Ayuh, Bersama-Sama Melakukan Brainstorming Bersama Sabri!
Salam hormat pembaca budiman,
Biar saya berterus-terang dengan anda. Saya sangat sibuk 3 minggu kebelakangan ini (termasuk minggu ini dan minggu hadapan). Ada banyak emel, projek, assignment, presentation dan juga kerja-kerja luar (business) yang perlu dilakukan. Saya tidak ada masalah melakukan semuanya, saya tahu bagaimana.
Apa yang menjadi masalah adalah, saya stuck! Saya mengalami writers block.
Sebentar tadi saya baru sahaja menghantar emel kepada staff kami di Puchong, freelancer kami di Republic Dominica, bakal supplier kami di Hong Kong, En Irwan dan saya kira hari ini sahaja saya menaip tidak kurang dari 2000 patah perkataan dalam emel sahaja. Oh itu tidak termasuk sepucuk emel ringkas kepada seorang pembeli PlanesPlanet yang membeli sebuah kapal terbang out of stock.
Jika anda tidak percaya, tanyalah En Irwan betapa frustnya saya mengeluh dalam emel, dengan tulisan saya yang tidak berapa power dan menarik akibat terlalu banyak menulis.
Saya ada beratus-ribu perkataan lagi untuk ditulis (emel, laman web, testimoni, permintaan, arahan kepada staff, projek WC, projek SaifulSham sendiri, dll) Itu tidak termasuk beberapa benda yang saya memang plan dan berhajat nak tulis sejak berbulan-bulan dahulu tetapi tidak dapat laksanakan sehingga sekarang.
Jika anda ada menghantar emel kepada saya tetapi saya masih belum balas, saya minta maaf banyak-banyak. Sebenarnya, saya lebih sanggup untuk tidak membalas emel anda dari menulis sesuatu yang mengarut dan crap. Saya mementingkan kualiti, hormat dan keikhlasan dalam komunikasi. Tetapi rasa macam over plak jika saya menghantar emel balasan seperti ini kan?
Maafkan saya. Emel anda telah selamat saya terima namun saya tidak dapat membalasnya lagi buat masa ini kerana saya sedang mencari sumber inspirasi untuk menyusun kata-kata buat membalasnya. Saya akan cuba membalasnya secepat mungkin apabila saya berada dalam keadaan santai
Tapi, jika saya tidak malu, itulah emel yang akan anda terima Zul, Labanon, Fai, Gobala, En Farizal, En Noraizham, En Raden, Firdhaus, Syia (emel2 yang bersarang untuk direply)
Kepada Puan Suhaila, Kak Galadriel, Fayz (En Faisal), Suffian emel2 kepada anda pula adalah emel yang sangat2 lama saya nak hantar tetapi tidak hantar-hantar lagi. Dan tentulah, ada lagi yang saya sudah hampir terlupa pun.
Selama ini, ini tips saya untuk mengatasi writer’s block:
1) Banyakkan membaca bahan-bahan penulisan yang segar
Lebih banyak input, lebih banyak output. Mudah untuk mendapat sumber inspirasi.
2) Kurangkan Stress dengan berehat, pergi ke tepi pantai.
Hirup udara segar dan lupakan segala masalah. RAM otak anda akan berjaya dikosongkan dan anda boleh memproses ayat2 dengan lebih berjaya.
Bagaimana idea anda pula? Mari kita brainstorm dan kongsi bersama-sama kerana saya amat memerlukan tips anda pula. Tuliskan idea anda di bahagian komen!
Saya percaya, ramai juga pembaca SaifulSham ada petua2 mengatasi masalah tidak dapat menulis!

P/s: Oh ya, kemungkinan besar juga ini disebabkan saya terlalu banyak “menggoreng” ketika test. Waduhhh…
P/S/S: Saya teringat lagi pernah berkata, ” Aku lebih sanggup lagi menulis banyak-banyak benda yang aku minat dari kira benda ntah apa-apa ni (matematik
)” Ambik, jadi betul.


