Ada segalanya dengan X-Cart
Hello pembaca SaifulSham,
“Ada X, Ada Segalanya”…..ungkapan daripada lagu Celcom Prepaid. Tetapi, ia mungkin juga benar untuk X-Cart, shopping cart terbaik yang pernah dicuba Team SaifulSham.
I can say, it is more powerful than Zencart or Oscommerce.
Perhatian untuk usahawan-usahawan internet terutama produk fizikal seperti kami (syaratnya perlu ada online store), jika sebelum ini anda menggunakan perisian PHP shopping cart seperti Zencart atau OsCommerce, apa kata jika anda mencuba X-Cart.
Tetapi ada syarat lagi untuk menggunakan X-Cart: Pakarkan dulu diri anda dengan ZenCart atau OsCommerce.
X-Cart terlalu hebat dan saya memuji perisian ini sebagai antara perisian PHP shopping cart terbaik yang ada di pasaran. (Perisian ini tidak akan dijumpai di The Mines). Dan ia semestinya tidak percuma. Anda perlu membayar terhadap teknologi yang ada padanya.
Saya berikan secara kasar apa yang menarik tentang X-Cart.
1. SEO friendly. Ia mempunyai katalog HTML. Anda boleh memasukkan sebanyak mungkin Meta Tag untuk setiap jenis produk. Ia tidak akan ada pada Zencart atau OsCommerce (dah nama pun percuma)
2. Mudah untuk dicustomize kan. Walaupun namanya mudah tetapi selagi anda tidak tahu bahasa programming, anda masih perlu menyuruh programmer mengubahnya. Apapun, programmer akan senyum kerana ia lebih mudah untuk diubah suai mengikut kehendak anda berbanding anda memaksa mereka mengubah Zencart atau OsCommerce.
3. Pelanggan boleh meninggalkan seberapa banyak soalan dalam laman web.
Lagi,lagi dan lagi……
Anda boleh menambah sistem upsell! (tambah jualan, $$$$), anda boleh membuat ruangan membership, ruangan wholesaler dan macam-macam lagi.
Pada hemat saya, anda perlu mencuba perisian ini (dengan mematuhi syarat yang ditetapkan saya). Perniagaan internet anda akan nampak lebih profesional dan menyakinkan.
Saya jamin…
W.M.Syazwan
Tambahan Sabri: Guna Zen Cart dulu. Jika seseorang itu tidak mahir 4 rules Zen Cart yang saya senaraikan di post “Bergusti Dengan Zen Cart” , jangan berangan jauh. Ikhlas dari saya.


August 8th, 2007 at 11:35 am
Sy adalah antara pembaca ‘senyap’ disini. ini pertama kali nk ‘cakap’ disini.
Semakin byk ilmu ditimba sy makin excited nk mulakan online bisnes tp makin byk pulak rasenyer masalah sbb taktahu nk mulakan dari maner..
Sudah pn order buku tp belum sampai lg so…sabar jelah…
X-cart, zencart….emm..semer tu mmg kene blajar sbb sy mmg nk buka online shopping store.
Alangkah bagusnya jika dpt berguru face by face…
August 8th, 2007 at 12:13 pm
saya belum ada shopping chart lagi.. mungkin selepas ini?
August 8th, 2007 at 2:57 pm
cik zetti,kalau nak berguru face by face boleh lah register untuk ke seminar saifulsham.Macam-macam ada.
August 8th, 2007 at 4:58 pm
emmmm…mmg teringin sgt nk g n harga pn amat berpatutan tp….byk betul tp…
mase tu betul2 emas…nntlah next seminar harap2 mase tu betul2 sesuai..
Bila masa tu tiba, harap adik2 sabri n syazwan sudi tolong akak ni..
Naperlah mase muda2 jelita dulu tak jumpa bende2 ni?
August 8th, 2007 at 8:27 pm
syukurlah cik zetti dah jumpe sekarang…kalau tak jumpe langsung, betape ruginye..
saye belum pandai lagi nak jual barang nih, setakat wat affiliate je, tak pakai cart2 nih…tapi kalau ade rezeki nanti InsyaAllah saye akan cube…
thanks Sabri n Syazwan
August 8th, 2007 at 9:06 pm
sy dah g
sumpah…. tak rugi…
August 9th, 2007 at 9:22 am
saya mencari gelanggang untuk ‘bergusti’ dengan Zen Cart, maybe boleh kat Kompleks Sukan Likas.
er, tapi, saya cuma tahu berenang .. bergusti pilihan kelima, maybe boleh ‘bermain air’ dengan Zen Cart.
Apa-apa pun, tips yang baik dari Sabri dan Syazwan, thank you!
- Shueqry -
August 9th, 2007 at 2:21 pm
Saya rasa X cart, Zen cart, OSCommerce, hanya sesuai kalau ada lebih dari 10 produk fizikal. Kalau kurang dari tu, pakai 1 page website dah cukup.
Yang selalu jadi isu ialah … apa nak dijual. Jawapannya, kena la pegi kursus dengan Team SaifulSham. Macam2 ada …
August 9th, 2007 at 10:10 pm
hmm… x-cart yer… rasanya nak try jugak… Masa saya bertapa bulan lepas sampai bulan ni, 5 zencart site saya siapkan. 2 untuk tahun ni 3 untuk tahun depan. 1 dah launch, lagi satu dalam minggu dalam sehari dua ni.
August 9th, 2007 at 10:21 pm
X-Cart mungkin sesuai untuk pasaran global….kalau pasaran malaysia saya rasa tidak sesuai kerana orang malaysia tak biasa dengan cart2 ni.
August 10th, 2007 at 5:33 am
Ya, pada dasarnya tidak ada masalah utk pasaran tempatan. X-cart adalah perisian yang powerful. Ia boleh dicustomizekan.
Utk pasaran tempatan, anda boleh meng’hire’ programmer mengubah coding-coding utk menerima payment secara online banking (Maybank, CIMB). Kalau anda gunakan NBEPay pun, anda boleh menghire programmer utk menyesuaikan Xcart dgn NBEpay.
Tipsnya seperti kata Sabri, jika Zencart pun anda tidak mahir, lupakan dahulu hasrat anda. Jangan melompat kepada sesuatu yang lebih tinggi jika basic pun tidak boleh dikuasai.