B2B : Direktori Perniagaan
Hello pembaca SaifulSham,
Pos saya yang lalu menceritakan bagaimana membuat approach untuk menjual kepada entiti perniagaan yang lain iaitu syarikat. Dalam erti kata lain, B2B.
Hari ini, saya akan sambung lagi dengan satu lagi approach yang relevan.
Tidak ramai yang tahu bahawa di Malaysia terdapat banyak direktori-direktori sama ada dikeluarkan dalam bentuk cetakan ataupun laman web.
Selalunya direktori ini dikelaskan mengikut industri masing-masing seperti direktori agensi pelancongan, direktori syarikat pembinaan, direktori syarikat ICT dan sebagainya.
Apa kepentingan direktori?
Direktori adalah tempat senaraian kesemua pemain-pemain dalam sesebuah industri. Tujuan diwujudkan direktori adalah memudahkan carian kepada pengguna ataupun untuk perniagaan. Ia mungkin memudahkan urusan komunikasi, mendapatkan pelanggan dan juga sebagai alat mempromosikan sesebuah perniagaan.
Anda boleh menggunakan direktori ini sebagai jalan untuk membuat approach untuk menjual produk anda kepada syarikat.
Sebagai contohnya, dengan melayari laman web seperti www.matta.org.my, anda akan mendapati banyak senarai dan maklumat syarikat-syarikat agensi pelancongan.
Jika anda menjual produk-produk pelancongan, anda boleh menawarkan mereka produk-produk anda. Sebagai contoh, jika anda menjual peta diinternet, salah satu cara anda menembusi pasaran mereka adalah dengan menawarkan peta secara bulk untuk mereka.
Mereka akan menggunakan peta itu untuk dijual kembali kepada pelanggan mereka.
Tetapi, JANGAN SPAM. Approach sebagai seorang ahli perniagaan adalah lain sama sekali dengan approach seorang SPAMMER.
Seorang SPAMMER akan menggunakan jalan untuk menghantar surat tanpa tujuan kecuali mempromosikan produk mereka semata-mata.
Seorang ahli perniagaan yang bertauliah akan membuat panggilan telefon, bercakap secara profesional dan membuat temu janji (ini adalah lebih baik).
Itu adalah satu kaedah untuk anda diversify perniagaan internet anda.
Kami telah melibatkan diri dalam perniagaan internet lebih dari 4 tahun, dan dalam usia itu, kami merancang mengembangkan lagi fokus perniagaan kepada entiti perniagaan selain entiti pengguna.
Jika kita lihat, jika kita menjual produk-produk seperti eBook, keuntungan yang diperolehi selalunya bermusim. Bermakna, anda perlu sentiasa keluarkan eBook-eBook baru untuk menampung pendapatan anda diinternet.
Hari ini eBook A anda laku bab goreng pisang panas, tetapi bulan seterusnya, apakah eBook A itu boleh dijual sehangat awalnya dijual.
Back End Selling adalah satu cara terbaik menambahkan jualan. Tetapi, lambat laun, anda tetap juga perlu menghasilkan eBook yang baru.
Atas sebab itu, untuk kekal dalam jangka panjang diinternet, carilah produk yang sentiasa boleh dijual sepanjang masa. Dan luaskan pasaran anda untuk tidak terhad kepada pengguna akhir.
Entiti perniagaan mungkin pasaran anda seterusnya.
Bergantung kepada persediaan anda, jika anda sudah bersedia memecut ke tahap seterusnya, anda harus keluar dari kepompong untuk duduk dirumah semata-mata.
Carilah network didunia luar juga. Ia akan banyak membantu anda kelak.
Selepas pertama kali kami memberikan seminar dan bertemu klien-klien lain, satu perkara baru yang kami pelajari. Kami tidak boleh mengharapkan internet semata-mata untuk mendapatkan klien baru.
Promosi dan approach ke dunia nyata juga adalah satu kaedah untuk terus kekal dan berjaya dalam perniagaan internet.
Sekian,
W.M.Syazwan
P/S: Tahniah untuk En Najib Kasimin dari Monaskas.com, satu lagi protege keluaran seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet. Lagi pendedahan laman web protege dalam masa terdekat.
KuasaForex.com telah meraih RM3,000 sehari mulai 2 hari lepas. Lagi sekali tahniah untuk En. Nasir.


June 8th, 2007 at 6:47 pm
saya tertarik dengan laman web kuasa forex dari en. nasir. terima kasih team saifulsham untuk pendedahan tersebut
June 8th, 2007 at 8:49 pm
Salam sejahtera Syazwan,
Saya tak setuju dengan pendapat Syazwan mengenai ebook tersebut.
Bagi saya, perniagaan ebook bukan hanya bergantung kepada ebook kita laku hari ni, esok tak, lusa laku, dan seterusnya.
Jika kita tahu strategi dan rancang pelan perniagaan, ebook hanyalah satu cara menuju kepada pengembangan keuntungan yang lebih besar.
