Hello pembaca SaifulSham,

Disebabkan Sabri tidak pun bercerita apa yang ingin diceritakannya mengenai 2CO (lambatlah ko Sab), biarlah saya membuka cerita. Huhu.

Kami lupa menulis perkara penting didalam buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet” mengenai 2Checkout.com kerana ingin menyiapkan manuskrip secepat yang mungkin pada tahun lalu.

Lupa kami bersebab. Satunya, kami sudah ada 2 akaun 2CO dan sudah lama digunakan (tak ingat sangat step-step awal). Keduanya, dalam buku tersebut pun sudah ada ditunjukkan VCD step by step cara-cara meletakkan akaun 2CO dilaman web.

2CO atau nama penuhnya 2Checkout adalah satu penyedia bayaran kad kredit yang popular selepas beberapa nama besar lain seperti PayPal, Worldpay, Paymentech dan beberapa lagi. Menurut En Bitol (si tukang milik MalaysiaPal yang sudah ditutup,hoho), 20 peratus pelangganya menggunakan 2CO.

Dan kebanyakan pengguna 2CO nya adalah rakyat Amerika. Jadi, secara jelas menunjukkan, 2CO adalah alternatif lain yang popular selain PayPal. Mengikut kajian kami, mereka menggunakan 2CO jika terdapat sebab-sebab seperti akaun PayPal kena freeze ataupun ada masalah-masalah lain.

Dalam beberapa minggu lepas, seorang bekas peserta seminar menghubungi kami dengan rasa cemas kerana beliau tidak boleh membuat transaksi dengan 2CO walaupun selepas membayar USD49. Kamipun pelik, tidak pernah dalam sejarah kami terjadi begitu.

Dengan jawapan diberikan olehnya, beliau menjual produk yang sah disisi terma yang ditetapkan 2CO. Belek punya belek, rupa-rupanya laman webnya tidak siap pada pandangan 2CO.

Haa, inilah yang kami lupa beritahu anda. 2CO tidak akan sama dengan PayPal. Menggunakan Paypal, anda boleh berurusniaga sejurus selepas berdaftar tetapi tidak buat 2CO.

2CO mewajibkan anda menunjukkan laman web anda kepada mereka dan mereka akan membuat penelitian sebelum memberi kelulusan transaksi boleh dilakukan. Tujuannya mungkin untuk mengelakkan kes-kes menjual barangan tiruan, kes menipu pelanggan dan sebagainya.

Walaupun agak leceh, tetapi sebab inilah 2CO diiktiraf antara penyedia pembayaran kad kredit yang terhormat dan selamat. Berlainan dengan PayPal, dengan 100 juta akaun didaftarkan dengannya, adalah mustahil untuk mereka meneliti satu-persatu apa yang cuba dibuat oleh pemegang akaun mereka melainkan ada yang membuat aduan.

Jika anda menjual barangan fizikal, pastikan laman web anda siap pada pandangan 2CO. Siap disini bermaksud mempunyai shipping polisi yang dinyatakan, refund polisi dan sebagainya (Apa-apa syarat yang perlu hendaklah dinyatakan).

Tips kami, jika laman web anda belum siap sepenuhnya (terutama jika anda mempunyai lebih daripada 10 produk untuk diletakkan didalamnya), buatlah laman web satu muka surat dahulu. Letak satu produk dan letak semua polisi-polisi. Tujuannya hanya untuk memastikan anda mendapat lampu hijau sahaja.

Tetapi, sebenarnya, lebih baik tunggu laman web siap sepenuhnya. Tips diatas termaktub sesuai untuk anda yang terlalu ghairah untuk membuat transaksi tanpa sabar menunggu laman web siap sepenuhnya.

Satu lagi tips kami, walaupun anda tidak mengenakan kos penghantaran (maksudnya penghantaran percuma) ke atas produk itu, shipping polisi wajib ada. Jangan bergaduh dengan 2CO mengatakan anda tidak perlu pun shipping polisi dalam laman web anda kerana anda membuat “free shipping”,hoho.

Shipping polisi bukanlah semata-mata bermaksud kos penghantaran, tetapi ia bermaksud apakah kurier yang digunakan anda. Bagaimana produk itu dihantar (dalam kotak ke, dalam sampu surat ke), bagaimana berkenaan kehilangan ketika penghantaran dan sebagainya.

Rujuk www.planesplanet.com diruangan shipping polisi untuk mengetahui lebih lanjut berkenaannya.