2017
Hello pembaca SaifulSham,
Tajuk pos kali ini adalah 4 nilai angka, 2017. Ini bukanlah nombor plat kenderaan malah jauh sekali nombor ekor 4D. Angka 2017 adalah satu perumpaan untuk pos yang membawa erti 10 tahun akan datang (tahun 2007 tambah 10 tahun = 2017 kan?!).
Saya tidak mahu membuat ramalan (sama ada komet akan jatuh pada tahun tersebut) tetapi saya ingin bertanya kepada anda, dimana diri masing-masing pada tahun tersebut (kalau umur panjanglah).
Oleh kerana SaifulSham.com adalah sebuah blog perniagaan dan diuruskan oleh 2 orang yang semakin hari semakin tua (ehem,ehem), maka blog ini mungkin tidak lagi wujud pada masa itu
(Maybe lah, saya rasa, bila tua ni mata makin rabun, tidak boleh duduk lama-lama depan skrin).
Sebenarnya, sebelum 10 tahun akan datang, bayangkanlah apa yang ingin dicapai anda pada waktu itu sekarang, ya SEKARANG. Kebanyakan orang yang melawat blog ini inginkan maklumat-maklumat yang fresh tentang bagaimana untuk menjadi kaya melalui jalan perniagaan dan pelaburan.
Jujur saya beritahu anda, blog SaifulSham.com tidak cukup untuk membuatkan anda kaya. Saya tidak boleh memberi kekayaan kepada anda.
Baik, soalan menarik, saya ingin bertanya, “Kalau benar anda hendak kaya, tahap mana kekayaan anda itu jika diberi masa 10 tahun lagi?”
Ada orang akan menjawab, “Paling tidak macam Bill Gates!”, “Bawah sikit pada Syed Mokhtar Al-Bukhari”, “Nak ada syarikat penerbangan tambang murah sendiri”.
Wah, semua hendak kaya seperti itu. Baik saya tanya pada anda lagi, untuk mencapai kekayaan tahap mega rich seperti itu, apa yang telah anda lakukan pula?
Saya ingin berserius, jika anda ingin kaya seperti mega rich, pendekatan untuk mencapainya lain. Kalau anda hendak kaya tahap 1 million dollar guy sahaja pun lain pula pendekatannya. Untuk tidak kaya pun lain pula pendekatannya (kerja sampai pencen, dapat duit, belanja, tukar-tukar kereta. Ini pun dah cukup untuk buat anda tidak kaya).
Sesiapa yang berhasrat untuk menjadi super rich dengan internet, anda perlu memenuhi kriteria-kriteria seperti ini:
Syarikat anda harus disenaraikan di Bursa Saham (ini wajib, go public!)
Perniagaan internet mempunyai pelanggan yang besar (besar dan amat besar)
Sempadan perniagaan sehingga luar negara
Baik, saya tidak perlu senaraikan semua kriteria (nanti ada yang berasa tidak sedap hati
). Tetapi, inilah syarat yang perlu anda penuhi. Jika anda masih berharapkan menjual satu jenis produk sahaja diinternet, maka impian untuk menjadi seperti Syed Mokhtar Al-Bukhari mungkin satu impian yang terlalu tinggi.
Saya tidak kisah apa impian anda. Setiap orang mempunyai keinginan yang berbeza dan melihat kekayaan dari pelbagai sudut. Ada yang sudah cukup jika dapat cecah RM1 juta. Ada orang kalau dapat tambah ratus-ratus ringgit sebulan pun sudah terlebih cukup.
Tetapi, pos kali ini adalah untuk memberi penekanan bahawa, anda perlu menilai impian anda dengan melihat usaha anda sekarang.
Jika anda tanya saya, memang saya akui, saya tidak akan puas selagi syarikat saya tidak pergi PUBLIC (masuk pasaran saham). Jujurnya, saya melihat bidang internet adalah bidang Team SaifulSham tetapi siapa tahu, Team SaifulSham mungkin berkembang menjadi sebuah syarikat yang menjurus ke arah lain nanti.
Selagi impian saya tidak tercapai (untuk pergi ke pasaran saham), saya akan terus berusaha mencapainya.
P/S: Saya dah lama beritahu Sabri, alang-alang hendak jadi kaya, biarlah kami betul-betul kaya. Jadi, kami kena jadi sebuah syarikat public satu hari nanti ditambah pelaburan hartanah sebagai pendapatan pasif.
W.M.Syazwan


November 11th, 2007 at 4:40 am
Mungkin kita leh kaitkan dengan matlamat jangka panjang…

siapa kita pada masa akan datang..
Kata bijak pandai, siapa kita pada masa depan adalah apa yang kita lakukan sekrang..
so,kenalah sentiasa berfikir dan bertindak hari utk masa depan..
Saya bercita2 nak jadi jutawan sebelum umo 27 tahun..
sekarang 21..ada 6 tahun lagi..
November 11th, 2007 at 10:50 am
wah…
menarik tu syazwan…
em…nak jadi kaya bukan senang…
nak jadi jutawan pun susah…apatah lagi kaya…
tapi kalau ada azam dan usaha yang baik, mesti boleh…
kalau nak kaya, satu je yang penting…
jangan puas dengan apa yang kita ada…
teruskan berusaha…
yang kaya semakin kaya…hehe
han
November 11th, 2007 at 12:01 pm
hohoho..saya bukan nak jadi jutawan, just mencapai financial freedom tapi apa salahnya jadi jutawan dalam masa ingin mencapai financial freedom tu..
