4 tahun dalam kenangan
Hello pembaca SaifulSham,
(Jika tulisan hari ini terlalu melayan perasaan, sila baca pos seterusnya)
Sedar atau tidak sedar, saya semakin tua. Haha. Begitulah juga adanya Sabri. Semalam, saya melihat kembali dokumen-dokumen perniagaan Team SaifulSham bermula dari tahun 2003.
Tersengih pun ada, ketawa pun ada.
Usus saya digeletek oleh email-email lama yang mencuit hati. Yelah, email-email awal sewaktu melayan pelanggan. Ada juga kami bergaduh dengan pelanggan (darah muda, kena marah mesti lawan balik, haha).
Saya melihat pada rekod urusniaga dan sedar tidak sedar, sudah berfail-fail saya membeleknya. Sehinggalah fail 2007, menandakan, sudah 4 tahun saya dan Sabri bergelumang dalam perniagaan internet.
Dalam waktu membelek itu, mata saya tertumpu kepada beberapa masalah yang tercatit dalam fail itu. Saya tersengih melihat data-data seperti akaun 2CO kami kena freeze (menggelabah sangat-sangat), data tuntutan refund (yang ni darah menyirap sikit).
Apapun yang saya belek, 4 tahun adalah pengalaman yang paling bernilai pernah kami miliki.
Jika anda masih menghadapi masalah-masalah seperti berikut, inilah tips 4 tahun kami:
Ibu bapa tidak bersetuju dengan kerjaya anda
Mana-mana ibu bapa mahu anaknya berjaya. Jika anda baru bermula sebagai usahawan internet, jangan menggelabah berhenti kerja. Atau jika anda masih seorang pelajar, teruskan pelajaran anda.
Cari masa berkualiti untuk perniagaan internet. Contoh, masa paling baik bagi pelajar universiti adalah waktu cuti semester. Tahukah anda, cuti semester bagi kami adalah waktu kerja. Dari pagi sampailah ke pagi esoknya. Struggle lah pada waktu ini, jangan pada waktu semester baru bermula.
Katakan tidak pada Internet Marketing
Saya bersetuju benar dengan kata Zul SmartUsaha dan juga Alang. Janganlah bermula dengan niche internet marketing. Team SaifulSham tidak pernah bermula dengan cara itu. Kami bermula dengan menjual barangan dan terus menjual sampai sekarang.
Internet Marketing yang diajar kamipun berdasarkan apa yang kami telah uji melalui penjualan barangan kami.
Carilah partner
Saya tahu mencari partner bukan senang. Tetapi, jika anda bertemu partner yang match (macam kami berdua, haha), keputusannya adalah diluar jangkaan anda. Saya jamin.
Jangan terlalu mengharapkan bantuan orang lain
Lagi mengharap, lagi lambat progress anda. Bantuan pada saya perlu apabila anda telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi tidak mencapai hasil diharapkan.
Team SaifulSham lebih banyak menggunakan kreativiti kami sendiri (biar tidak kreatif pun) untuk memajukan perniagaan internet kami.
Berkawanlah dengan ramai orang
Jangan mencari gaduh seperti menulis blog mengutuk sana sini. Walaupun anda mempunyai point yang kukuh untuk bergaduh (adake macam tu) tetapi elakkanlah.
Kesilapan awal kami dahulu yang membuatkan sesetengah kerja mengambil masa berminggu-minggu kerana kami tidak mahu membazir masa membina kawan diinternet. Rupa-rupanya, selepas kami masuk ke sebuah group mastermind (diketuai Brian), banyak yang kami dapat dalam hanya masa sehari. Jadi, berkawanlah.
Akaun 2CO atau PayPal dibekukan
Jangan menggelupar. Berhubunglah dengan staff 2CO atau PayPal bagi menyelesaikan masalah. Cakap cara baik, tunjukkan bukti-bukti munasabah bahawa transaksi anda adalah benar dan sah. (Melainkan anda menipu pelanggan, haha)
Banyak dan banyak perkara lagi yang menjadi kenangan 4 tahun kami. Tips-tips diatas mungkinlah sebahagian dari pengalaman 4 tahun kami. (Jari sudah lenguh menaip).
Apapun, potensi perniagaan internet masih besar walaupun ada yang mengatakan ia sudah terlalu tepu. Kami yakin dan terus yakin akan itu. Dan sebab itu, nama Team SaifulSham akan terus ada untuk tempoh 5 tahun dari sekarang.
P/S (ini bukanlah tips 4 tahun) : Soalan cepumas, bila kami hendak berkahwin (perlu kah ditanya)
Tidak mengapa, pembaca blog ini semua adalah tetamu jemputan kami nanti. Tapi, Sabri dululah. Haha.


July 4th, 2007 at 11:01 am
Tahniah saya ucapkan kepada Team Saifulsham kerana telah berjaya menempuh pelbagai ujian dan halangan dalam 4 tahun ini.Kalau saya pun belum tentu dapat bertahan begitu lama.Tapi kita kena yakin kepada diri sendiri kan
July 4th, 2007 at 11:25 am
Wahh! Syazwan cuba2 curi cerita saya! Takpe, ada beberapa perkara lagi mengenai 2CO yang beliau tak cerita. hehe..