Mungkin pendapat Syazwan kat atas berdasarkan method Underachiever Guy. Tapi kita ada satu lagi cara, yang lebih baik dan semestinya membawa untung yang lebih dalam perniagaan kita.
Saya rasa Syazwan sendiri mungkin pernah dengar method ni, iaitu Products Funnel. We start with low price tag front-end dan berakhir dengan high price tag back end.
Bak kata team Shaifulsham sendiri, Start Small Finish Big.:)
Jadi, bagi saya, perniagaan ebook bukanlah hanya tertumpu pada kita mencari niche market, dan serve niche market tu dengan produk ebook kita, tetapi perniagaan ebook merupakan saluran termurah untuk mendapatkan pelanggan sebelum kita ‘ngap’ dia dengan produk yang berharga lebih tinggi.
Ya, melalui perniagaan ebook juga kita boleh membina entiti perniagaan, jika kita telah bersedia dengan ‘Products Funnel” kita sendiri.
Regards,
Amirul Faisyal
June 8th, 2007 at 10:18 pm
B2b merupakan salah 1 indikator utk meluaskan empayar perniagaan. Kebanyakan syarikat2 gergasi akan menganjurkan B2B utk tujuan meneruskan survival dan memperluaskan rakan kongsi perniagaan.
June 8th, 2007 at 11:51 pm
aku nak tersengih tengok web kuasaforex…kalau orang main forex dia tahu le..
June 9th, 2007 at 5:57 am
KuasaForex.com by En Nasir sangat menarik. Memang boleh buat duit dengan teknik yang betul dan ada keupayaan untuk hold position. Malangnya, ia TIDAK berlandaskan syariah (correct me if I’m wrong). Seperti satu babak dalam filem Pendekar Bujang Lapuk, “Cobaan …”
June 9th, 2007 at 9:48 am
bayak unsur yang tidak logik dalam isi kandungan kuasaforex tu…maaf cakap le
June 9th, 2007 at 10:39 am
betulke forex ni tidak mengikut syariat? lebih kurang maksudnya macam haram jugalah tu..
apa pula yang tak logik tu ye?..
Saifulsham boleh bagi komen sikit..
June 9th, 2007 at 11:55 am
a’a.. boleh bagi komen pasal ebook tu?
June 9th, 2007 at 3:16 pm
tak mahu cerita panjang rujuk kat forum ni
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=17343&page=4&highlight=kuskus
banyak benda menipu sekarang ni. claim ada kondomium le…tapi whois domain duduk kat flat sri dami aje
June 9th, 2007 at 3:21 pm
sudah selamat remove kuasa forex banner di sidebar
June 9th, 2007 at 6:02 pm
Sy tknk buat komen sbb Tuan Punya web akan beri komen sendiri. Btw, sy kenal En Nasir secara peribadi dan saya tahu aset yang dimiliki olehnya.
Tunggu sahaja penjelasan En Nasir.
June 9th, 2007 at 6:07 pm
Assalamualaikum semua!
Amirul, nanti saya minta Syazwan sendiri bagi komen atas pandangan anda, buat masa ini kes En Nasir & Forex ni mcm “hot” dan perlu diselesaikan segera.
1) Saya dah hubungi En Nasir sendiri dan beliau akan memberi penjelasan. Cuma saya mohon dengar kedua-dua pihak dulu dan dengan En Nasir side of story.
Saya pernah berjumpa dia, dan dia adalah protege kami. I see his effort.
Apapun, we must give him a chance to explain himself.
Mustahing, saya tidak berapa arif dalam bab hukum hakam ni, jadi saya tidak dapat nak komen. Jadi, kita kena bertanya2 lah kepada yang arif macam mana sebenarnya kedudukannya.
Sabri
June 9th, 2007 at 7:03 pm
Biar penulis kuasa forex yang jelaskan…Tak perlulah hangatkan keadaan…Bukan semua orang mudah berpuas hati dengan apa yang ada..bagi yang dah advance,maybe mereka rasa ia tidak berbaloi..tapi bagi newbie,ia pasti akan membantu.. maybe yang menjadi isu adalah berkenaan pengunaan indicator orang punye je…
June 9th, 2007 at 9:56 pm
Hmm, saya tengok perbincangan di carigold tu dah melampaui batas sehingga ebook kuasaforex boleh didownload percuma.
Bagi saya, nak komen dan kritik boleh, tapi jangan sampai melanggar akta hakcipta. Ebook tu katakan kalau ada benda salah sekalipun, Islam tak membenarkan kita mencuri hak orang! Semua masalah boleh dibincangkan secara baik lagi2 kita ni muslim. MasyaAllah, apa nak jadi.
Saya tengok mereka yang memberikan ebook orang lain secara free seolah-olah tak ada Agama. Sorry to say, tapi hakikatnya begitulah. Kalau mengaku berAgama, that better gunakan cara yg hikmah. Katakan ebook tu jelas salah, ISLAM tak terus menghukum, tapi ada susur galur, jalan dan proses yang perlu dilakukan. BUKAN terus menghukum. So sad…
Seperti kata Sham, kalau kita dah expert, that better kita diam sahaja daripada mengkritik ebook yg kita rasa simple. But for newbies, it maybe usable.
