Apabila Kita Berdoa…
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Apabila kita berdoa, kita tahu Tuhan akan memakbulkan doa kita.
Apabila kita berdoa, adakah Tuhan akan memberi kita sebiji-biji apa yang kita mahukan?
atau
Apabila kita berdoa, Tuhan akan menunjukkan kita jalan untuk mendapatkan apa yang kita mahu?
Sebuah cerita untuk kita sama-sama renungi,
Banjir besar melanda sebuah perkampungan. Setiap jam, air menjadi semakin tinggi. Dari paras betis ke paha. Paha ke pinggang. Pinggang ke hidung. Akhirnya ia mencecah gigi atap.
Seorang alim terperangkap di bumbung rumahnya sementara menunggu bantuan tiba. Beliau berdoa;
“Oh Tuhanku, seumur hidupku, aku mengabdi kepadamu. Hari ini aku memohon kepadamu, Selamatkanlah daku.”
Tidak sampai 5 minit selepas itu, sebuah bot datang untuk menyelamatkannya. Orang alim tadi berkata;
“Kamu pergilah dahulu. Aku yakin Tuhan akan menyelamatkan aku”
Orang alim tadi berdoa sekali lagi. Hujan semakin lebat. Air sudahpun menenggelami separuh dari bumbung rumahnya. Orang alim tadi terpaksa berdiri di atas atap untuk mengelakkan air yang semakin tinggi.
“Oh Tuhanku, seumur hidupku, aku mengabdi kepadamu tanpa jemu. Hari ini aku memohon kepadamu, Selamatkanlah daku.”
Tanpa disangka-sangka, sebuah helikopter (ala-helikopter Sultan Pahang. Bukan helikopter Nuri) tiba untuk menyelamatkannya. Seperti tadi, beliau menyuruh helikopter itu pergi.
Beliau berdoa lagi;
“Oh Tuhanku, seumur hidupku, aku mengabdi kepadamu tanpa jemu dan tidak meminta sesuatu. Hari ini aku memohon kepadamu, Selamatkanlah daku.”
Air menjadi semakin tinggi. Bumbung rumah tersebut telahpun ditenggelami air. Orang alim tadi tenggelam timbul di bawa arus. Itulah banjir terbesar yang pernah berlaku di kampung tersebut. Di saat-saat akhir nafasnya, tatkala sedang tercungap-cungap kelemasan itu, beliau marah;
“Aku menghambakan diri kepada Tuhan sepanjang hidupku. Kenapakah di saat-saat aku memerlukannya, Tuhan tidak membantuku?”
Tiba-tiba, sejurus sebelum nafas akhirnya, beliau terfikir;
“Adakah Tuhan telah memakbulkan doa ku? Bukankah dia telah menghantar sebuah bot dan sebuah helikopter kepadaku? Bukankah aku yang tidak pandai sehingga tidak dapat menaksirkan bahawa itulah bantuan Tuhan kepadaku seperti yang kupohonkan?”
Tetapi, sebelum beliau dapat menjawab. Ajalnya tiba dahulu.
Jadi sekarang, anda perlu menjawab soalan akhir orang alim tersebut.
Jika Tuhan memakbulkan doa anda, adakah ia akan memberi anda benda tersebut, atau memberi anda jalan untuk mendapatkan benda tersebut? ![]()
Untuk membawa cerita di atas ke dalam perspektif.
1) Anda mahu pendapatan tambahan kan?
2) Anda mahu memulakan perniagaan Internet sendiri kan?
3) Anda pernah berdoa, meminta kepada Tuhan untuk dimurahkan rezeki kan?
Mungkin salah satu jalannya, adalah dengan ke Seminar Perniagaan Internet SaifulSham, Sabtu ini. Kemungkinan besar ambilan terakhir untuk tahun 2007. Selepas itu kita akan fokus ke atas protege sedia ada dan memperkenalkan mereka untuk edisi akan datang, seperti mana protege-protege lepas.
Saya tahu anda tahu mengenai Seminar tersebut. Saya tahu anda pernah mempertimbangkannya.
No, no, no. Jangan bagi alasan. Kita sama-sama tahu mengapa. Jika ia dilakukan sekali setiap tahun, ada alasan untuk anda terlepasnya. Jika ia diadakan 2 kali sekalipun, anda boleh dimaafkan jika terlepasnya. Tetapi sudah berbelas-belas bot datang untuk menyelamatkan anda. Jika anda tidak menaiki bot yang penghabisan ini, hmm… anda mungkin berada dalam kedudukan lebih bahaya dari orang alim tadi.
Jangan jadi seperti Mat Jenin atau penonton sahaja. Come into the Fast Track.
Sabri
p/s: Cikgu Suhaimie (nama sebenar), guru Biologi saya di SEMASHUR pernah berkata, “Kamu berada di litar F1. Kamu jangan bersaing dengan kereta-kereta di jalan kampung. Memang kamu lagi laju. Kamu kena bersaing dengan kereta-kereta F1 juga, barulah kamu tahu di mana tahap kamu.”
