Hello pembaca SaifulSham,

Jangan merasa segan atau tertekan atau lemah semangat apabila ada suara-suara mengatakan bahawa anda adalah seorang yang gila duit. Haha, lagi baik jika anda dengan semangatnya menjawab kembali seperti ini:

“Ya, memang aku gila duit!”

Sebab satunya, apakah mereka itu orang yang memberikan pendapatan anda. Jika tidak, apa peduli!

Ada orang memberitahu saya, menjadi kaya itu sebenarnya nasib. Sudah ditakdirkan dan sudah suratan takdir untuk kaya.

“Tak perlu jadi gila wang macam kau, sebab kaya tu akan datang juga dengan sendiri nanti. Orang kaya pun tidaklah macam kau.”

Sebenarnya, jenis serangga seperti ini tidak pernah tahu akan perihal orang kaya.

Sebabnya, orang kaya tidak akan bercakap mengenai wang, pelaburan dan bisnes dengan orang tidak berwang atau tidak sekepala dengan mereka. Mereka tidak mahu dilabelkan gila wang jika berbual seperti itu.

Jadi, mereka pun tukarlah topik kepada bercakap hal-hal seronok seperti tv, kucing peliharaan, makanan kegemaran, tempat shopping yang menarik dan semua yang dapat memuaskan hati orang yang tidak berwang.

Jadi, dilain situasi, orang tidak berminat mengenai wang dan tidak minat akan kekayaan akan menanggap orang kaya pun seperti mereka!

Sepanjang saya berjumpa dengan beberapa orang jutawan, saya sentiasa meminta nasihat dan pandangan mereka akan situasi semasa pasaran, kewangan dan pelaburan.

Sebagai satu contohnya, jika saya berpeluang bertemu dengan suami sepupu saya, Dato’ Mohd Salleh (gambar dibawah) (Pengerusi Gopeng Berhad, Ex KFC Holding Chairmain), saya akan berbual mengenai pelaburan.

Dato’ Mohd Salleh

Jadi, ia kembali kepada asas, kata orang, sebelum merasai kekayaan sebenar, rasai dahulu dengan menetapkan minda dengan perkara-perkara yang akan menambahkan kekayaan.

Fahami bahasa orang-orang kaya. Apa itu ROI, apa itu profit, apa itu share ape itu swing trading, dan bahasa-bahasa sewajarnya.

Memang dengan menguasai bahasa sahaja tidak cukup untuk kaya tetapi secara tidak langsung, anda boleh berbual dan duduk semeja dengan orang-orang kaya dan memahami tutur bahasa mereka.

Jadi, tidak ada sebenarnya istilah gila duit. Gila duit sebenarnya hanya pada orang yang berjudi dan mencari duit ditempat yang salah dengan cara yang salah.

W.M.Syazwan