Apa warna anda?
Hello pembaca SaifulSham,
Pernahkah anda berterima kasih kepada Tuhan kerana mengurniakan warna dalam ciptaanNya? Anda seharusnya menjadi orang yang tahu berterima kasih. Sebab warnalah yang membantu kita melihat dan membezakan sesebuah objek dengan jelas tetapi juga sebab warnalah yang banyak membantu kita membezakan Mat Saleh dan Mat Afrika!
Itulah topik saya hari ini, WARNA!

Sewaktu kecil dahulu, saya selalu membayangkan betapa bosannya manusia yang hidup di zaman P.Ramlee, sebab dunia mereka hanya berwarna hitam dan putih (sebab filem pada zaman itu semua menggunakan kamera yang tidak mempunyai teknologi berwarna,haha teruknya pemikiran kanak-kanak saya).
Saya memikirkan, bagaimanalah datuk dan moyang saya hidup dalam zaman sebegitu. Tetapi, pemikiran kanak-kanak saya terbantut kerana buntu memikirkan, siapalah yang mengecat warna-warna selepas zaman itu. (Hey, pelik juga, siapalah yang mengecat pokok, siapalah mengecat awan, mengecat manusia!).
Sehinggalah saya memasuki alam persekolahan, barulah saya tahu, zaman P.Ramlee pun sudah ada warna, hanya kamera pada zaman itu sahaja tidak canggih! (Tersenyum saya memikirkannya kembali).
Cerita saya diatas ini sebenarnya akan membawakan kita kepada topik hari ini, betapa pentingnya warna, bukan sahaja dalam kehidupan, tetapi dalam konteks bisnes.
Oh ya, untuk pengetahuan anda, Team SaifulSham telah lama membawakan imej Oren dalam perniagaan kami. Jadi, dalam kebanyakan masa, kami akan muncul dengan imej Oren. (Akan tetapi kami bukanlah penyokong pasukan Holland
)
Apakah significantnya warna-warna sebegini dalam bisnes?
Biarlah saya berterus terang, saya akan katakan anda seharusnya wajib mempunyai warna yang menjelaskan perniagaan anda.
Selain logo, penggunaan warna juga adalah salah satu perkara kritikal yang harus dititikberatkan anda. Seperti biasa, kita akan bermain dengan mainan psikologi manusia.
Untuk membuktikan betapa hebatnya warna dalam mempengaruhi pemikiran manusia, saya akan senaraikan beberapa syarikat dan individu yang menggunakan kekuatan warna:
Apabila saya menyebut oren, anda akan membayangkan DHL, pasukan bolasepak Holland, Zahid AF, dan juga Team SaifulSham (hahaha).
Apabila saya menyebut merah, anda akan membayangkan pasukan Liverpool, Manchester United, Ferrari dan AirAsia.
Hijau – Petronas (terima kasih kerana menaja pengajian saya
).
Kuning – Digi
Jadi, signifikannya, apabila warna imej anda ini dipaparkan secara berulang kali sebagai contohnya dalam semua laman web perniagaan anda, pelanggan akan mudah mengingati anda!
Sudah semestinya, apabila sudah diingati, maka secara tidak langsung, anda sudah membina sebuah jenama perniagaan anda diminda mereka.
Katakan, apabila pelanggan tadi melihat matahari, maka mereka akan teringatkan kami! Apabila mereka mengupas kulit buah limau mandarin, mereka juga akan teringatkan kami! (Haha, gurau sahaja, tetapi hey, memang warna satu kaedah yang berkesan).
Bagaimana meletakkan warna dalam perniagaan?
Tips saya, jika anda terlibat dalam perniagaan internet, setidak-tidaknya anda letakkan imej warna anda dalam semua laman web anda.
Jika dalam perniagaan offline, bahan-bahan promosi seperti brochur.
Tidak ketinggalan kad bisnes anda. Kalau anda mempunyai pejabat, hey, apa salahnya memberikan warna korporat anda kepada pejabat anda.
Kalau anda mahukan ekstrim lagi, catlah kereta anda sama seperti imej perniagaan anda.
Tetapi…….
Ya, akan tetapi, janganlah mencampur adukkan pelbagai jenis warna. Sebab, ia tidak akan jadi imej, ia sebaliknya menjadi sesuatu yang sakit untuk dipandang.
Pemilihan warna juga seharusnya mempunyai motif tersendiri. Janganlah apabila ditanya, mengapa anda memilih sekian-kian warna, anda mengatakan “Saja je”.
Dalam bisnes, tidak ada perkataan “Saja Je”.
Anda harus tahu menerangkan mengapa anda memilih sesebuah warna.
Jika anda memilih warna hitam untuk perniagaan anda, jangalah mengatakan sebab kulit anda berwarna gelap. Terangkan, hitam itu melambangkan kejantanan, kekuatan, gaya hidup keunggulan!
Itu barulah penerangan yang melambangkan betapa perniagaan anda mempunyai kekuatan tersendiri.
