-Jika anda sedar, ada sebuah post dari Syazwan yang saya telah backdate kan (bukan delete). Post tersebut berunsur spekulatif dan saya masih berusaha. Saya tidak mahu anda tertarik dengan hanya satu attraction ke konvensyen. There are a lot of good people di Konvensyen nanti dan I think this post is more important. Berkenaan dengan post satu lagi tu, I’m still trying, if he is there, it’s a bonus for everyone of us. -Sabri
Salam Hormat Kepada Pembaca Budiman,

Seperti yang saya maklumkan semalam, dalam emel
hari ini saya akan melakukan sedikit briefing
mengenai persediaan sebelum konvensyen Sabtu ini.

Pertamanya, suka untuk saya memberitahu tempat
masih ada. RM 55 diperlukan sebagai bayaran sewa
hotel dan juga makanan. Namun, jika anda rasa
bayaran tersebut agak banyak, datang juga. Jangan
bimbang. Bayar berapa sahaja yang anda rasa mampu,
ada pihak yang akan subsidi bakinya. Yang penting
anda mendapat sebanyak mungkin ilmu, semangat & kenalan
dari konvensyen tersebut.

En Anas tidak dapat bersama kita Sabtu ini, namun
beliau amat bermurah hati untuk tetap menyediakan
sebuah slide kepada kita. Saya berharap sebagai
“appetiser”, anda semua dapat mendownload dan
review case study SmartHalal.com

**********************************
Download Case Study SmartHalal.com

[semak email untuk link]
(Perlu Log in VIP Lounge Baru @ Register Semula jika belum)

**********************************

Slide tersebut sangat bagus kerana pada pendapat
saya En Anas mengenengahkan kekangan-kekangan
yang dihadapi oleh hampir semua dari kita.
Dan beliau juga berjaya mengatasinya. Bagaimana?
Korek rahsia beliau melalui slide tersebut.
Jika anda ada apa-apa soalan, saya yakin En Anas
sudi meluangkan masa di forum untuk menjawabnya
atau lawati saja blog beliau.

***********************************
Untuk Konvensyen nanti saya berharap anda membawa
seperti berikut:

1) Alat tulis (Pen, Kertas secukupnya)
2) Business Card jika ada (buku alamat)
3) Beberapa Salinan Perancangan Perniagaan
Internet Anda. (2 paling kurang)
-Jika anda tidak tahu di mana hendak bermula,
sekurang-kurangnya anda cetak dan isikan modul 1
RBDDI. Muat turun di sini:

[semak email untuk link]

Sediakan sekurang-kurangnya 2. Kami mahu simpan
1 salinan bersama kami.

***********************************

Ketika konvensyen ini, kita bukan datang untuk
menuntut ilmu, tetapi kita datang untuk mengembangkan
perniagaan @ p.internet kita. Ini bermaksud, anda
harus “clear” mengenai apa yang anda ingin jual,
market sasaran anda dan anda yakin dengan produk
anda.

Jika anda masih ragu-ragu untuk jual apa, hmm…
buat 2 business plan. Minta pendapat rakan-rakan
yang hadir untuk evaluate. Jika anda rasa itu
sukar dan tidak cukup masa, nampaknya anda perlu
pilih satu dan nekadkan hati.

Jika kita masih ragu-ragu tahun ini, kita akan
terus tidak yakin dengan diri kita sepanjang
tahun, seperti 2006.

***********************************

Kunci Utama Konvensyen -NETWORK

Kita mahu menarik seramai mungkin rakan untuk
mempromosi produk/laman web kita.

Kita mahu menggunakan kemahiran mereka dan
meminta pendapat peserta lain mengenai business
plan kita. Setiap peserta konvensyen adalah
Alumni Seminar RBDDI. Dan kami memang telah
mencurahkan hampir semua ilmu kami ketika seminar.
Jadi pesertanya pasti paling kurang mempunyai
pendapat yang baik yang boleh diambil kira.

Kita mahu peserta dapat establish kerjasama.

***********************************

Bayangkan apa yang boleh terjadi jika,

1) En Tazilan dengan listnya yang berkualiti
membantu anda.

2) En Irwan pasti ada sesuatu yang menarik
untuk dikongsi jika ada yang bertanya.
Promosi SMS untuk Perniagaan Internet anda???

3) Jika anda menerima “review” dari blog SmartUsaha.com
dari Zul, anda rasa berapa orang pelawat free anda akan
dapat?

4) Jika anda mendapat beberapa tips dari Sham Raja
Adsense mengenai positioning iklan Adsense yang paling
menarik atau keyword yang mahal, anda rasa boleh
lepas tambang tak? -Saya yakin boleh.

5) Jika anda mendapat bantuan seorang alumni untuk
bersama-sama membina laman web untuk anda, sesuatu
yang telah tertangguh sekian lama, adakah anda
rasa laman web anda akhirnya akan “Take off”?

6) Jika anda sudah buntu memikirkan apa untuk dijual,
dan akhirnya ada yang datang kepada anda mengatakan
dia ada produk, tetapi tiada masa. Boleh anda bantu?
Boleh anda berkongsi hasilnya?

Di konvensyen, ada ramai alumni yang mempunyai
pelbagai kebolehan. Tonjolkan diri dan jangan
tenggelam.