March 22nd, 2007 at 9:42 pm
Yes,nasib baik email ku dpt di bls oleh sabri ari tu. rupanya beratur juga kwn2 yg lain..sabar..sabri akan balas tu nanti.
Sabri, normal la tu writers block.. i know you can handle it..just apply “the secret” concept i give u.
Mcm sy la, nak hadapi problem ni.cara sy tgk hasil tulisan org lain..cikgu sy pesan dulu ‘borrow best practices’ dr org lain. tengok tulisan org teror2 dan cari idea yg blh kita tambah atau kembangkan..bkn copy, tapi pinjam dan olah ikut ayat kita sendiri la.
ke pantai..yup, ni semestinya..mujurlah kat terengganu ni pantainya aman dan cantik..tenang fikiran.sambil lihat awek2 cun yg lalu..sedikit sebanyak dpt beri ilham…ahak
bersukan dan solat sunat juga blh membantu..
March 23rd, 2007 at 1:28 am
Sabri,
Put things in priority. Nak buat semua memang x mampu..
Have a rest after 3 weeks ni.. then baru start tulis balik.. kalau tulis sekarang ni pun, ayat pun dah tak betul…
“People can’t be so successful in many thing at one time unless focus”
March 23rd, 2007 at 5:37 am
Hehe relex bro… take ur time
March 23rd, 2007 at 10:34 am
cool…kita orang semua faham..
March 23rd, 2007 at 11:28 am
Yup kena relax Sabri!! Nanti ejaan atau tulisan banyak tak betul kalo otak terlalu berserabut. Tapi post Sabri nie OK jugak la. Ejaan x de salah
Cara saya banyakkan membaca post dari blog-blog yang sama topik dengan saya. Namun ayat kena goreng dan input lebih sikit supaya lebih garing
March 23rd, 2007 at 6:15 pm
writers block..
makan lebih coklat and g kuar jenjalan
and…reading material..put some color in it la..hikhik…jgn tmbh presure pd diri..ape kate..bc things yg out of ur common topic…
cheer up
March 23rd, 2007 at 9:00 pm
Hello Sabri,
Pergilah berehat dulu dari IM for 4-5 days.
Sometimes Kak Galadriel pun rasa swamped by kerja dan adakalanya saya pun kena writer’s block.
For me, saya setkan bagi saya jadual kerja yang berlainan jenis for each day.
For instance, (kalau dah tak dapat nak bercuti):
1.) Pagi: Write one 300-500 word posting at my blog.
and / or write an article / do my translation work for clients, write kat forums, or anything berkaitan penulisan.
2.) Tengahari – Petang: Do anything berkaitan design / anything creative pada website.
Normally I’m sleepy time petang, so that’s the time I either watch online videos berkaitan IM, kemaskini benda2 kat Cpanel & WHM, susun files or baca a short report on a topic.
Kalau saya terlalu ngantuk or tak de mood, saya pergi rehat dengan tengok TV atau main PC games / PS2…
3.) Malam (after maghrib), tulis stuffs, like blog postings untuk esok / write parts of my ebook(s), jawab email, etc.
Saya cuba avoid writer’s block dengan memastikan activity tak 100% berkaitan dengan penulisan, ada juga aktiviti kerja macam designing websites, etc.
You have to buat juga aktiviti lain, macam pergi menonton TV, jalan-jalan di luar, pergi bercuti…
Memang kalau kita 24/7 depan PC je, kita pun akan rasa fatigued dan stress.
That’s why petang-petang kena go out, bersukan, or jalan tepi pantai or pergi jumpa member2 … dan kalo jumpa kawan2, jangan lak buka topik hardcore IM…
Bincang benda lain, rehatkan minda …
Soemtimes, easy to plan but not easy to follow through with the plan.
Kalo memang benar2 rasa burn out, Sabri kena ambil a few days leave.
InsyaAllah, bila sudah berehat dari bisnes kita, our minds will be clearer dan kita akan lebih tenang dan gembira.