Akhir kata, berfikirlah dengan akal, bukan dengan kepala lutut.
Maaf kalau menyindir dengan keras, tapi rasanya itu perumpamaan yang lebih sesuai kot.
Hanya pandangan peribadi.
June 10th, 2007 at 12:00 am
Harap en.nasir tidak putus asa…Bg saya la,sebagai pembeli ebook tu..ia cukup membantu saya sebab saya memang tak tahu apa itu forex..main suka² adala..Saya ada review kat blog saya benda ni..Daripada 100%, maybe saya tahu 5% je kot..Dengan beli,maybe saya tambah 20% lagi ilmu tentang forex..Saya tahu,saya tak boleh terima banyak sangat input..20% dah memadai buat masa sekarang..saya akan tambah lagi bile dah cukup “hadam” ilmu tu..
Benda ni kadang² just ikut orang je..sorang kutuk,yang tak tau pape pun turut kutuk sedangkan dia sendiri tak tahu pape..
Sedangkan Dr.irfan sendiri ada orang kutuk..ni kan pulak orang baru nak kenal..
Saya bukan paling banyak buat duit dengan adsense..ada ramai lagi lagi banyak dari saya..malah ada customer saya dapat lebih banyak dari saya..Ada jugak orang kutuk..tapi itu adalah perkara biasa..susah nak puaskan hati semua orang..Biarkan “lalat²” berlegar legar ditelinga ni..lama² dia lari la..
daripada pembincangan nogold tu saya tengok..ada yang zero tentang forex pun turut menyampuk sedangkan diri sendiri tak tahu apa apa lagi tentang forex..kalo dah expert tu lain cerita la..
Bukan nak kondem sesape..just sebagai teguran..kalo tak tahu,buat tahu..jangan pulak buat² tahu..
Pasal dok flat seri damai ke ape..bagi saya xde masalah..cina jutawan dok rumah kos rendah je.Malah ada yang tdo dalam kedai dia je…sedangkan dalam poket berjuta juta..malah lebih kaya orang melayu yang bergelar dato’, tan sri ke ape..ape nak heran kalo jutawan cina ada dok kat flat seri damai tu?
Kenapa la mindset orang melayu nampak kebendaan sangat?Tengok orang berkereta besar/mewah mesti anggap wah..dia ni mesti kaya..sedangkan dia kayap sebab hutang keliling pinggang..keta pun hutang..
Salah sorang tokei pasaraya kat sini just berseluar pendek & berselipar jepun buruk je jalan² kat sini..dan dia seorang jutawan..bagaimana saya tahu?Sebab saya pernah praktikal kat kastam terengganu..saya tengok berapa cukai yang dia bayar..sebenarnya skit je dia bayar..ada lagi yang dia cilok..cuma kastam terengganu malas skit sebab cukai banyak kat petroleum..diorang tak cek betul²..mereka kerja dinegeri comfort zone dimana hasil minyak adalah 90% dari kutipan cukai negeri..negeri lain kene kejar sebab kastam setiap negeri ada target cukai yang dikutip..Masa saya praktikal dulu,cukai terengganu melebihi 1 bilion pada 2005..
Berbalik pada topik ni..orang yang condem tu dah expert sangat ke dalam forex?
June 10th, 2007 at 12:09 am
Pada pandangan saya yang kurang ilmu ini.Tiada salahnya nak buat ebook kuasforex ini.Tetapi peneranngan itu mesti jelas sebab kalau tengok saleletter memang hebat sehingga sesiapa yang baca akan menganggap ini suatu teknik yang bagus.Akhirnya pembeli yang beli kecewa kerana apa yang dihajat tak tercapai.Sepatutnya terang ebook ini untuk pemula atau advanced.
Pemberian ebook secara percuma tu memang tidak beretika tetapi biasalah manusia..kalau tak puas hati macam2 tindakan dibuatnya.
Orang melayu kalau marah macam2 tindakan dibuatnya.Kadangkala diluar jangkaan.Maaf cakap…
June 10th, 2007 at 10:05 am
aduh, x sangka pula jadi macam ni. sabar la en. nasir. nanti dah setel, saya letak balik banner kuasaforex tu di blog saya.
June 10th, 2007 at 12:56 pm
alamak, kuasa forex?
Rasanya thread berkenaannya telah ditutup di WC.
June 10th, 2007 at 12:56 pm
Sebagai penulis ebook,kita boleh author balik apa yang tak relevan tu..berlainan kalo buat buku fizikal.Maybe en.nasir boleh update ebook tu atau buat versi yang advance satu..satu untuk newbie..Bagi saya untuk newbie,tak perlu teknik analisis yang terlalu complicated…
June 10th, 2007 at 1:30 pm
Alamat Flat tu boleh diubah. Alamat tu bknlah alamat rumah En Nasir, tujuan dibuat adalah utk mengelakkan org mencari En Nasir.
