Cara Berjimat Tanpa Menjadi Kedekut-Life & Biz
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Hari ini saya nak share satu tips yang simple bagaimana kita boleh berjimat tanpa menjadi kedekut. Dan satu cerita bagaimana saya belajar cara ini the “hard way” dalam hidup saya.
Cara tersebut adalah beli benda yang anda perlu sahaja dan jangan membazir. Tunggu! Jika anda rasa anda tahu, baca dulu. Saya akan serlahkan beberapa perkara yang sering kita lakukan tanpa sedar.
Seringkali kita suka membeli belah (saya mengaku, saya SANGAT SUKA shopping), dan kita sering teruja dengan tawaran-tawaran yang dan diskaun yang diberikan. Sehingga kita membeli sesuatu yang kita tidak rancang, jauh sekali perlukan.
Contoh: Ada selalu ke KFC?
Anda suka tak Mashed Potato & Coleslaw? Jika anda suka, saya percaya anda akan membeli Set Snack Plate atau Dinner Plate bukan?
Untuk anda, tak apa.
Tapi, jika anda tidak suka, pastikan anda tidak membeli set tersebut. Cukuplah sekadar anda membeli 2 piece or 3 piece chicken sahaja ditambah air. Tidak perlu anda membeli set dan kemudian membazirkannya dengan tidak menyentuh langsung (seperti Syazwan).
Saya tahu, ramai juga yang membeli tetapi tidak menjamahnya, kerana terbiasa membeli set.
Bagaimana Saya Belajar Perkara Ini The Hard Way
Ketika di sekolah rendah dahulu (Darjah 4 kalau tak salah), selepas aktiviti kokurikulum pada hari Sabtu, saya dan beberapa orang rakan saya pergi ke KFC untuk membelanjakan wang saku yang dikumpul sepanjang minggu. Dasar kanak-kanak sekolah rendah, saya tahu saya ada duit yang banyak (lebih RM 5), tetapi saya tidak kira dengan spesifiknya berapa.
Dan juga, biasalah hidup sebagai kanak-kanak jika duit habis dibelanjakan sehingga poket kosong.
Mulanya, saya cuma ingin memesan 2 ketul ayam goreng sahaja, sebab memang pun KFC hanya best pada ayamnya sahaja, tetapi di kaunter, kakak tersebut berkata “Adik tak nak ambil set, dapat air besar tambah RM 1.XX je, biasa kena tambah RM 2.XX (anggaran)”
Sebetulnya saya tidak berapa dahaga, inikan pulak nak menghabiskan air bersaiz besar. Namun, kerana saya tertawan dengan tawaran tersebut dan ingin menjimatkan RM 2, saya pun ambil. Selesai makan, (air setengah pun tak dihabiskan sebab dah kenyang sangat), kami berpisah dan saya menaiki bas seorang diri untuk ke rumah (rumah lain-lain tempat).
Ketika konduktor tersebut datang ke tempat duduk saya untuk mengutip tambang (bas old fashion, masih ada konduktor, bukan macam Rapid KL), saya menyeluk poket saya untuk mencari kepingan-kepingan syiling untuk dibayar. Terkejutnya saya apabila saya cuma ada 30 sen! (sepatutnya tambang kanak-kanak sekolah 50 sen)
Puas saya menyeluk poket dengan peluh menitik-nitik di dahi. Alamak! Takkan lah kena jalan kaki balik rumah kot. Jauh giler, kena lalu kubur pulak tu…
Saya menyerah diri dengan bertanya kepada makcik konduktor tersebut, “Alamak makcik, saya ada 30 sen je. Macam mana?” Pasrah. Beliau berkata sesuatu kepada pakcik disebelah saya.
Mujurlah dalam bas yang sesak tersebut, pakcik di sebelah saya membayar bakinya untuk saya (itupun dengan kejamnya berleter berkata “Dah tak ada duit jangan naik bas”
Malu saya).
Sejak hari itu saya fobia kerana asyik terfikir-fikir. Kalaulah saya tidak order set tengah hari itu, sudah pasti saya akan ada cukup wang untuk dibuat tambang. Adoi….