Kak Galadriel
March 23rd, 2007 at 9:06 pm
Saudara Sabri tak perlu rehat lama2. just 1 hari pun dah cukup. lepastu mesti tenang. sbb kita dah hari2 keja(menulis), so kalu cuti lama2 pun x tenteram (kepala duk pikir nak menulis ja).
March 24th, 2007 at 12:01 am
kalo dh stuck tu stop la menulis tu dulu..rehat lu..tenng2 fikiran lu..pi pangkor ke..
pastu bile dh tenang smula, smbung la kije balik..
ps: jgn cuti lelame..nnti kije lmbt@tidak siap
March 24th, 2007 at 12:40 am
Sabri, saya rasa kahwin pun salah satu faktor dapat tenangkan fikiran bila kita stress…
Bawa family pi mkn2 ke bole gak tenangkan fikiran. So, kena fikir2kan laa
March 24th, 2007 at 12:40 am
Ok Sabri… Jangan risau tentang saya… macam yang email sebelum ni, lepas jer email kat sabri terus dapat ilham… Itu le kelebihan yang Allah bagi kat saya. Insyaallah setiap kali saya bertanya untuk meminta pendapat, sebelum orang yang ditanya menjawab, saya dah dpt ilham…
March 24th, 2007 at 1:35 am
Wa…akak Galadriel punya momentum memang mantap, tu dah boleh jatuh tahap workaholic dah tu.:)
To Sabri,
Syazwan tak marah kan kalau ambik MC?
March 24th, 2007 at 3:47 am
[...] Saifulsham pulak nampaknya telah mati akal dan mahu melakukan brainstorming dengan pembaca kerana beliau mengalami writer’s blog. InsyaAllah anda atau saya akan’terkena’ penyakit ini nanti. [...]
March 24th, 2007 at 7:19 am
Percaya atau tidak, inilah petanda orang yang nak berjaya! Di persimpangan inilah keputusan & tindakan yang betul perlu dibuat dengan tepat.
Oleh itu, saya cadangkan seperti berikut;
1. Hentikan semua aktiviti (tutuplah komputer tu!!!)
2. Rehatkan minda – Terpulang pada Sabri cara mana dia rasa yang boleh relaxkan minda.
3. Selesai acara 1 & 2 di atas, ambil kertas kosong. Tuliskan;
a) semua perkara yang nak dibuat,
b) berapa lama nak buat,
c) dateline setiap satu, &
d) Priority untuk setiap task/perkara.
4. Last sekali, laksanakan pelan anda ikut priority.
Item 1 & 2 di atas tak de tempoh tertentu. Ada orang ambil masa 1 jam je dah cukup. Macam saya, kena ambil masa sampai 2 hari pegi tepi pantai!
Cara ni boleh “defragmented”kan otak kita supaya jadi tersusun. Baru idea boleh keluar dengan bebas …
p/s – oh ya! Saya punye e-mail pun Sabri belum balas. He, he …
March 24th, 2007 at 2:20 pm
saya setuju dengan incik mior..buat to do list..memang mujarab:D
March 26th, 2007 at 8:39 am
Hii Sabri, Sabri dah ada gf blom..Bawalah dia jejalan tgk wayang sekali sekala..tulis topik pasal your leisure time ke…hehe..
different aspect of life but may be can angle it towards internet marketing.
(cheeky grin)
March 26th, 2007 at 7:17 pm
hmm…apabila kita mengalami stuck/jem/blurr adalah amat perlu untuk berehat seketika, kosongkan fikiran kita dari kerja-kerja rutin. Berehat seketika itu umpama mengasah mata pisau yang telah tumpul.
April 7th, 2007 at 3:05 am
Saya dah cuba tips Sabri sebelum ini yang pergi bersuti ke Pulau Pangkor. Saya pula pergi bercuti di Genting.. pehh memang tenang la fikiran kita
.
June 15th, 2007 at 5:44 pm
gi la jln2 tmpt dekat2 je … atau gi akuarium kat KLCC ..gi zoo ker … gi mandi kat sungai .. tgk wayang..gi main bowling..pegi gym ? .. gi aerobic ..ambik kelas menari .. kunjungi kedai pet beli iguana …tanam pokok … cadangan je