Sy dh nasihatkan jika nk sorok alamat rumah, gunakah Whois atau lebih baik gunalah mail box address.
Beliau dlm proses nk dptkan mail box address. En Nasir bknlah penipu spt yg diuar-uarkan. Beliau merupakan salah seorang anak didik Azizi Ali yg mendapat layanan istimewa dr Azizi Ali (apa layanannya, Azizi Ali ber beliau tmpt percuma utk ke seminarnya)
En Nasir mempunyai lebih dari 10 anak didik yg diajar melabur bersama beliau. Hampir kesemuanya dihantar ke seminar RBDDI dgn tujuan utk belajar mndpatkan modal sebelum melabur. (Satu cara mendapatkan modal adalah berniaga).
Kalau niat En Nasir menipu anda, tidak perlulah beliau meletakkan muka, mengadakan seminar secara umum.
Laman webnya yg tidak cantik itu adalah mmbuktikan beliau bkn usahawan internet. Beliau baru sahaja masuk bidang internet ni tahun ni.
Nk tunjukkn kesungguhan En Nasir belajar bidang internet, beliau dtg lebih 3 kali seminar RBDDI hanya nk serapdan refresh ilmu yg diajar.
Sy kenal siapa En Nasir secara peribadi. Semua aset yang ditunjukkn olehnya adalah benar dan bukannya diciplak. En nasir mungkin akan membawa geran aset hartanahnya dlm seminar beliau nnti. Tgklah jika masih tidak berpuas hati.
Semua asetnya dtg dr pelaburan saham dan forexnya. Beliau adalah full time trader.
En Nasir byk mengajar sy secara peribadi tentang bagaimana melihat pergerakan saham dan naik turun pasaran.
Tujuan sy memperkenalkan En Nasir bukanlah niat mengalakkn sesiapa melabur dlm Forex ke apa. Sy nk tunjukkn bagaimana dgn kesungguhannya menghasilkan laman web itu mendatangkan hasil buatnya. Bukan sng utk org seperti En Nasir yg bermula dgn ZERO ttp akhirnya berjaya membina sebuah laman web yg mampu menjual (sdgkn itu bukan bidangnya dahulu). Walaupun byk yang boleh diperbaiki, ttp sy nk beritahu bgamaina org ZERO knowledge boleh mempunyai income dr internet.
Soal CariGold tu sy dh lama faham forum tu. Dan sy tk perlu mengulas pjg sbb ramai org tahu siapa yg selalu berada disitu.
Apapun, En Nasir sendiri akan membuat penjelasan pjg lebar mengenai perkara ini. Beliau sudah maklum akan perkara hot ini dan beliau memberitahu, beliau akan tampil membuat penjelasan.
Sy tampil utk mengelakkan salah faham ramai org.
June 10th, 2007 at 3:11 pm
Berikut adalah update terbaru kepada website En Nasir, saya beri sedikit petikan dan nilailah sendiri.
Saya tidak pernah membaca ebook beliau, mungkin ia lebih kepada newbie seperti En Sham pernah katakan, tetapi integriti En Nasir, saya tidak pertikaikan. I trust him dan saya nampak usaha yang dikeluarkan beliau. (Beliau bukan protege yang bercakap, mengeluh dan bermasalah sepanjang masa. Beliau protege yang dinamik, proaktif dan mengatasi masalah yang datang)
=============================
Petikan dari http://www.kuasaforex.com/hasilforex.htm
NANTI!
Terdapat beberapa pihak dari kumpulan/group forex tertentu tidak mempercayai dan dengan sombongnya menghantar emel dan menuduh aset yang saya paparkan ini TIPU (entah apalah lagi yg mereka ini akan tuduh pula selepas ini). Baiklah, untuk memuaskan hati dan untuk mendapatkan kepastian terutama kepada mereka yang meraguinya, saya persilakan memeriksa sendiri sebahagian hartanah saya ini (kini saya sewakan) di beberapa alamat berikut. Tanyalah sebahagian dari penyewa-penyewa saya di alamat berikut:
Hartanah 1:
25-B1-9-8, Miharja Condominium,
Taman Miharja Phase 3A,
Jalan Cheras,
55200 Kuala Lumpur
Hartanah 2:
No 319, Jalan Jati 1,
Taman Jati,
09000 Kulim, Kedah
Hartanah 3:
No 51-2C,
Kg Tasek Tambahan,
68000 Ampang, Selangor
Hartanah 4
B7-3-1, Villa WangsaMas Condominium
Wangsa Maju, KL
(dalam pembinaan: boleh semak rekod dari pemaju Setapak Heights Development)
(berdekatan dengan Carrefour Wangsa Maju)
June 10th, 2007 at 4:24 pm
Ambik ko…pandai sgt cakap karut2…yang sape2 suka kutuk2 org tu pegi la semak siapa pemilik hartanah tu…
Aku rasa mmg takda org semak punya…dasar bodoh tak boleh diajar,cerdik takboleh ditegur…
Hurgh!!
