangan SaifulSham.com.
Saya sebetulnya amat-amat terharu akan sambutan terhadap SaifulSham sejak akhir-akhir ini. SaifulSham kini sudah diterima dan diiktiraf ramai pihak.
Ada banyak perkara menarik menanti pada bulan Jun ini. Seperti yang Sabri sudah war-warkan, affiliate pertama bagi SaifulSham akan dibuka Jun ini. Produk apa yang akan diaffiliatekan?
Mm, tunggu…kerana Marsyal S. akan muncul beberapa ketika ini dan akan memberikan kejutan kepada anda semua.
Baiklah, hari ini saya ingin berkongsikan perihal keusahawanan yang dapat saya korek dari seorang pelajar UTP. Beliau adalah seorang usahawan tani yang baru mengorak langkah tetapi kini sudah mampu berbangga atas pencapaiannya.
Pada awalnya beliau tidak mahu dirinya diceritakan kepada pengetahuan umum, akan tetapi selepas saya memujuknya untuk berkongsi kisahnya, akhirnya beliau mengalah.
Saya teruja untuk bercerita mengenai beliau disebabkan beliau masih muda, berumur 23 tahun akan tetapi mempunyai sebuah syarikat sendiri yang melibatkan diri dalam dunia pertanian.
Husam, 23, adalah seorang pelajar jurusan IT di universiti saya. Dilihat dari luaran, ramai yang akan beranggapan beliau adalah anak orang kaya dengan gayanya memandu Toyota Vios ketika masih menuntut.
Saya pada mula sendiri tidak tahu akan perniagaan yang dibuat olehnya sehinggalah pada tahun lepas, saya dipilih untuk berpasangan dengannya disamping beberapa rakan universiti lain untuk bertanding dalam CEO Match, pertandingan ala-ala Apprentice antara 2 penjuru, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Teknologi Mara.
Pemilihan untuk mewakili universiti memang amat ketat kerana hanya pelajar yang berpengalaman dan berpengetahuan tingi mengenai keusahawanan sahaja akan dipilih. Saya, sudah tentu (ehem,ehem) dengan pengalaman perniagaan internet, satu-satunya pelajar bergelar netrepreneur dipilih (bukan membangga diri ;p). Sabri menolak atas alasan sibuk akan tugasan perniagaan kami.
Dan pelajar-pelajar lain tidak kurang hebatnya, ada yang sememangnya scorer dalam subjek-subjek ekonomi (subjek ini hanya dalam jurusan IT, tiada dalam jurusan engineering).
Disebabkan UTP sememangnya pure engineering, jadi pemilihan pun agak terhad. Dan perkenalan dengan Husam sememangnya membuka mata saya.
Husam telah memulakan bisnes sejak awal kemasukannya di UTP. Pada awalnya, beliau memulakan bisnes alat muzik yang diimportnya dari negara Arab. Dengan kelebihan ibunya berdarah arab, sedikit sebanyak beliau tahu selok belok berniaga import alat-alat muzik terutama negara-negara Teluk.
Satu pencapaian mengkagumkan saya!
Husam menyambung lagi, perniagaan alat muzik itu tidak bertahan lama kerana permintaan yang tidak berapa menggalakkan. Kemudian, beliau menggunakan keuntungan perniagaan alat muzik itu untuk menukar perniagaannya, usahawan kambing!
Ya, Husam mula melibatkan diri dengan perniagaan haiwan ini pada tahun lepas. Beliau mengimport baka kambing Australia (yang besar macam anak lembu) dan dikacuknya dengan kambing tempatan.
Disamping menternak kambing itu, beliau juga menggunakan peluang membuat trading terhadap kambing yang dibelinya dari penternak di ladang dan dijual kembali kepada kedai-kedai makanan.
Kini, beliau mempunyai kontrak untuk membekalkan 12 ekor kambing sehari kepada sebuah restoran mamak! Saya membuat kira-kira, jika untung bersih (termasuk setelah ditolak kos-kos sampingan) yang diambilnya adalah RM30 untuk seekor kambing, Husam boleh membuat keuntungan berjumlah RM 360 sehari!
Kata Husam lagi, sebulan sekurang-kurangnya ada 25 hari tugasnya. Bermakna, Husam mempunyai pendapatan bersih RM9,000 dari perniagaan trading kambing sahaja sebulan.
Saya sebenarnya kagum akan usia dan usahanya. Siapa sangka diuniversiti yang selalu menekankan bidang kejuruteraan dan IT, terdapat juga segelintir pelajar yang mempunyai semangat usahawan dan tidak bergantung kepada mana-mana pihak untuk mendapat kerja setelah tamat belajar.
Kata Husam lagi, kandangnya kini diuruskan keluarganya dan ahli keluarga beliau menjadi pekerja syarikatnya.
Saya ada bertanyakan lagi, bagaimana beliau menguruskan segalanya sedangkan beliau masih seorang pelajar tetapi sudah bergelar seorang pengarah syarikat sendiri.
Husam memberitahu, beliau membahagikan masa belajar dan berniaga. Selalunya beliau akan pulang ke ladangnya setiap hari Jumaat dan pulang semula ke universiti pada hari sabtu atau ahad.
Husam pernah mengajukan soalan untuk saya jika berminat akan jenis perniagaannya, dan saya memberitahunya, buat masa ini, saya terlalu sibuk menguruskan perniagaan internet antara saya dan Sabri. Mungkin suatu hari nanti jika berkesempatan
hehe.
