Klik butang kanan mouse anda
Hello pembaca SaifulSham,
Hari ini teknik perniagaan internet biasa-biasa sahaja. Baik, pernahkah anda pergi ke mana-mana laman web, dan apabila anda cuba klik butang kanan mouse anda, terpapar satu amaran bahawa laman web tersebut dilindungi oleh ‘copyright’.
Kalau tidakpun, satu hari anda ke sebuah laman dan tiba-tiba anda ternampak gambar Siti Nurhaliza yang cantik. Maka, anda ingin copy gambar itu untuk dimuatkan dalam thumbdrive anda. Selalunya teknik copy mudah sahaja, klik butang kanan mouse, dan pilih save picture as.
Tetapi, kali ini nasib anda nampak tidak baik, kerana apabila anda klik butang kanan mouse anda, terpapar tanda lock. Sebuah amaran keluar. Amaran itu berbunyi “Hey, jangan memandai nak copy. Penat aku jumpa Siti nak shot gambar ni” — ini contoh sahaja.
Selalunya, tujuan pemilik laman web berbuat demikian adalah untuk melindungi gambar ataupun apa-apa maklumat dari laman web tersebut ditiru oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Senang cerita, copycat lah.
Sementara tujuan itu nampak seolah-olah berkesan, tetapi ia tidaklah seratus peratus boleh mengelakkan copycat. Sebab, anda masih boleh save page laman web, dan memulakan aktiviti tidak sihat anda,haha.
Ya, mungkin sedikit susah tetapi tidak perlulah kerana orang yang ingin copycat boleh berbuat apa sahaja.
Untuk itu, adalah lebih baik buat kita untuk tidak meletakkan sebarang tanda-tanda amaran atau tanda lock untuk sebarang butang klik kanan mouse.
Trend hari ini sudah berubah, untuk sebuah laman web perniagaan, adalah lebih afdal sekiranya kita meletakkan gambar iklan, sama ada iklan produk anda (mungkin jualan pertengahan tahun ke, jualan kemerdekaan Malaysia ke 50 ke, apa-apa promosi) atau mungkin juga gambar untuk mereka ke subscription page.
Seperti contoh di PlanesPlanet.com, anda boleh lihat disini,
(Anda boleh ke laman web PlanesPlanet.com, dan cuba klik butang kanan mouse anda, akan terpapar satu gambar untuk mengalakkan pelawat klik ke laman subscription)
Teknik ini adalah teknik alternatif selain pop-up.
Baiklah, bagaimana mahu membuat teknik ini? Saya akan tinggalkan isu ini disini sebab saya mahu anda mencari jawapannya sendiri. Buat pembaca yang sudah otai, boleh tinggalkan komen anda menerangkan bagaimana teknik ini boleh dilakukan. Hehe.
Selamat maju jaya.
W.M.Syazwan


June 19th, 2007 at 3:31 pm
tak berfungsi pun…tak keluar apa-apa.
Saya pakai browser Firefox.
Tak taulah kot kat browser lain mcm IE berfungsi.
June 19th, 2007 at 4:35 pm
Hoho, yakah. Skrg IE dh mantap, sbb tu kitorang jarang pakai FireFox dh. Haha.
June 19th, 2007 at 5:10 pm
Haihh…
Saya buat guna FireFox, IE, Safari… kuar je…
Mata-It kena tunggu sampai website tu habis load lah. Jangan terus2 buka, right click. Memang tak kuar sebab dia tak habis load lagi..
Sabri
June 19th, 2007 at 8:01 pm
Banyak teknologi web yg boleh diaplikasikan kepada Internet Marketing. Minggu lepas ada satu produk yg boleh create pop up begitu tapi bagi yg tahu asas programming web, boleh buat sendiri.
Kadang2 benda teknologi web ni kita tak terfikir boleh diguna utk tujuan marketing. Tu lah, pentingnya kekreatifan.
PS. Code utk create pop up saya dah ada, cuma nak customize sahaja.
June 19th, 2007 at 8:47 pm
Saifulsham, sy dah apply guna teknik ni 2 bln yg lalu.