Jadi jangan terkejut jika anda makan KFC bersama saya, saya tidak akan order Snack Plate / Dinner Plate kecuali jika saya memang teringin nak makan Mashed Potato. Juga saya bukan orang yang senang untuk menambah dengan apa apa promosi tambah RM xx.xx je, walaupun semurah mana. FOBIA!
Oh ya, jangan pula jadi kedekut sehingga tidak mahu langsung makan makanan sedap-sedap dan sanggup ikat perut. Ingat, berjimat dengan tidak membazir. Bukan Kedekut.



March 16th, 2007 at 11:35 pm
Sebuah kisah silam yang menarik. Nasib baik lah ada pakcik yang baik hati tu ye. Betul kata Sabri berjimat dan jangan membazir.
March 17th, 2007 at 12:47 am
Kecik2 dah makan KFC
.. Patutla belajar kat sekolah jadi pandai …
March 17th, 2007 at 8:00 am
Wah saya kalau makan KFC apa yang saya tak pesan? Semuanya pesan (kalau ada duit dan selagi duit tak habis dikandung KFC) Hehe itu dulu kecik2
March 17th, 2007 at 3:47 pm
Wah wah darjah 4 dah makan KFC
. Saya masa kecik2 dulu kalau gi bandar makan kepok lekor goreng ngan air tebu jer. Tu pun dah cukup best tu. Tapi, tak pernah pulak tak cukup tambang bas
. Jgn mare… Tapi untung jugak kalau ajak Sabri makan ek, tak yah belanja banyak2
. Gurau skali skala…
March 17th, 2007 at 10:09 pm
[quote]Jadi jangan terkejut jika anda makan KFC bersama saya, saya tidak akan order Snack Plate / Dinner Plate kecuali jika saya memang teringin nak makan Mashed Potato. Juga saya bukan orang yang senang untuk menambah dengan apa apa promosi tambah RM xx.xx je, walaupun semurah mana. FOBIA! [/quote]
huh..xkn smpai Fobia sabri !!
March 20th, 2007 at 12:38 pm
darjah 4 dah berani masuk KFC makan KFC..eheh sbbnya saya dulu time tu tak berani masuk KFC sbb tak de duit..
May 2nd, 2007 at 10:28 pm
kalau kita mmg suka makan fast food macamana pula nak berjimat? ada tips?
June 28th, 2007 at 2:24 am
[...] yang sama saya lakukan ketika membeli WiFi USB (minta diskaun!), makan KFC (beli apa yang perlu sahaja-tak perlu combo), Gunting Rambut (tak perlu cukur Misai, boleh cukur [...]
May 6th, 2009 at 2:58 pm
May 6th, 2009 at 2:59 pm
memg payah nk berjimat
August 17th, 2009 at 7:59 pm
terlalu tamak…
June 2nd, 2010 at 1:39 pm
KAMU SEMUA BERUNTUNG DAPAT MAKAN KFC. SAYA NAK MAKAN KFC PON KENA FIKIR BANYAK KALI.DAH 2 TAHUN TAK MAKAN KFC.CUKUP MAKAN PAGI DAN BALIK RUMAH MAKAN NASI UNTUK MALAM. BERSYUKURLAH..
July 25th, 2010 at 3:57 pm
ALAHAMDULLIHA KO ORANG DAPAT MAKAN KFC..KAMI SEKELUARGA DAH MASUK 3 TAHUN TAK MAKAN KFC.HIDUP CUKUP2 DAN PERTENGAHAN BULAN KENA IKAT PERUT.MAKAN PAGI DAN MALAM SAHAJA. NASI PUTIH DAN IKAN GORENG SAHAJA.
July 25th, 2010 at 4:20 pm
GAJI BERSIH : RM 1083.52
SUSU : RM 300.00
ELEK/AIR : RM 100.00
DAPUR : RM 200.00
MINYAK KERETA : RM 300.00
————
BAKI RM 183.52
————
BAKI UNTUK MAKAN PAGI/KELENGKAPAN DIRI/UBATAN ANAK DAN SEBAGAINYA..