June 10th, 2007 at 5:46 pm
Erkk.. Apesal jadi camni ni ?
June 10th, 2007 at 8:02 pm
x tahu la irwan. macam2 sekarang ni. kitorang pun sedang tunggu en. nasir menjengah turut sama komen. sepatutnya xde apa sangat sebab ini blog team saifulsham. apa la yang mereka2 itu ragukan yek?
p/s: hangat la pulak
June 10th, 2007 at 8:45 pm
Kes ni macam Azizi Ali laa. Ramai yg pelik Azizi yg kaya raya tu tak guna duit untuk beli barang mcm rumah besar ke, kete besar ker, shopping kerr. Tapi tu hak dia lah nak buat apa dgn harta dia, nak pakai selipar Jepun ke, selipar cina ke, nak dok kat Flat ke, rumah atasp rumbia ke, itu hak individu. Yg kita sibok2 nak jadi hakim bagi hidup orang tu ape ke hal.
Saya serius tak minat Forex. So tak tahu sangat lah nak komen pasal sistem, teknik atau ebook tu. Tapi bab hakcipta, tatasusila, etika, akhlak, usaha, itu yg saya lihat pada sesiapa pun, tak kisah siapa mereka.
Dari apa yg Syazwan cerita, saya respek dengan en. Nasir dari usahanya tu terutama datang berkali-kali ke seminar. Two thumbs up…
Mcm Sham katakan, kalau ada kekurangan dalam ebook, bawalah berbincang. Dan kalau tak puas hati, minta balik duit, tapi sy tak pastilah en. Nasir bagi money back guarantee atau tak.
Mana yg marah2, tenangkanlah diri. Bawa bincang baik2.
June 10th, 2007 at 9:24 pm
saya sokong pendapat zul tu…mana yang marah-marah bawa bertenang.Mungkin ada hikmah berlaku ini semua.Mungkin hikmahnya… En Nasir akan lebih dihormati dan dihargai.
June 11th, 2007 at 1:26 am
sedih saya lihat melayu2 di forum yg tak beradab mcm org berhemah. siapalah mereka yg pandai cakap tu? Saya sahabat nasir yg dah terkejut dgn sikap tak beretika Melayu di forum tersebut. Tak gitu saifulsham?
June 11th, 2007 at 1:28 am
malu pada bangsa lain. MasyaAllah!
June 11th, 2007 at 1:29 am
esok saya akan lebih detail ttg sahabat saya en Nasir ni. Tunggu esok aje!
June 12th, 2007 at 10:29 am
Kes forex masih ada lagi sampai sekarang ek.. forex ni macam main saham gak. Naik dan turunnya.. risiko yang tinggi, tapi kalau bijak, memang boleh dapat untung besar…
June 12th, 2007 at 5:56 pm
Ok, post baru dah masuk, dan beberapa bahan pertikaian pun telah menerima maklumat baru. Jadi saya buat rumusan:
Integriti En Nasir
Integriti En Nasir berjaya diteguhkan dengan pemberian alamat-alamat hartanah di atas. Jika ada yang ingin mempertikaikan integriti En Nasir, boleh buat siasatan dan bentangkannya.
Selagi tiada bukti baru dibentangkan, En Nasir dianggap benar, tidak menyembunyikan apa-apa dan seorang yang kuat integritinya. Beliau adalah seorang businessman yang wajar dihormati.
Kandungan Ebook KuasaForex
Kandungan ebook KuasaForex bergantung pada individu yang membacanya. Kalau orang tersebut sudah pakar serba tahu, jangan kata baca ebook, kalau baca manual mahaguru Forex pun mungkin pada dia buku mahaguru tu nothing juga.
Tetapi kalau orang itu newbie, mungkin mereka akan mendapat sesuatu darinya. (testi Sham)
Sambil itu ada juga point2 tambahan, contohnya ebook ini dalam bahasa Melayu, senang untuk dibaca berbanding panduan-panduan dalam BI
Kesimpulan: Ebook ini mungkin permata bagi sesetengah orang, mungkin kaca bagi sesetengah orang. Anda imbangkan anda di tahap mana.
Halal-Haram Forex
Saya tidak dapat mengulas hal ini dan SaifulSham.com juga bukan medan yang tepat untuk membincangkan hal ini. Kita pelru orang yang pakar dalam bidang ini menyumbangkan pendapatnya dan diperakui Majlis Fatwa Kebangsaan.
Kesimpulan: Inconclusive. Dihantar ke “Mahkamah” lebih tinggi untuk perbincangan.
Penamat: Ok, saya rasa kes Forex sudah selesai, get on with business as usual.
June 13th, 2007 at 11:07 am
Forex adalah diluluskan oleh syariah kerana konsepnya adalah jual & beli matawang. Forex purely trade currency dan langsung tidak terlibat dengan aktiviti haram seperti saham (utk pengetahuan sdr, byk syarikat yg menerbitkan saham di BSKL melabur di dalam syarikat haram dari hukum syarak seperti SportsTOTO, Genting, Magnum dsb).
