“7 eleven”kan laman web anda
Hello pembaca SaifulSham,
Tips hari ini mudah sahaja. Jika anda membina sebuah laman web, jangan lupa untuk meletakkan logo seperti ini…

Tidak kira apa jua jenis laman web baik online store mahupun sales letter, meletakkan logo-logo seperti ini menunjukkan laman web anda sentiasa dibuka untuk pembelian.
Jangan mengambil mudah perkara ini. Selalunya apa yang difikirkan kita tidak sama difikirkan pelawat laman web kita.
Jangan terkejut untuk mengetahui, walaupun laman web anda sentiasa on 24 jam, ada juga pelawat yang tidak berani menempah produk di laman web anda pada pukul 2 pagi kerana memikirkan anda sudah tidur nyenyak. Mereka takut pesanan mereka tidak sampai kepada anda.
Secara logiknya, ini sebenarnya perkara kecil kerana sudah pasti orang yang tahu menggunakan internet seharusnya tahu laman web beroperasi secara automatik. Tetapi, masalahnya, tidak semua begitu!
####
Tips ini juga diaplikasikan oleh 7 eleven. Cuba lihat kedai 7 eleven disekeliling rumah anda. Anda akan mendapati logo seperti ini.

Walaupun secara kasar kita tahu, 7 eleven memang dibuka 24 jam tetapi jangan terkejut kerana masih terdapat orang yang tidak tahu.
Kehilangan bakal pelanggan atas sebab kecil sebegini pastinya merugikan. Baiklah, itu sahaja tips hari ini. Jumpa lagi ya.
P/S: PlanesPlanet sedang mengalami rombakan besar-besaran. Lihat apa yang sedang kami lakukan dan anda akan mendapat idea tips-tips yang baik untuk membina online store.


April 16th, 2007 at 7:09 am
thanks for the tips bro..nnti bile aku nk wat sales letter aku apply bende ni..sbl ni ingtkn kalo x letak pun xpe..rupenyer ade effect jugak eh.. (“,)
April 16th, 2007 at 8:53 am
Hello SS,
Bersesuaian ke apply konsep 7eleven ni utk bisnes yg jenis service?..such as design, copywrting &b etc (services).
Thanks.
Zaizen
April 16th, 2007 at 9:12 am
Memang letak sepanduk ’24/7/365′ nampak remeh tapi sememangnya ada kesan kepada pembeli. Thanks for the tip.
April 16th, 2007 at 9:28 am
Kalau servis tu ada pgecualian dia. Kalau order byk sgt dan mmg tk boleh handle, buat notis. Tu saja.
April 17th, 2007 at 10:54 am
Bagus tips ini. Sebelum ini saya tak terfikir pun cara ini. Apa pun, thanks sebab bangkitkan topik ini. Saya akan aplikasikannya nanti..
April 20th, 2007 at 9:00 am
Kalau guna payment by credit card/paypal okla. Klu online transfer bank kat Malaysia nie mcm Maybank2u cuma beroperasi sampi pukul 12malam je kan