***********************************
Tips Saya Untuk Peserta- Untuk Menerima Kita Perlu
Dulu Memberi

Dalam melakukan JV, kita perlu tunjukkan keikhlasan
kita. Memberi tanpa syarat, dan kita akan mula menerima.
***********************************

Jadi dalam konvensyen ini, lihat sesuatu dalam diri
anda, apa yang anda boleh sumbangkan. Dan sumbangkan.
Anda akan mendapat sesuatu sebagai balasan jika
anda fokus kepada memenuhi keperluan orang yang kita
prospek JVnya.

Anda ada sesuatu seperti berikut, ada orang yang
memerlukan anda:

1) Idea & Pendapat
2) Produk
3) Kemahiran
4) Masa (Ramai yang perlukan)
5) Dan banyak lagi.

Seetengah dari kita tidak sedar kita memerlukan sesuatu,
kecuali apabila diberitahu. Jadi lihat balik ke dalam
diri kita, dan analisis kekuatan kita. Tawarkan ia, dan
beritahu orang lain bagaimana kekuatan kita dapat membantu
mereka.

Saya akan ceritakan lebih lanjut mengenai idea yang
saya dapat ketika memerhati peserta seminar ketika
konvensyen. Namun buat masa ini, biar saya bahagikan
alumni kepada 2 golongan.

Golongan Berpengalaman- Mereka biasanya terdiri dari
golongan yang ada pengalaman dalam perniagaan. Ada
perniagaan sendiri, sudah mencapai kebebasan kewangan
dan mahu meneroka internet sebagai satu peluang perniagaan.

Golongan Muda- Ada masa dan ada semangat. Tetapi mereka
belum ada proper direction dan business acumen yang jitu.
Jika ada bantuan dan panduan “business”, mereka pasti
menjadi antara “hot shot”

Tapi sayang, selalunya golongan muda dan berpengalaman
selalunya berkumpul sesama mereka sahaja. Saya pernah
berbual dengan golongan berpengalaman, dan WOW! saya
belajar banyak perkara mengenai bisnes. Di saat itu
saya berfikir, jika semua orang dapat apa yang saya dapat,
pasti lebih banyak lagi usahawan muda dapat dihasilkan.

Jadi saya pinta, gunakan masa yang ada terutamanya ketika
rehat, untuk network, bertanya dan berbual. Yang
berpengalaman bergaul dengan yang muda dan golongan
muda bergaul dengan yang berpengalaman.

Setelah difikirkan kembali, kebanyakan alumni muda yang
“take off” adalah alumni yang ada kaitan dan selalu
berhubungan dengan kami. Sebenarnya, bukanlah
kerana kami memberi lebih rahsia dalaman perniagaan internet,
tetapi kerana mereka mendapat panduan perniagaan yang
baik. Jadi saya rasa jika golongan yang lebih berpengalaman
dalam perniagaan dapat berkongsi pengalaman mereka
dengan yang lebih muda, fuhhh… Saya pasti, something big
will happen.

Kepada golongan muda, jangan rasa tidak yakin pada diri.
Anda ada banyak aset yang ramai orang mahu pada diri
anda. Saya tahu kerana saya telah mendengar sendiri.
Anda ada masa. Anda ada tenaga. Minda anda masih seperti
span. Komitmen anda masih kecil.

Jika anda tidak percaya, tanya kepada alumni dari golongan
yang lebih berpengalaman,

“Jika saya berikan akak/abang sejam dari masa saya
sehari, akak/abang nak tak?”

Saya tidak bergurau. :)

Ingat, Offer Something dan jangan tenggelam.

We are equal, think business.

(oh ya, SaifulSham juga boleh diapproach. Jangan jadikan
kami seperti fasilitator @ penganjur. Kami juga peserta!
Kami bayar… :p Kami mahu berbual-bual dengan semua
peserta dan establish network, serta JV juga. Kami mahu
relax tenang-tenang bersama anda)

***********************************
Memandangkan En Anas tidak dapat bersama kita, kami
akan menggantikan slot En Anas dengan sesuatu.
MISTERI. Kami sedang cuba mendapatkan sesuatu yang
sangat hebat dan diluar jangkaan, jika dapat. Sangat
bagus, jika tidak -yang hebat sedia menanti.

***********************************

Sebagai memulakan demam Konvensyen kita, saya ada
sesuatu untuk anda, alumni seminar RBDDI. Ruangan
SaifulSham Private Collection akhirnya dibuka setelah
“tertinggal” ketika perpindahan dari VIP Lounge
lama kepada yang baru. Terlalu banyak downloadables yang
ada, jadi saya akan tambahkan satu demi satu.

Sila semak [Peti Besi] di ruangan bawah VIP Lounge.

Dan sebagai tambahan sesuatu yang baru kepada alumni,
Adakah anda mahu ini?

http://perniagaan.saudagar.com.my

Transkrip dan salesletter (termasuk resale rights) boleh
didapati di Peti Besi SaifulSham’s Private Collection.

Baiklah, saya rasa sudah cukup panjang lebar emel ini,
jika anda mahu mendaftar ke konvensyen, masih boleh.
Emel sahaja saya (saudagar@saudagar.com.my), jika anda
ada apa-apa soalan pun, boleh hubungi saya,

Jika begitu, hari ini saya terpaksa berhenti setakat ini,
saya ada assignment perlu disiapkan. :)

Peluang Perniagaan Internet

p/s: Iklan sedikit. Bengkel membina laman web kami Ahad ini
di Cosmopoint Jalan Raja Laut masih dibuka pendaftarannya. Cuma
RM 250 buat orang awam dan RM 150 untuk alumni seminar RBDDI.
(early bird registration RM 197 telah ditutup). Emel saya
atau call Cik Azy @ 03-80644177 (office hour) untuk pendaftaran.