Anda berada di Litar F1 sebenar, atau di litar F1 Mat Jenin. Sendiri pilih.
Jika anda mahu ke Litar F1 sebenar, tiket Grandstand ke seminar RBDDI SaifulSham yang terakhir untuk tahun ini masih ada (Sabtu ini). Jangan makan asap. Klik link ini untuk mendaftar.


September 4th, 2007 at 10:37 pm
yeaa jangan makan asap. keluar angin masuk asap ada laaa…
September 4th, 2007 at 10:41 pm
petunjuk rezki yang kita tak menjangkakannya.
petunjuk rezki yang kita cari.
peunjuk rezki secara paksaan.
petunjuk rezki tersembunyi…
sudah tentu pilihan di tangan masing2 untuk berusaha dan maju jaya.
sekian terima kasih
September 5th, 2007 at 12:14 am
kadang-kadang kita sendiri tak faham apa yang kita minta.
September 5th, 2007 at 1:28 pm
terkadang memang begitu… namun berdoalah mengikut apa yang kita faham dan kehendaki..
September 5th, 2007 at 1:32 pm
Btol tu abd fatah, En Farizal
Kadang2 apa yang kita minta tu tak spesifik
September 5th, 2007 at 4:19 pm
Salam,
Saya pun pernah dengar cerita teladan ini dalam movie Pursuit of Happiness. Christopher (anak) yang ceritakan pada Gardner.
Selalunya kita diberi jalan, tapi sayangnya kita jarang endahkan jalan
September 5th, 2007 at 4:45 pm
1.terkadang ikut kemampuan jugak bantuan yang datang itu. sekiranya MLM yang datang menjengah takkan nak terikut2 rentak orang lain pulak.
2.kalo seminar saifulsham pulak dah tentu berbaloi jika ada yang benar2 berminat.
3.kalo skim cepat kaya???
seandainya bantuan itu datang sekadar dari wang ringgit semata-mata dari mana2 pihak, sampai bila2 takkan bertahan jika tiada joran untuk mengail ikan yang sedap2.
ada jugak bantuan yang terpaksa ditangguhkan di kemudian hari setelah bantuan sedia ada telah selesai dibereskan dengan jayanya.
September 5th, 2007 at 4:55 pm
Betul jugak kata En Abdulfatah tu…
Sekarang banyak musang berbulu ayam…
Sabri
September 6th, 2007 at 12:37 am
Bagus analogi anda kali ini.
Kalau benar benar serius nak buka internet biznes,
pergila seminar SaifulSham..
Confirm berbaloi
September 6th, 2007 at 11:22 am
Salam..
erm leh sy tnya, sy baru je knl dgn bisnes dlm internet ni.Sy nk try jgk.Tp sy dlm mggu ni akan smbung stdy ke Jordn dlm kos Syariah.So cmne ye sy nk tau lbh dlm bisness unik ni ye.Plz..
September 6th, 2007 at 11:52 am
Ingatkan apa..
Promot seminar rupanya
Ye berdoa berusaha, bertawakkal
Semoga berjaya semua
September 6th, 2007 at 3:08 pm
nak pegi tu nak… tp saya kat china… team SaifulSham tak buat kat china ke..?? heheh..
September 6th, 2007 at 3:50 pm
Emzek,
China? Why not…
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Tiba kami di sana, En Emzek mesti hadir. Saya pegang janji tu.
En Hamid, ini teknik hypnoptic writing.
September 7th, 2007 at 1:42 am
saya salah seorang agen affiliate seminar ni..
leh tak saya guna semua artical dalam blog ni untuk dimuatkan dalam blog saya disamping dapat promot seminar anda dan memberi tips kepada pelawat saya
September 8th, 2007 at 2:53 pm
saya masih lagi teringat pepatah cina yang lebih kurang maksudnya macam nilah: “sekiranya saudara kamu di dalam kesempitan, bantulah ia dengan memberi joran, jangan sekali-kali memberi ikan, kerana sebanyak manapun ikan yang diberi, ia akan habis, tetapi sebatang joran dapat mengajar dirinya untuk mendapatkan ikan tanpa batasan. ”
anology: joran = seminar saifulsham.com
ikan = wang
kepada mereka yang berminat nak buat duit dengan internet, inilah masanya utk menyertai saifulsham.com, jom pergi seminar cepat2.
September 9th, 2007 at 11:41 am
yeaa… berikan joran dan mari kita mengail ikan mana yang kita kehendaki berapa banyak ikan yang kita mahu…
selebihnya berikan balik apa yang telah kita dapat untuk jadi lebih kaya… hihiiii meh sini jadi orang kaya…
September 10th, 2007 at 3:47 pm
isap rokok keluar asap…sure xmakan asap hehe
September 14th, 2007 at 11:17 pm
Bro boleh ke tak?
September 15th, 2007 at 4:57 pm
En Hamid,
Boleh, silakan. Tetapi pastikan ia mempunyai link kembali ke blog ini.
Terima kasih
Sabri