Oh ya, jika anda bertanya kepada saya, mengapa oren untuk Team SaifulSham?
Sebab oren adalah satu warna yang segar dan melambangkan jiwa muda saya dan Sabri. Jadi, tidak kisahlah umur kami akan mencapai 30an,40 an satu hari nanti, bisnes kami akan tetap nampak muda!
(ya, bergetah orang katakan).
Jadi, hari ini, anda tahu, apa signifikannya warna dalam dunia perniagaan.
Baiklah, saya rasa itu sahaja tips hari ini. Soalan saya sebelum mengundurkan diri, apakah warna anda? Sila tinggalkan diruangan komen, saya nak tahu!
W.M.Syazwan


April 5th, 2007 at 1:25 am
Untuk blog saya warna hijau, sebab masih tak ramai yang guna warna nie lagi. Memula nak guna warna merah, tapi dah ramai sangat org guna
. So saya teruskan ngan warna hijau tu.
April 5th, 2007 at 7:56 am
Oranje…
Tapi takder la sampai nak cat kereta dengan color tu..
April 5th, 2007 at 8:45 am
salam n selamat sejahtera
sy suka warna kuning diraja …………
terima kasih pada team saifulsham. topik warna nie ibarat kesinambungan dalam kehidupan. sy pernah ditegur tentang warna ………… orang tua2 dulu byk pantang larang. nak caya pun tak ……….. tak caya pun tak blh.
tetapi bila warna dikaitkan dgn aura …………. sy lagi pening ………… pasal org yg caya aura nie kata ………… setiap manusia itu akn ada auranya yg tersediri yg berkait rapat dgn warna pelangi.
jadi adakah pemilihan warna dlm kehidupan ini juga penentu kejayaan. jika team saifulsham memilih oren n terhasil dan terbukti bawa pulangan yg besar. bagaimana team saifulsham boleh terfikir warna nie blh bawa mereka ketahap ini? sy harap team saifulsham akn terus berjaya ……………..
April 5th, 2007 at 9:23 am
Sedikit sebanyak bagi warna orange yang saya tahu. Warna ini adalah gabungan warna kuning dan merah.Ia mlambangkn daya hidup, tujuan dan imaginasi. Warna ini dapat membantu seseorang bekerja keras untuk mencapai setiap apa yang diinginkan.
Selain itu warna orange dapat meningkatkan perasaan pengertian dan kehangatan,krana warna ini merangsang emosi dan fikiran, mencipta kecerdasan dan humor. Tetapi terlalu banyak warna orange bererti kebingungan dan terlalu cepat puas pada diri sendiri.
K.Lin rasa memang sesuai kut ngan Saifulsham, tengok daripada cara bekerja.
Apa pun warna saya adalah biru dan merah iaitu gabungan energy dan keyakinan
April 5th, 2007 at 9:47 am
Shahrul: Oh, warna bg sy hanya sebagai pemberi imej dan pembina jenama Team SaifulSham.
Sbnrnya kami pun baru shj tahun lepas menggunakan warna oren sbg warna rasmi. Tidaklah dikatakan warna itu yg memberi pulangan besar, tetapi pd sy ia lebih kpd bagaimana perniagaan Team SaifulSham dpt direlatekan oleh pembeli kami.
Thats how we communicate with our customer. Mereka sng nk igt apabila terdapat sesuatu yg senang utk direlatekan.
Sama hal juga dgn logo. Kesemua ni penting.
Kak Lin: Mungkin ada relatenya dgn minda separa sedar, betul tk kak lin.
April 5th, 2007 at 10:24 am
Betul Syazwan, warna ada kaitan dengan minda separa sedar. Sebenarnya selain perkataan, warna digunakan sebagai satu cara( hipnosis )bagi memukau supaya menjadi tarikan pelanggan.Penggunaan warna yang betul akan dapat mengubah mood seseorang.
Salah satu company yang menggunakan color Hypnotic ialah mc Donald.
April 5th, 2007 at 11:38 am
Topik yg saya suka.
saya pilih merah+kelabu+putih untuk blog saya. Merah sebab secara psikologinya, org yg tgk akan rasa kurang stabil dan x secure. Pemikiran yg tak stabil lebih mudah dimanipulate. Pendek kata warna merah senang untuk mempengaruhi org untuk mengikut apa yg kita kata (belilah produk saya)
Kelabu dan putih just complement jer.
And mmg nampak sunguh muda la blog saifulsham nih. heheh
April 5th, 2007 at 12:28 pm
terima kasih syazwan n linn_comel.
Penerangan anda amat2 ptg bg sy.apa yg penting usaha kita kan. warna cuma kesinambungankan. apa ada warna jika kita kurang menilai tapi bagi org buta ia segalanya.
memahami kehidupan adalah apa yg ada didlm dunia nie.
sejauh kita belajar sejauh itu juga kita perlukan segalanya.
