Petua Web Design Untuk Laman Web Jualan
Hah, saya terlupa. Kita telah banyak berbicara mengenai konsep perniagaan Internet, teknik efektif internet marketing dan rahsia-rahsia buat duit dengan Internet. Namun Team SaifulSham.com tidak pernah menyentuh mengenai web design untuk perniagaan Internet (selain di dalam buku kami)
Sebenarnya saya tersedar apabila menerima emel dari David Vallieres yang menyentuh mengenai apa yang kita mahu dari pelawat laman web kita?
Anda mahu pengunjung melihat-lihat?
Anda mahu pengunjung terus keluar sebaik sahaja tiba di laman web anda?
Atau anda mahu pengunjung mengambil sesuatu tindakan seperti yang anda mahu?
Dalam, perniagaan Internet, rule of thumbnya, sebuah laman web itu mesti kemas & teratur. Cantik atau canggih jatuh ke tempat yang entah ke berapa. Kalau kita hendak menyenaraikan satu persatu ciri-ciri laman web yang baik dan bagus, sebenarnya da banyak. Jadi terpulanglah kepada webmaster dan web designer sendiri unutk menentukan kepentingannya. Mungkin sesetengahnya mengutamakan aspek SEO, AdSense, sesetengan lagi profitability, dan ada juga yang mengutamakan functionality.
Namun, di sini biar saya berkongsi beberapa tips yang paling penting.
1) Grafik atau Gambar memang menarik. Tapi pastikan 2 perkara:
-Size gambar tersebut tidak terlalu besar, pastikan cepat laman web tersebut dapat
di buka dengan pantas. Ingat! Majoriti rakyat Malaysia masih menggunakan dial-up.
-Gambar tersebut elok. Pastikan pixelnya sesuai dengan paparan. Jangan kecikkan
gambar yang besar secara paksa (ada tulisan yang tidak dapat dibaca), Sebaliknya,
gunakan perisian seperti Photoshop, PhotoImpact, ACDSee atau yang lain-lain
untuk resize gambar tersebut secara profesional. Ingat, untuk kelihatan profesional,
anda tiada pilihan lain selain menjadi profesional.
2) Kalau ketiadaan gambar itu tidak menjejaskan apa-apa, maka tak perlu ada gambar. Gambar yang tidak berkaitan tetapi menarik, menyedapkan mata memandang (tak ada kesan lain pun) Tetapi gambar yang buruk, tidak berkaitan pulak tu, melambangkan?
3) Jangan syok sendiri. Laman web dibina unutk pelawat dan bukan untuk diri sendiri. Mungkin pada anda, jika ada paparan FLASH, website tersebut canggih dan menarik, tapi, realitinya, tidak semua orang tahu menghargai susah payah dan kreativiti yang diperlukan untuk
menghasilkan animasi tersebut. Jadi, tak perlu susahkan diri anda.
Saya lebih liberal dalam konsep membina laman web. Mungkin bagi sesetengah orang, latar belakangnya perlu cerah, tulisan kena warna hitam, etc. Tetapi itu tidak semestinya. Yang penting, anda kena tahu apa yang pelawat anda mahu. Selain 3 perkara di atas, yang lain terpulang kepada kreativiti anda. Apapun, jika anda baru bermula, jangan bimbang jika laman web anda buruk dan tidak serupa orang lain. Itu satu pengalaman. Saya masih ingat lagi laman web saya yang pertama.
Masa tu saya lah orang yang paling bangga sekali dengan laman web tersebut. Habis semua orang dalam address book saya dijemput untuk melawat. Ada jugalah pujian
Tetapi bila saya lihat balik hari ini laman web tersebut, MALUNYA! Tak serupa orang!
Moralnya, “Beauty lies in the eyes of the beholder” Yang penting, KEMAS & FUNCTIONALITY.


April 11th, 2006 at 2:43 pm
Saya merupakan UTP student yg dlm jurusan ICT… Saya sudah membaca 2 bab daaripada buku saudara (baru sahaja beli semalam daripada seorang runner). Rasa agak bersemangat utk memulakan perniagaan internet. Tambahan pula, saya memiliki latarbelakang programming. Cuma masih berfikir mengenai perniagaan apa yg ingin dijalankan. Dan saya ingin bertanya, apakah perniagaan yg dijalankan oleh Team SaifulSham? Saya tidak pernah dengar SaifulSham mendedahkan website yg telah mereka develop.
April 11th, 2006 at 2:56 pm
Terima kasih Erzwan kerana membeli buku kami, kami yakin anda tidak akan hampa dengan isinya.
Baiklah, Erzwan ni pasti kali pertama datang ke SaifulSham.com kan ataupun tidak mendaftar sebagai ahli kelab Saudagar.com.my kan?
Kami sebenarnya telah banyak kali mendedahkan model perniagaan kami kepada pembaca.
Pertamanya, jika Erzwan teliti baik2 bahagian “links”, Free Health Newsletter, itu salah satu laman web kami.
Model perniagaannya: Email Marketing+Back End Selling + Affiliates
Keduanya, jika Erzwan rajin, klik “Best of SaifulSham” dan cari lah post “PlanesPlanet.com Satu pendedahan”
Ketiganya, jika Erzwan melihat pos di bawah berkaitan kupon, haa… itu salah satu lagi model perniagaan internet kitorang.
Keempatnya, jika Erzwan membeli buku kami secara online di Saudagar.com.my, kami adamenyelitkan satu lagi Nota Rahsia mengenai model perniagaan Internet kami. Nak tau? Tanya kepada mereka yang membeli buku kami online. Apa yang kami letak dalam sampul surat “Pos Ekspres” tersebut
Akhir sekali, tentulah kami tidak mendedahkan semua sekali kan? Tetapi diharapkan dengan pendedahan beberapa perniagaan internet kami di atas, Erzwan berpuas hati. Dan percayalah, ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.
p/s: Jika ini kali pertama Erzwan berada di sini, baca lah post2 yang lain juga. Banyak ilmu yang telah kami kongsi bersama sejak setahun lepas.
February 24th, 2008 at 5:25 pm
as,laikum selamat berkenalan abg sememangnya berminat dengan perniagaan internet ni dah lama lama abg ikuti dan amati dalam ruangan saifulsham ni banyak abg belajar bebanding dengan yang lain.
sekarang abg nak bermula dari mana , tolong abg kalau boleh
sekian
terima kasih
August 12th, 2009 at 2:30 pm
saya sudah cuba konsep perniagaan ini tapi tak ada perubahan lagi
September 18th, 2009 at 3:52 pm
adakah langkah-langkah yang lain