Berita 1

Tronoh, 24 Ogos 2006- Seorang pelajar kejuruteraan yang dipercayai sedang mengalami tekanan perasaan ketika sedang merekabentuk Pet Sustenance Kit (tandas bergerak  haiwan peliharaan) untuk projek ETPnya bergaduh dengan rakan niaganya mengenai sebuah projek yang digelar “Malaysia Pal”. Menurut sumber, rakan niaganya telah pun membawa diri ke Terengganu kerana tidak bersetuju dengan tindakan “gila” beliau memberi percuma maklumat “Malaysia Pal” kepada orang ramai. 

Hasil selidikan Utusan Elektron mendapati, MalaysiaPal adalah kaedah sistematik untuk mengambil kesempatan atas kedegilan Paypal.com yang tidak membenarkan dananya di keluarkan di Malaysia. Pendek kata, Malaysia Pal akan menunjukkan kepada anda, bagaimana anda boleh mengeluarkan wang dari Paypal, tanpa perlu membuka akaun bank US, Singapura mahupun melalui orang tengah.

Desas-desus kepada Utusan Elektron ada mengatakan, bukan sahaja rakan niaganya yang merajuk, tetapi saudara Alang dari SZAB Network, seorang lagi otai Adsense Malaysia terkejut dengan tindakan “luar kawal” usahawan internet Malaysia tadi kerana menurut beliau maklumat projek “MalaysiaPal” ini boleh dijual di antara RM10-30 dengan mudah. Ada khabar angin menyatakan maklumat yang sama dijual pada harga RM 300 sekarang!

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai MalaysiaPal, Usahawan Internet Malaysia tersebut ataupun mengenai Pet Sustenance Kit, sila klik di sini.

Berita 2

Tronoh, 24 Ogos 2006- Team SaifulSham telah membuka tender penswastaan khidmat penempahan online buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” mereka. Pembukaan tender ini bersempena dengan ketibaan stok baru buku RBDDI tersebut. Menurut feedback yang diterima pihak Utusan Elektron,  buku tersebut sukar didapati di kedai-kedai buku seluruh negara sehingga ada yang mengatakan buku tersebut tidak popular . Apabila pihak penerbit dirujuk,mereka memaklumkan bahawa buku tersebut terlalu cepat habis! 

Team SaifulSham tidak mencari seseorang yang boleh bercakap banyak untuk menjual, tetapi cukup sekadar seorang yang rajin, effisien dan able to work independently. Satu perniagaan yang pasti untung tanpa risiko, seolah-olah penswastaan Jabatan Air, mereka mahu menyerahkan tanggungjawab ini kepada pihak yang amat memerlukan peluang ini.

Menurut sumber lagi, jika tiada tawaran lain diterima, seorang ibu dari Bandar Seri Iskandar yang juga merupakan wakil POS akan dipilih berdasarkan proposal sangat menarik yang diterima. Dalam sidang akhbar yang sama, Team SaifulSham & ibu tadi membuat pengumuman:

Stok buku RBDDI telah tiba dan pembeli akan menerimanya secara beransur-ansur sepanjang minggu hadapan. Jika anda telah menempah buku RBDDI dan masih belum menerima tempahan anda atau mempunyai sebarang soalan, sila emel wakilbuku@saudagar.com.my.

Team SaifulSham berharap dengan adanya wakil buku ini, mereka dapat menumpukan untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia berjaya dalam perniagaan Internet dan tidak membazirkan masa dengan kerja-kerja pengurusan logistik.

Berita 3

Johor Bharu, 24 August 2006- Blog kegemaran ramai pembaca perniagaan Internet, SmartUsaha.com pulih semula dengan wajah baru yang lebih bergaya. Malah Smartzul yang juga merupakan pembaca setia SaifulSham.com dengan beraninya telah membuat ucapan terima kasih kepada hacker-hacker yang telah bersusah payah mensabotaj laman webnya. 

Heroisme yang ditunjukkan sungguh mengujakan ramai peminatnya dan Utusan Elektron mendoakan kejayaan beliau. Jika dahulu ketika SaifulSham.com disabotaj, SmartZul sentiasa mengupdate anda mengenai progress kami, kini SaifulSham.com akan membalas jasa tersebut.

Menurut Sabri SaifulSham kepada Utusan Elektron, “SaifulSham dah, SmartUsaha dah, jom kita tunggu giliran blog ghairah Shuth pulak… Tak lama… ;)

Berita 4

Alor Star, 24 Ogos 2006- Salah seorang peserta seminar satu RBDDI dijangka akan melancarkan laman webnya minggu hadapan. Peserta yang rajin, suka membantu ini khabarnya berjaya mempunyai produk yang mengenengahkan Dato Seri Harrusani Zakaria, Mufti Perak yang disegani ramai (masih dalam desas-desus).

Menurut beliau, Mr A, produk pertama beliau yang mempunyai target market tempatan adalah langkah pertama beliau sebelum mengorak langkah lebih jauh di arena antarabangsa.

Team SaifulSham mengucapkan selamat maju jaya, dan En A, jika En membaca post ini, jangan dedahkan diri. Semak PM dan  emel dari saya di Golden Class, ada beberapa perkara yang saya nak tanya. ;)

Berita 5

Tronoh, 24 August 2006 – Editor Utusan Elektron, akhbar elektronik yang entah keberapa di Malaysia telah meletakkan jawatan kerana pening dengan banyaknya berita pelik-pelik. Beliau memutuskan dan berikrar akan hanya menulis informasi yang berguna dan bermanfaat sahaja untuk pembaca portal perniagaan internet dan keusahawanan #1 Malaysia, SaifulSham.com selepas ini dan tidak menulis berita-berita sensasi, hiburan terkini lagi untuk Utusan Elektron. 

Pihak Utusan Elektron mengucapkan selamat maju jaya, dan nantikan hasil tulisan editor tersebut, “Tips Bagaimana Untuk Mendapatkan Khidmat Bantuan Dengan Cepat Khusus Buat Perniagaan Internet” dalam sedikit masa lagi.

Iklan Classified

Nampaknya Tronoh City adalah bandar paling happening dan merupakan newsmaker dalam perniagaan internet mengalahkan bandaraya-bandaraya siber lain seperti Cyberjaya, Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar lain. Jika anda ingin menjadikan Tronoh kampung halaman anda, jemputlah datang ke Convofair UTP yang bermula Jumaat – Ahad ini untuk melihat sendiri keajaiban tempat yang dipanggil padang pasir Toronto ini.. ;)