Contoh, misalnya anda membeli saham syarikat Maxis atau Telekom di BSKL, mungkin syarikat ini ada pegangan saham Genting atau Magnum.
Forex tidak begitu. Forex hanya membeli&menjual matawang sahaja.
Semua pelaburan sama ada saham atau forex atau apa sahaja boleh juga di’khilaf’kan sebagai haram. Ini kerana jika seseorang itu trade membuta tuli dan hentam keromo, ianya sudah bersifat memperjudikan wang. Walaubagaimanapun, ianya adalah Khilaf iaitu ulama mempunyai berbeza pendapat. Ianya haram jika kita tak tahu apa yg kita buat & seakan berjudi.
Tetapi jika kita tahu apa yg kita buat, tahu arah pasaran dan berdagang secara betul mengikut fundamental, ianya adalah sah.
Jika forex haram, apa pula hukmnya jika kita terpaksa pergi ke Britain dan terpaksa pula menukarkan wang kita contohnya RM50,000 ke GBP?
Untuk pengetahuan anda, tabung haji, bank islam dan sebagainya turut memperdagangkan forex kerana forex adalah antara punca utama pendapatan bank-bank termasuk bank perdagangan Islam.
2- Transaksi forex adalah disahkan oleh semua bank Negara di dunia termasuk Bank Negara Malaysia. Anda boleh deposit dan withdraw masuk ke akaun di Malaysia. Cumanya, jika kemasukan melebihi RM50,000 akaun anda akan disekat/hold sementara oleh bank. Tetapi tiada masalah, selepas anda clarify dengan pihak bank yg anda memasukkan duit forex, akaun anda dibebaskan semula. (membuktikan forex adalah sah). Sekatan akaun ini hanyalah untuk membolehkan pihak bank mempastikan bahawa akaun kita itu bukanlah hasil kemasukan wang haram atau money laundering (scam) dan skim pelaburan cepat kaya seperti swiss cash yang banyak berlaku di luar negara.
Harap jawapan ini memberi sedikit jawapan
Forex adalah diluluskan oleh Suruhanjaya sekuriti: Sila lihat rujukan dari laman web Suruhanjaya Sekuriti
June 13th, 2007 at 11:47 am
Mungkin mereka ada agenda tersirat? Tepuk dada tanya akal
Pemberian ebook secara percuma ini tentulah ada agenda yg tersirat dan tidak professional
Saya kesal dengan sikap mereka yg tidak professional ini. Mungkin pada masa hadapan ini, entah apa lagi komen mereka, Spt yg saya nyatakan di dalam web saya, saya hanya mahu membantu mereka yg memerlukan bantuan. Yang dah pandai tidak perlu membeli ebook ini kerana walau bagus manapun buku yang terdapat dipasaran, ianya tidak dapat memuaskan hati semua orang. Saya telah menyatakan perkara ini dengan jelasnya dimuka hadapan website kuasaforex (lihat ruangan Objektif & Matlamat).HArap dapat membaca ruangan ini dengan teliti dan fahaminya.
UNtuk pengetahuan, kuasaforex kini dikenali dengan meluas dan telah menjadi satu brand name . Oleh kerana sambutan yg luarbiasa, kuasaforex juga menerima undangan menjadi penceramah forex dari beberapa penganjur seminar forex yang telah dikenali ramai sebelum ini.Saya amat menghargainya
Traders professional lebih suka trade bersendirian dan trade berdasarkan pada analisis fundamental dan teknikal sahaja (tanpa merujuk atau mengambil saranan dari mana-mana forum). Sdr boleh membaca tentang sifat2 trader yg berjaya dari banyak buku2 forex dipasaran, terutama buku yg saya rasa paling bagus => The Market Wizard.
Forex sebenarnya mudah saja & kita hanya perlu lihat arah pergerakan pasaran. Jika naik kita BUY, jika jatuh, kita SHORT/sell. TETAPI, jika benar mudah, kenapa 99% pelabur gagal? JAwapannya ada di dalam buku The MArket Wizard karya JAck D Schwagger. Bacalah The Market Wizard untuk mengenali ciri-ciri pelabur ‘gagal’ ini. Setelah anda membaca buku ini, anda pastinya mengenali ciri-ciri traders yang gagal ini . Selamat membaca dan kami doakan semua traders forex maju jaya!
June 13th, 2007 at 5:41 pm
saya dah baca buku tu dulu lagi. Saya dah dapat jawapannya. TQ
June 13th, 2007 at 6:17 pm
mujur ada penjelasannya di sini..
June 14th, 2007 at 11:28 am
Salam semua,saya sedikit tergugat selepas terjumpa forum nogold.Komen2 yg diberikan hampir2 melunturkan semangat saya.Saya sudah membeli ebook kuasaforex dan sudah habis membacanya.Memang berguna sangat kepada manusia yg tiada pengetahuan mendalam mcm saya.