So, far blh la kumpul subscribers sy yg cuba mencuri! ops..right clicklah..dan di gantikan dgn pre-launch affiliate nanti…hehe.
blh tgk sample sy – http://www.graphicsalien.com/shannon/blogws.html..
Try la right click..
.Sy punya lagi best kot blh letak mcm2, adsense, animated banner, video etc..dan yg best boleh design box dia mengikut apa yg kita mahu atau pakai je template.
Actually, dia pakai PHP..just upload apa yg patut dlm fail yg kita mahu dgn sekali template2. sometime, users internet x seme baik2 belaka, jd kita kene fikir like them..criminal minds..:P
June 19th, 2007 at 10:17 pm
Ceh…
Azhar kedekut betul…
Btw, akan ku dapatkan juga grafik mu itu untuk memenuhkan swipe file ku Azhar.. Aku cuba… hehe (evil laugh)
Azhar, seminggu lagi kan? Ingat janji kita… .
June 20th, 2007 at 5:53 am
he..he..he…
ini jawapanya… http://rightclickincome.com
June 20th, 2007 at 8:26 am
Sabri..x sure lagu seminggu tu ok ke x..hand already full for this month
.
Ibnuhassim..dia ada lagi yg bagus..rightclickincome.com tu x byk sgt fungsi customize dia..apakata otai lain ?..
June 20th, 2007 at 9:36 am
Saya nak yang free je.
Korang try dulu ok..nanti kasi tau result kat saya ..
Heheheheh
June 20th, 2007 at 10:40 am
Ada yang leh suggest x aplikasi yang leh digunakan???

Nak la gak try wat…
June 20th, 2007 at 2:34 pm
hehe…
En Farizal, ni free je, sbb kitorang tak guna right click income. Kitorang guna coding. Cuma susah kena main2 code lah.
June 20th, 2007 at 5:49 pm
orait dah boleh tengok kat firefox.
Seperti apa yg disuruh Sabri SaifulSham iaitu tunggu sampai habis load. saya ni biasanya klau pergi sesuatu website klau dah kluar maklumatnya terus saya hentikan loadingnya…
June 20th, 2007 at 7:28 pm
ye ker, ada yang free, saya hampir terbeli. Nasib baik tak beli lagi. Macam mana her.. Kalau setakat java script yang tak nak bagi orang curi gambar tu tau ler sikit. Tapi kalau siap masuk gambar tue, tak tau ler den. Harap tunjuk ajar dari sifu..
June 21st, 2007 at 10:32 am
korang nih advance betul, nanti aku cuba curik masa nkbuat bende2 nih
June 24th, 2007 at 12:13 pm
bukan ke orang boleh guna print screen ?
June 24th, 2007 at 2:22 pm
Sebenarnya batagolek, bila kita gunakan teknik ini, it’s not about protecting our website.
Kalau tak nak orang ambil gambar kita, jangan letakkan kat website :p
Sebab kalau orang tu memang jahat, dia akan buat macam2 mana sekalipun untuk mendapatkan cita-cita dia.
Cuma, teknik ini kita buat untuk meningkatkan response rate pada website kita. Apabila orang itu klik kanan pada website kita, dia sedar dia klik. Dan ada sebab dia klik.
Mungkin banyak dari kita, akan terus close pop up bila kita nampak ada pop up, belum pun baca apa isi kandungan dia lagi.
Dengan adanya teknik ini kita boleh hidangkan pelawat tadi dengan tawaran semula.
Pendek kata, kita dah tau pelanggan yang klik kanan tadi is responsive user. Bukan pelawat biasa. Tinggal nak bagi iressistable offer je supaya dia take action
Setuju kawan-kawan?
Sabri
p/s: Mengikut kata Azizi Ali, don’t be average. Fahamkan konsep sesuatu teknik tu, baru kita akan nampak faedahnya dan sama ada sesuatu teknik itu benar-benar berkesan atau sekadar “fad”
June 25th, 2007 at 12:54 am
hehe, it figures
June 25th, 2007 at 12:59 am
i wonder who’s the average guy …hehe, to whom does the average this being refered to ? hmm, kinda wicky huhuh