April 5th, 2007 at 3:16 pm
Yes. Tepat sekali… mood juga dipengarui oleh warna. Warna juga dipengaruhi mood. Perniagaan internet yang berasaskan mata/pembacaan memang sesuai dengan warna oren. Makanan pula kuning. Ini psikologinya. Kalau tidak mengapa Maggi menggunakan warna kuning untuk setiap produknya? Kerana warna kuning boleh menaikkan selera makan barangkali?
April 5th, 2007 at 3:23 pm
Warna kegilaan time sekolah dulu..Biru. serba serbi biru- jeans, t-shirt.etc.
skrg,dah habis belajar suka kaler ijau dan merah..sbb kalernya fresh! dan mostly matsaleh suka kaler ijau (opss, xde unsur2 politik ye.)
Utk site http://www.graphicsalien.com sy dulu ingat sy nak wat kaler oren, sbb jiwa muda la katakan..tpi mcm xkene je..pastu tukar ijau. dan skrg customer luar sy..bila tgk ijau..mereka kenal la sy..kaler mmg memaikan peranan dlm bisnes..cuba tgk syarikat2 korporat diluar sana. mereka ada color identiti sendiri..cth,Tmnet – oren. KUB – biru,putih merah. mcm kawan sy di Limkokwing pula kata color rasmi kolej mereka ialah hitam.
Apapun kaler SS oren ni mmg sesuai dgn anda. mcm site Kru pula. oh..lala
.
April 5th, 2007 at 5:08 pm
Warna merah darah dan sikit pink..warna untuk syokkahwin.com, lebih kepada suasana hangat bercinta, kemesraan perkahwinan..suka dark blue..more like energetic, progressive..at least those are what the colours tell me..orang lain mungkin ada interpretation sendiri..
April 5th, 2007 at 5:39 pm
Menarik terima kasih Team SaifulSham. Tentu lepas ni kalau saya tengok warna oren mesti teringat saifulsham.
April 5th, 2007 at 6:19 pm
Warna samalah kepentinganya dengan logo betul tak ? hhehe warna saya pilih ialah biru
warna kedamaian tu
p/s: Merah warna membunuh haha
April 6th, 2007 at 12:02 am
Saya suka warna kuning dan merah sebagai melambangkan semangat juang yg tinggi.
April 6th, 2007 at 12:28 am
saye warna oren utk logo (takat ni utk blog je la..). oren sbb sesuai ngan konsep blog – travelling + ourdoor activities – cergas & ceria.
April 6th, 2007 at 12:36 pm
Tetapi, dalam internet, tak semua warna boleh digunakan. Adakala warna tertentu boleh membuatkan orang ‘pening’. Ada juga warna boleh membuatkan seseorang itu tenang.
p/s – just 2 cent
April 6th, 2007 at 3:49 pm
bagus pandangan sahabt2 semua. saya suka warna hijau dan putih. warna2 ni pun warna kesukaan nabi kita. kebiasaanya bila kita tengok warna2 ni, hati kita jadi tenang dan damai. terasa besih dalam kesucian. kalau customer tengok pun pasti mereka mendapat ketenangan dan keluasan fikiran untuk membeli produk kita.
April 6th, 2007 at 9:44 pm
Warna Merah saya agak popular paling berjaya:
1. Manchester United
2. Air Asia
3. Coke
4. KFC
5. Public Bank
6. Mc Donald
7. Dunhill
Tah banyak betul company yang guna warna merah yang berjaya dalam perniagaan.
April 6th, 2007 at 10:54 pm
Orange juga,
kete orange, penyokong kuat Belanda.. tapi tak minat Zaid
April 7th, 2007 at 2:53 am
Saya minat warna kuning sebab ianya menarik perhatian saya.. ha2
.
April 7th, 2007 at 11:20 am
warna biru warna pilihan hati….
menaikkan semangat dan memberikan ketenangan ….
April 7th, 2007 at 7:03 pm
saya suka warna pink n biru laut..
April 8th, 2007 at 11:37 am
corporate colour saya purple..- rich colour
April 8th, 2007 at 11:46 am
aku suka warna2 cinta. saifulsham tak teringin buat seminar sebelah utara ker….perlis, kedah, penang…….
member sebelah sini bole join skali…
April 9th, 2007 at 1:09 pm
Wahh..semua mempunyai pandangan sendiri mengenai warna.
Terima kasih kerana menyumbangkan pendapat anda semua.
Zam_Drop: Haaaa…mmg nk buat selain Kuala Lumpur tetapi skrg kami fokus dlm KL dahulu. Selalunya, utk diluar KL, kami menerima jemputan daripada pihak penganjur.
Jika berminat,boleh call office.
July 15th, 2009 at 7:04 pm
saya rasa cam nak wat research about colour dan kaitannya dengan foodservice industry.(cthnya: merah kuning – org mesti ingat McD, most fast food using red colour such as McD, KFC, Pizza, Ayamas — but why must red?
anyone can help—give me some ideas?