B2B atau B2C?
Hello pembaca SaifulSham,
Buat mana-mana usahawan, pernahkah anda terfikir, selama anda mempunyai perniagaan, apakah bentuk perniagaan anda. Adakah ia B2C atau B2B?
B2C bermaksud anda menjual produk kepada pelanggan akhir. Dan pelanggan itulah orang terakhir akan menerimanya dan selalunya menggunakan produk anda untuk kegunaan sendiri.
Kebiasaannya, pelanggan itu terdiri daripada kalangan individu dan bukannya sebuah komuniti atau syarikat. Ia ditaksirkan juga sebagai Penjual kepada Pelanggan.
Sebagai contoh, anda membuka kedai runcit. Sudah pastilah pelanggan anda terdiri daripada pembeli yang membeli untuk kegunaan sendiri. Dan ia tamat disitu.
Berlainan pula dengan B2B, dimana produk anda dijual kepada pelanggan yang kebanyakannya terdiri daripada syarikat yang menjalankan perniagaan. Syarikat terbabit membeli produk anda untuk meningkatkan kecekapan, produktiviti, dan sudah pastilah meningkatkan keuntungan!
B2B selalu ditakrifkan sebagai Penjual Kepada Penjual. Contoh yang paling jelas adalah khidmat konsultansi. Apabila anda menjual perkhidmatan konsultansi anda kepada sebuah syarikat, syarikat terbabit akan mengaplikasikan sepenuhnya bagi meningkatkan prestasi perniagaannya.
Produk anda tadi tidak tamat disitu. Sebaliknya, ia diguna pakai untuk dijual kembali.
Jadi, lihatlah kembali jenis perniagaan anda. Tetapi mengikut pengalaman saya, kebanyakan peniaga internet yang baru di Malaysia lebih sukakan perniagaan berbentuk B2C. Tidak ramai yang membina perniagaan bagi menarik pelanggan yang terdiri daripada syarikat korporat.
Sebenarnya, B2B adalah antara pasaran lumayan yang tidak banyak direbut oleh usahawan internet di Malaysia. Jadi, fikir-fikirkannya.
P/S : SaifulSham.Co.Nz akan dilancarkan pada minggu hadapan! Its another SaifulSham’s wing.


February 7th, 2007 at 2:26 pm
ramai mungkin kerana menjual barangan B2C lebih mudah kot
February 7th, 2007 at 3:24 pm
Ya..memang betul,memang lumayan B2B ni..
Servis B2B la yang Team ebizMalaysia bincangkan kat Kementerian Pembagunan Usahawan dan Koperasi..Dari konsep ia sudah diterima oleh kementerian,cuma adakah usahawan di malaysia sedia menerima konsep ini?Ini yang menjadi persoalan dan dalam proses survey..
Ia bernilai ratusan ribu malah boleh menjadi jutaan ringgit..
February 7th, 2007 at 3:33 pm
[Tumpang Lalu] Cubaan meletakkan sesuatu di bahagian komen…
February 7th, 2007 at 5:16 pm
Menarik topik ni… tapi Sham… kenapa macam tergantung jer ayat tu? Apa yang disurvey sebenarnya?
February 7th, 2007 at 5:34 pm
Ada beberapa improvement yang saya lakukan pada blog ini. Ia sedang diupgrade.. Jadi tulah saya tengah test beberapa function.
February 7th, 2007 at 6:16 pm
Oh… patutlah kat forum WangCyber diorang ingat blog saifulsham kena h*ck. Rupa-rupanya Sabri tgh buat maintenance…
February 7th, 2007 at 8:17 pm
Biasanya untuk B2C boleh buat terus macam tu je.. Tapi untuk B2B kena ada perbincangan dengan pihak yang nak jadi pelanggan. Biasa untuk kebanyakan newbie mula berniaga suka pilih B2C tu.. Mudah! Dah ada keyakinan sok baru nak fikir B2B tu
February 7th, 2007 at 10:26 pm
tks sabri, something informative for me to start online business.
February 8th, 2007 at 1:25 am
useful info..thanks sabri. Saya pun baru dengar n paham aper sebenarnya maksud B2B dgn B2C ni..
February 8th, 2007 at 1:43 am
Xde tergantungnye Azmizam..cuba terlebih titik..Kepala tengah cram,next week start keluar wat survey.minggu lepas tu,ada event “penting”.:P.Banyak kene rancang ni.
February 8th, 2007 at 7:41 am
tq for info.
team ebiz? good luck, semoga dpt jadi la projek tu.
baru la faham sikit tentang B2B ni.