Orang seperti Husam mungkin hanya seorang dari puluhan ribu pelajar IPT. Beliau nampak apa yang orang lain tidak nampak. Itu yang membuatkan saya kagum akannya.
Saya percaya beliau tidak akan keluh kesah jika apabila tamat graduasi tahun ini, beliau tidak perlu menunggu berbulan-bulan untuk mendapat kerja.
Husam adalah contoh usahawan tani yang sedang meningkat maju. Yang saya kagumnya, beliau usahawan tani ketika masih menuntut. Itu yang tiada pada orang lain.
Sebenarnya, Team SaifulSham sudah membuat banyak kajian akan usahawan tani seperti yang diuar-uarkan pihak kerajaan. Memang terdapat potensi besar dalam bidang ini tetapi saya sendiri pada awalnya sedikit meragui potensinya.
Kini, sesudah Husam (nanti saya siarkan gambarnya dan ladang kambingnya) sendiri muncul, baru saya tahu, memang industri ini adalah industri lombong emas. Saya akan terus mengorek banyak rahsia dari Husam selepas ini, dan saya akan pastikan, semuanya akan saya ceritakan di SaifulSham.com, Portal Keusahawanan No. 1 Malaysia.
Jumpa lagi~
Â


May 28th, 2006 at 10:14 pm
hmm.. menarik juga yer jadi usahawan tani nie… buat masa ini.. memang banyak saya dengar tentang kejayaan usahawan tani nie.. tetapi hati nie masih belum terbuka lagi untuk menceburi bidang pertanian ini, tapi insyallah, mana tahu satu hari nanti… kalau ada rezeki & peluang, saya pun ingin menceburi bidang ini.
May 29th, 2006 at 2:59 pm
Dulu usahawan tani sering diperkecilkan …
Kerajaan Pak Lah pun sibuk dengan agro nye..
Sape2 yang berminat boleh join. Yang penting ada kawan2 yang nak guide dan maybe bole usahakan kecil2an.
p/s : Sedang cuba ternak ikan lebih dalam 5 ribu ekor.. tengok idup ke tak.. kalau idup, nak buat projek ternakan ikan komersil dalam kolam dalam 1 ekar.. anyone nak join ?
May 31st, 2006 at 12:31 pm
mmg berminat menjadi usahawan asas tani
tp tulah takut gak nak buat sensorang
lg2 i ni pompuan
irwan i minat nak join
tp yg u buat skang menjadi ke?
June 1st, 2006 at 2:11 pm
Ermm… saya ada la arwah ayah tinggalkan sikit tanah. Sekarang ni terbiar. Dalam perancangan nak bersihkan tanah tu untuk buat pertanian. Tapi, ramai yang kata, cari market dulu, karang dah bertani, tak tau nak pasarkan kat mana. Erm.. bila fikirkan balik, betul jugak…
Tapi, betul ke?….
p/s: ada sesapa nak bantu saya dari segi idea apa saya nak buat ngan tanah tu kecuali jual?
June 3rd, 2006 at 10:58 am
Hebat!!!
July 8th, 2006 at 10:53 am
boleh saya berkenalan denga husam?? saya juga seorang penternak kambing. juga membuat trading kambing lembu dan biri2.
January 10th, 2007 at 3:45 am
saya nak tahu mana yang baik business;ternakan lembu ke atau ternakan kambing?
tak tahu bagaimana pasaran dan permintaan kedua-dua ternakan tuh tahun ini.
please advise
March 2nd, 2007 at 12:54 am
memang benar, bidang penternakan memang menghasilkan pendapatan lumayan. Jika anda nak tahu tukang mencari bekalan lembu kpd syarikat pembekal lembu pun boleh dapat komisyen rm100 untuk seekor lembu…cuba bayangkan
July 1st, 2007 at 3:46 pm
Saya kenal Hussam camtu2 je, ye la senior saya kat UTP. Benar apa yg diceritakan. haha. All the best peeps~!.
March 4th, 2008 at 2:22 pm
saya nak minta pendapat mr. saifulsham…
saya baru nk memulakan pertanian,so apakah langkah2 awal untuk menceburi bidang ini?
harap dapat membantu…
March 4th, 2008 at 2:26 pm
irwan.dahnil, bleh kita berkongsi pengetahuan?
email me azian@cepcogroup.com.my
March 6th, 2008 at 10:03 pm
Saya baru aje mula menternak pada bulan July 2007.
June 18th, 2008 at 8:36 am
tahniah pd husam n Saifulsham …benda ni sebenarnya ramai yang yaknampak… saya sebenar sblm graduasi teringin nak join dalam usahawan tani -penternakan kambing…sampai sekarang hajat tu belum rercapai…insyaallah kalo ada more info about this bisnes in your webs,give more encourage for new enterpreneur.. kan..nanti bagi tips macamana husam boleh buat 2 kj dalam 1 masa..tq
June 22nd, 2008 at 12:44 am
Saya ni baru menceburi bidang berkaitan dgn pertanian, cuma saya menjadi pengedar baja.Baja yg saya jual adalah satu jenis baja cecair yg dihasilkan utk semua jenis tanaman.Utk pokok muda dan matang.Dan sekarang saya menawarkan sesiapa yg berminat utk menjadi agen jualan kawasan.Saya harap en.husam boleh memberi sedikit pendapat agar perniagaan yg saya jalankan ini lebih meluas.Kepada sesiapa yg berminat utk menjadi agen boleh hubungi saya utk maklumat lanjut. website saya dlm proses utk disiapkan .012-7217120-email:bmw_helmi@yahoo.com.