Hello pembaca SaifulSham,

Seringkali kami terdengar orang begitu membenci perniagaan MLM. Kejadian ini bukan sahaja berlaku di universiti kami tetapi apabila kami memberikan talk di universiti lain pun, perkara sama di bangkitkan oleh pelajar di sana.

Contohnya, ada rakan pelajar di UIA bertanya kepada kami, ” What should i do if i hate MLM and one day my best friend comes to me and promote that *&^%%) “?

Beliau menambah lagi ” You know, sekarang byk budak-budak U mempromosikan entah berapa banyak MLM kepada aku, dan kadangkala aku kasihan jika yang mempromosikan itu adalah kawan baik aku sendiri. Kalau kata NO nanti dia kecil hati tetapi kalau kata YES nanti lesaplah duit aku. Plz SaifulSham Team, advise me on this matter…..”

Kami hanya boleh berikan satu sahaja jawapan. Kami akan katakan “Join them!”. Kenapa kami kata begitu?

Kami ada cara bagaimana untuk menjadi ahli MLM tetapi membuat kerja bukan seperti ahli MLM yang lain. Jual barangan MLM di internet!

Boleh laris ke barangan MLM diinternet? Ok, biar kami terangkan tentang apa yang telah kami lakukan. Ini pengakuan kami, kami pun menyertai MLM tetapi kami menggunakan internet sebagai medan menjual barangan MLM syarikat yang kami sertai.

Kami tidak mengambil semua barangan yang dijual MLM itu tetapi kami hanya mengambil “killer product” sahaja untuk dijual di internet. Caranya mudah, kami bina laman web mini-site dan kami rakamkan sendiri segala gambar produk, beri VCD percuma kepada pelanggan untuk menyakinkan akan produk MLM yang kami jual”…(hehe laman web nya hanya akan diberitahu kepada peserta workshop kami sahaja….sorry)

Lagi satu, kami tidak mempromosikan MLM di laman web itu tetapi kami seolah-olah membina jenama kami sendiri. Kami jual produk MLM tersebut sahaja. Tiada unsur-unsur menarik keahlian ( jika anda hendak menarik keahlian di online pun tiada masalah). Ia seolah sebuah kedai mini di online.

Mmm, bagaimana mencari killer product sesebuah MLM. Baiklah, ini caranya, carilah produk yang popular sesebuah syarikat MLM. Tetapi ingat, jika produk itu popular sekalipun oleh sesebuah syarikat MLM tersebut, pastikan ianya unik dan jarang dijual oleh syarikat-syarikat MLM yang lain. Kalau nak jual kopi MLM diinternet, kami rasakan ia bukanlah idea yang baik kerana mana-mana syarikat pun menjual kopi.

Lainlah, kalau anda membina sebuah laman web berkaitan kopi dan menjual semua jenis jenama kopi dari kopi CNI, Amway, Luxor, K-Link dan sebagainya. Mmm, bagaimana?

Ada beberapa faedah yang anda bakal perolehi. Pertama, jika anda menjual diinternet, anda mungkin mencatatkan keuntungan dari segi tukaran wang asing ( selalunya US Dollar).

Keduanya, anda juga akan mendapat point dengan setiap jualan produk MLM tersebut. Point yang diperoleh nanti akan dapat ditukarkan kepada wang ringgit.

So, bagaimana? Kalau anda benci MLM, fikirkan cara untuk menyukainya. Tidak semestinya anda harus mengikut orang lain mencari downline siang-malam dan akhirnya bakal prospek anda mengatakan “Sorry, im not interested!”.

Ada kaedah lain yang telah kami dedahkan! Semoga anda mendapat idea mengenainya.