July 4th, 2007 at 3:31 pm
dah lama rupanya saifulsham.com .. kira 2 tahun ‘tua’ dari saya la..
yup.. memang orang baru tidak berapa sesuai memulakan niche marketing melainkan dah terer macam tazilan.. hehe
apa2 pun tahniah sebab bertahan sampai 4 tahun nih…
July 4th, 2007 at 9:49 pm
Hoho..tahniah untuk TEAM SAIFUSHAM…semoga mendapat rezeki yang lebih untuk hari2..bulan2..dan juga tahun2 yang akan datang…
Saya setuju,Niche marketing memang tidak sesuai untuk newbie..sy telah mendengar satu audio drp salah seorang marketers Malaysia yang dikenali…
Apa yang dikatakan ialah…dia juga bukan bermula dengan niche marketing tetapi dengan benda lain.Setelah mengetahui selok belok dunia perniagaan internet(telah mendapat keuntungan) barulah dia memasuki niche marketing..tapi ini bukan kerja yang mudah
Apa pun..Hidup SAIFULSHAM…!!!
July 4th, 2007 at 9:56 pm
Hm.. tahniahlah kepada anda berdua kerana mampu membuka satu perniagaan yang memang tidak disangka2..
sehingga 4 tahun sudah tentunya banyak pengalaman yang ditimba..
tahniah
July 4th, 2007 at 10:13 pm
Saya start 2004..Diorg tua setahun dari saya..:P.
Bisnes sebenarnya satu eksperimen bagi orang muda..Dari eksperiment tu kita boleh nampak kelemahan dan kelebihan kita dan penting sekali ialah peluang.
Jika terlibat dalam ebiz,jangan lupa pada usahawan sekitar anda.Ini adalah kerana mereka pun boleh jadi customer & rakan anda.Saya kenal ramai orang dan berkawan.
Kalo ada pape,saya share kepada orang lain atau recommend orang yg saya kenal.Ini akan membuatkan kawan anda akan menghargai anda.Ia berlaku tanpa anda sedari.
July 5th, 2007 at 1:09 am
Masa saya 1st pegi seminar u all kat MH (UTP) anjuran Kelab Usahawan Muda (diMelayukan), I agak kagum gak. Tup tap, tup tap da bejaya. Dengar cite, penah dapat 10000(x sure curency pe) dalam 3 bulan.Tu ek?
Pergh…doakan saya ye.Erm, 1 lagi, saya nye email kene hack, x leh nak masuk, dulu risktaker023@yahoo.com, sekarang rmk023@rmk023.com.
chaiyok-chaiyok
July 5th, 2007 at 8:28 am
4 tahun dah rupanye,(baru tahu ari ni)
Tahniah buat kalian,satu hari nanti sy akan datang pada kalian untuk belajar semua ni…
July 5th, 2007 at 9:49 am
Tahniah dari saya, semoga anda berdua akan terus berjaya.Jangan lupa dengan selogan “WE CARE,WE GIVE AND WE SHARE” kemana saja saudara berada.
July 5th, 2007 at 10:57 am
saya mampu gelak sensorang dengan fail2 tiga tahun
July 5th, 2007 at 4:16 pm
Tahniah Saiful dan Sabri, kak umi cukup tabik atas kejayaan anda. kerana pertamanya anda berdua ANAK MELAYU, kedua, anda masih lagi STUDENT, ketiga anda BELUM KAHWIN, keempat,,, kelima ,,, keenam, banyak lagi sebenarnya kalau nak tulis.
SUDI-SUDILAH MEMBERI KOMEN WEB BARU KAK UMI: http://www.mytadika.com
July 5th, 2007 at 4:21 pm
Lama, tak dengar khabar Kak Umi.
Wah, website baru.
(Btw, saya ada emel akak, check ya)
July 5th, 2007 at 6:20 pm
wahaha… bila may kahwin haaaa? dah tentu soklan yang paling popular…
July 6th, 2007 at 2:38 am
Tahniah saifulsham semoga berjaya dalam era perniagaan internet.
Baca blog ni best juga.
Daripada,
http://www.menarik.com
July 6th, 2007 at 5:41 am
[...] kepada Samad, samada memberikan hadiah buku “Rahsia Buat Duit Di Internet” Saifulsham, atau “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” Dr. Ifran [...]
July 8th, 2007 at 12:31 am
sedar tak sedar dah banyak masa berlalu….yang dah start dan dah jumpa niche ok, yang masih meraba-raba lagi (ops…) ..rasanya kena kerja keras fikirkan niche yg nak digunapakai nanti
July 10th, 2007 at 12:38 am
4 tahun, jika kanak-kanak dah pandai bercakap hehe
July 10th, 2007 at 3:30 pm
dah 4 tahun ek…
wah cepatnye mase berlalu…
rasenye macam baru je lagi kenal Saifulsham.com nih..
saye mule2 kenal Saifulsham tige tahun yang lepas…
waaa
…progress saye terlalu perlahan…tulun2.