Hello pembaca SaifulSham,

Ucapan pertama saya, Wahhh, saya gembira dengan apa yang dicapai dalam konvensyen Sabtu lepas. Sweet memory.

Saya rasa saya mampu berbangga dengan pencapaian alumni seminar SaifulSham. Bermula daripada Irwan Dahnil of Smswang.com, Zul SmartUsaha.com, Kak Galadriel of InternetMelayu.com, Faisal Zabidy of Syokkahwin.com, Azhar Flycovers.com, Tazilan of ModelBisnesInternet.com, Bitol of MalaysiaPal.com, Fauzul Naim of e-kedai.net and many more!

Idea untuk membuat konvensyen sebenarnya tercetus pada tahun lepas selepas saya dan Sabri melihat betapa alangkah ruginya jika kami melepaskan pergi begitu sahaja bekas peserta seminar. Walaupun mereka akan dipantau dilaman web khas bekas alumni, tetapi amatlah rugi jika setiap kejayaan daripada mereka yang telah membina jualan yang baik diinternet tidak dapat dikongsi alumni yang lain.

Maka, saya mengusulkannya pada bulan Januari tetapi ia tertunda ke Februari (but it still a huge success). Saya sendiri banyak belajar tentang perkara baru seperti potensi menghasilkan wang melalui SmS. Itulah nilainya sebuah komuniti.

Menariknya, selepas sahaja selesai sesi konvensyen, saya mendapat tahu bahawa Abg Fauzul Naim (otai penerbit buku) terus pulang membina laman web dan menyiapkannya dalam masa sehari iaitu, penerbitbuku.com! What an instant impact! Good to hear that..

Apapun, saya mengucapkan jutaaan terima kasih kepada yang menyokong kami selama ini. SaifulSham, We Give, We Care and We Share! Jumpa lagi pada konvensyen akan datang.