Syabas En.Nasir kerana penjelasan yg mantap dan cemerlang.Insya’Allah ada rezeki saya akan hadir dan mendaftar seminar kuasaforex 17Jun.
Syazwan.Terima kasih emel yg dihantar dapat merungkai seribu persoalan dan kebimbangan.You’re the best.
June 14th, 2007 at 12:26 pm
Syabas En Nasir! Lega saya membaca jawapan En.Nasir..he’s cool dan langsung tak menghentam atau pin point mana2 pihak.
Saya pun baru je beli ebook kuasaforex dan mendaftar seminar. Bagi saya ianya adalah yg terbaik yg trdapat dipasaran esp utk org yg ZERO dlm forex. Sblm ni, saya dgr gak pasal forex..forex..forex..tapi camner nak main, camner nak buy sell waima nak buka acc pun tak tau.Dgn panduan kuasaforex,saya dahpun buka acc real dan dahpun dpt untung 142pips.Byk la tu utk org baru spt saya. Saya rasa amat berbaloi.
Saya sependapat dgn Ammar. Bagi saya la,tgk gaya cara sembang dlm forum2 tu pun,dah nampak mereka2 tu pun tak tau pape pun sebnrnya,ikut2 je.Org suruh buy,mereka buy, org hentam,mereka ikut je. Kita blh paham2 sendiri je la golongan 99% traders yg gagal & dimana mereka berada setiap hari. Siapa yg sibuk2 dlm forum2 tu? Traders pro atau …???
June 14th, 2007 at 4:36 pm
setelah sy selidik dgn sedikit ilmu didada..hanya WC sahaja yang bagus.. kalau forum lain, sy tak percaya.. kalau nak tahu sesuatu isu, rujuklah pada WC, coz situ jer tempat usahawan internet sebenar berkongsi idea..pasal tipu-tipu ni kan,cuba kita fikir logik akal, kalau orang nak tipu, takkan dia nak adakan seminar kot.. yang kedua, sanggup kah jika anda dah ada reputasi yang besar,pastu kita recommend product orang menipu…coz dah fitrah manusia, wat salah sekali, payah orang nak percaya.. sanggup ke hancurkan kredibiliti yang dibina bertahun-tahun kerana orang lain..pasti kita mampu berfikir sendiri..pasal saya berkeyakinan penuh saifulsham HANYA merekomenkan produk yang bagus… ini kerana mereka benar-benar ingin membantu kita..bukan hanya pentingkan diri sendiri..jika pentingkan diri, takkan dikongsikan segala tips kat sini
.. teruskan usaha anda membantu kami semua,especially kami yang baru ni. terima kasih cikgu saifusham
June 14th, 2007 at 5:02 pm
betul en nasir.. kalau dah pandai, tak yah la beli.. yang buat hal ni orang lama forex yang dengki..itulah masalah besar kita orang melayu ni..sabar je ye en nasir..irfan khairi yang dah tunjukkan bukti memang dah jutawan tu pun ada yang benci,inikan pula kita..
p/s: diorang sebenarnya nak dapat pengajaran free la tu dari en nasir
… yelah, diorang wat forex lama, tapi hasil tak nampak pun.. tiba2 en nasir tunjuk sumer hasil encik yang gempak tuh..mulalah “bertanduk”
June 15th, 2007 at 2:22 am
Maaf saya menyampuk, saya bukannya pakar agama tetapi untuk lebih jelas mengenai hukum forex ini bolehlah lihat dilaman web ini ,sila lihat dibahagian forex dimana ditarangkan dengan terperinci http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=157&Itemid=72
June 15th, 2007 at 10:12 am
harap en. nasir hati-hati sikit menulis sungguhpun nak pertahankan forex. maxis adalah kaunter syariah-compliance, jadi jangan cuba timbulkan keraguan semata-mata nak pertahankan forex.
harap faham maksud saya.
berkenaan buku kuasa forex, tiada dijelaskan di sini kenapa tak kasik due credit kepada pencipta indicator kuskus tu..
June 15th, 2007 at 11:26 am
Ya, harap En Nasir hati-hati sikit menulis, memang benar terdapat Bank Islam yang melakukan forex tetapi kebanyakan mereka melakukan FOREX jenis SPOT dan bukannya jenis ‘Forward’ atau Forex yang menggunakan ‘Value forward’(nilai masa hadapan). Forex ini mempunyai unsur spekulasi.
June 17th, 2007 at 12:56 am
Saya salah seorg pembeli ebook kuasaforex & peserta seminar. Secara peribadinya, saya tak pernah rasa tertipu! malah ebook ni amat brmanfaat pd saya yg ZERO IT & forex ni. Semmgnya rm97 yg saya laburkan utk ebook ni mmg berbaloi dgn apa yg saya dah terima skrg.