10 tahun akan datang, dah ada anak 3 orang kot..huhuhu
November 11th, 2007 at 2:54 pm
Rasanya kalau ingin mencapai RM 1 juta dengan melakukan ebiz di internet boleh dicapai, contohnya Dr.Irfan, namun untuk mendapat kekayaan ‘super rich’, seperti kata Syazwan ada perlu ke public.
Impian saya hendak menjadi jutawan masa akan datang. Boleh atau tak belakang cite. Impian kena letakkan tinggi-tinggi dan yang penting usaha ke arah itu
P/s: 10 tahun akan datang Sabri & Syazwan macam umur saya la ni.. x tua lagi la. Masih kuat lagi tu
November 11th, 2007 at 6:05 pm
Kalau saya,cukup la capai matlamat nak bebas dari belenggu kewangan.Ada syarikat komputer sendiri.Ada pekerja.At least ada sumber rezeki untuk tampung hidup anak bini dan generasi
Asalkan semua rezeki tu HALAL dan diberkati ALLAH.cukup la.
November 11th, 2007 at 8:39 pm
Wah…menarik dan unik tajuk pos saifulsham kali ini…
Sebut sahaja tentang kekayaan ni…teringat saya pada satu blog yang bincang pasal kekayaan. Menurut blogger tu, katanya hakikat kekayaan sebenarnya bukan terletak pada harta kekayaan sahaja tetapi lebih daripada itu. Info lanjut boleh ke http://www.thinkerich.blogspot.com
Tapi bagi saya untuk mencapai kekayaan itu perlu pengorbanan yang tinggi dan azam yang membara, sebab ramai yang mahu jadi kaya akhirnya berhenti apabila mula menghadapi halangan..betul tak bro saifulsham?
November 12th, 2007 at 12:36 am
mungkin 1 lg nak tambah,,
Saya nak anak ramai2 sepuluh tahun lagi..
ehehe..
2 penting tu..
tak guna ada harta berkoyan2 tapi takda legacy..
duit bukan leh bawak masuk kubor..
November 12th, 2007 at 10:53 am
10 tahun akan datang saya berharap dapat hidup senang lenang. saya tak nak kaya sangat, takut nanti lupa diri, lagi pun harta bukan boleh bawah masuk kubur.
November 12th, 2007 at 11:51 am
cita-cita sebenar bukannya nak kaya. Tapi, nak berdakwah, kalau boleh ingin mengislamkan semua org asli dimalaysia atau org2 yg tak beragama di pendalaman sabah dan sarawak. untuk mencapai cita2 ini memerlukan duit berjuta-juta, sebab itulah aku nak kaya. kaya bukan destinasi,tapi kaya adalah senjata untuk mencapai destinasi. sebab itulah aku fikir macammana nak ambik duit orang mat salleh untuk kepentingan umat melayu..iaitu jual software! time kita menjajah org putih pulak!
November 12th, 2007 at 12:00 pm
kaya? kaya bukan matlamat,tapi matlamat adalah untuk mengislamkan org asli di malaysia atau org tak beragama di sabah dan sarawak. untuk mencapai matlamat ini perlu ada berjuta-juta duit,sebab itulah aku fikir macamana nak ambik duit org mat salleh untuk kepentingan org melayu, iaitu dengan menjual software! kaya bukan satu matlamat, tapi kaya adalah senjata untuk mencapai matlamat.Harus kaya,insyAllah!
November 12th, 2007 at 12:12 pm
mm..dlm perspektif lain..sebenarnya, harta boleh bawa masuk kubur dalam erti kata hartanya dimenafaatkan oleh orang lain. Makan (pahala) tak habis tu..ch: derma buat masjid…
November 12th, 2007 at 4:02 pm
En Anas, ya betul. Sy dh lama cari ayat nk defendkn supaya kita perlu kaya.
Kwn-kwn sy selalu ckp harta sy ni tk boleh bwk masuk kubur. Now, i got the point.
November 12th, 2007 at 5:28 pm
10 tahun akan dtg?..ms tuh, umo sya 28. ms tuh, apa yg dhrapkan, 1 syrikat penerju, n 4 syrikat cwangan akn berda di bwah sya.. insyaallah tercapai…
November 13th, 2007 at 2:09 am
Saudara Syazwan,
Saudara Anas,
Kita harus kaya, jika tidak bagaimana kita hendak beramal dan membantu ekonomi masyarakat Islam. Orang paling kaya di dunia Bill Gates pun menubuhkan yayasan nya sendiri untuk membuat amal kebajikan apatah lagi kita umat Islam?
Hari ini telah ramai jutawan mulai menjiwai nilai positif dan mencari makna kehidupan selain daripada fokus kepada kekayaan material semata-mata….
P/S: Untuk info lebih lanjut, bolehlah berkunjung ke blog saya. Ada sedikit kupasan menarik mengenai isu “harta kekayaan tidak boleh bawa ke mati.”
Salam kekayaan,
Thinkerich.
November 17th, 2007 at 10:51 pm
cita2 untuk menjadi kaya adalah cita2 yang murni, dengan kekayaan pelbagai kebajikan boleh dilakukan, antaranya dapat memberi peluang pekerjaan kepada orang lain