Saya ni komputer pun basic2 je…jd mcmana nak main forex??? Jawapannya saya dah dpt dpd ebook yg hebat ni. Yelah,dpd tak tau apa2…skrg dah mula faham apa tu forex! Jd,T.kasih & sybas utk en Nasir & kuasaforex
Saya rasa rramai lg setuju dgn saya ni.En nasir mmg balas semua emel yg saya hantar. Samada cepat atau lambat saya pasti akan terima balasan emelnya. Soalan2 emel saya pasti terjwb. Bukan mcm yg lain2 tuh…ajar forex tp`service pun K.O’…akhirnya tak tau ape
p/s:Nampaknya gol `celupar’ kat forum2 buang masa(malas nak sebut) tu tak lama lg akan dpt award “P.H.D”(sendiri mau fahamlah)…
June 22nd, 2007 at 12:34 am
ada komen2 yang ‘meragukan’ tapi kita tunggu dan lihat aje
August 1st, 2007 at 5:51 am
Anda sekalian nak beri komen baik buruk tentang web en.nasir kuasaforex terpulanglah kepada diri anda bagi saya web itu tak penting yang penting sangat bagi saya dah beli ebook KuasaForex en.nasir tu hanya RM97 jer tak mahal sampai mana, kalau rasa mahal sangat saya tak tau nak kata apa lagi, tetapi ebook kuasaforex telah banyak membantu saya sampai hari ini. Bukannya cakap kosong jer hanya ebook kuasaforex harga RM97 pendapatan saya setiap hari serendah RM900 atau RM2000 tidak termasuk yang selebih tu hanya dalam bidang forex jer. Terima kasih en.nasir
August 1st, 2007 at 3:05 pm
jam 2:30 ptg-jumpe web kuasaforex.com-semangat giler nak wat duit so rase nak bli e-bbok tu tapi ramai kate kalau nak bli e-book online check forum ulu coz nak tahu pendapat orang…maklumlah newbie
jam 3:00 petang-terejut tengok penulis e-book nie dihentam teruk di nogold.com,siap dapat e-book free lagi[selamat rm97 aku]
keesokan harinya-jumpe forum nie ,memuji cik nasir pulak.
kesimpulannya-bingung,bagi orang baru nak blajar sentiasa bingung camnie…
August 4th, 2007 at 8:25 pm
hah! bagus tu fizzy…amalkan selalu dan simpan duit byk2.. Bagi aku la,kalau betul nak belaja, biarlah berkat..amik hak orang begitu samalah mencuri. Pastu nanti bila ko dpt untung forex hasil tunjuk ajar ebook cik nasir tu,sama lah ko makan harta hasil mencuri.suka ati ko lah (aku nak amik download pree ebook Malaysia Pal oleh Hafiz Latib pun tak sanggup..takut pemilik tu tak halalkan pulak ilmu dia tu..
August 5th, 2007 at 1:22 am
Kelas kuasa forex en.nasir cukup hebat, 2 september ahad ni sesiapa tinggal kat KL ni bolehlah turun ke Berjaya times square hotel convention centre starhill, 9pg hingga 5ptg dan di bukan untuk pendaftaran juga.
August 30th, 2007 at 10:00 am
orang takder ilmu aje yang bising dan juga mereka yang dengki dengan kejayaan orang lain. sekiranya mereka sama-sama berusaha seperti encik nasir,bagaimana?
kalo dah hentam encik nasir semakna hentam team saifulshahm jugak laaa… tak gitu? berapa ramai yang hentan saifulsham selepas seminar? kalo gitu mintak balik duit seminar?
habis tu, nak putus asa? nak berhenti begitu sahaja? biarkanlah mereka dengan labu2 mereka. tetapi kritikan tetap perlu berjawab dengan berhemah. bukan duk diam semata-mata tanpa jawapan yang pasti… selamat maju jaya…
August 30th, 2007 at 8:41 pm
Saya sebagai kaum cina Malaysia saya sendiri pun berkawan ramai kaum melayu kami buat satu kumpulan, kalo ada apa2 kami bawa berbincang apa2 masalahnya kami tolong menolong, walaupun saya duk kat P.Pinang tak pernah pun pergi ke seminal En.Nasir saya pun amat bangga kerana dia ada kepunyaan kelas forex dan ada keupayaan keyakinan mengajar ilmu forex kepada anak murid dia sendiri, kalau tak percaya lihatlah web kuasa forex tentang kelas dia, kami di P.Pinang pun ada mengesyorkan ke kelas forex Ustaz Sobri Saad USS group sesapa duk kat utara mengapa buat gini kami saling tolong menolong.
January 12th, 2008 at 12:49 am
dun kmen2 en nasir r….kalu brani try dlu kuasanya.korg kmen pn bknnye dpt wet pape.tul x?org tu ssh2 bkin e book wat tlng korg yg korg g ktuk2 lak.kalu x pndi trade ckp je r jgn nk memandai tuduh2.tu nme nye bdoh smbong..pk2 kn lah
April 10th, 2009 at 10:01 am
[...] blog Saifulsham (www.saifulsham.cm) berharga: usd 8,947 [...]