tSalam Hormat Pembaca Budiman,

Kami di sini masih di dalam mood raya. (kami bercuti sehingga 22 Oktober kan?) ;) Saya ada satu tips yang boleh anda aplikasikan dengan segera. Tips ini paling sesuai digunakan jika anda menjual produk fizikal dan mungkin kurang sedikit dengan produk digital.

Tips $$: Berikan Kupon Bulanan Untuk Pelanggan Terbaru!

Apabila pelanggan anda membeli dari anda, berikan mereka kupon diskaun yang hanya sah jika digunakan dalam bulan tersebut sahaja! (atau dalam tempoh 30 hari)

Kupon ini diberikan kepada kesemua pelanggan yang membeli pada bulan tersebut. Jika mereka beli, mereka layak terima.

Tujuan kupon ini, adalah untuk memberi mereka peluang membeli dari anda semula dengan segera. (second sales)

Kunci kejayaan teknik ini adalah “dengan segera”. Jika perkhidmatan anda baik dan pakej yang anda tawarkan menarik, anda tidak akan bermasalah untuk membuat jualan seterusnya kepada pelanggan anda. Cuma mereka mungkin mengambil masa untuk membeli lagi. Mungkin tahun depan, mungkin promosi seterusnya, atau berbulan-bulan lagi baru mereka beli dari anda.

Tetapi, ini tidak cukup bagus dan tidak cepat membuatkan anda kaya. Untuk cepat mendapatkan hasil, gunakan “emosi tidak mahu rugi” mereka.

Lebih baik lagi, maklumkan juga kepada mereka, jika mereka tidak mahu menggunakan kupon tersebut, mereka boleh berikan kepada rakan mereka! (referral marketing at it best~free!)

Tips Apabila Menggunakan Kupon Sebagai Alat Penambah Jualan:

1) Cash Coupon (Kupon Nilai Tunai) adalah yang terbaik.
Daripada anda memberi kupon diskaun 10%, lebih baik anda berikan kupon US$30 OFF kerana kupon diskaun 10% kurang perceived value dari kupon US$30.

(Jangan bimbang jika mereka menggunakannnya untuk produk yang murah. Buatlah satu web page yang mengandungi Terms & Conditionnya)

Jika ada juga pembeli yang langgar TOC, ketika itu anda calculate keuntungan anda. Jika masih untung, beritahu pelanggan tadi, walaupun TOC tidak dipatuhi tapi anda beri layanan istimewa dengan approve tempahannya.

Jika anda calculate keuntungan dan mendapati anda rugi, tolak tempahannya dan pulangkan kembali wang mereka (semudah beberapa klik sahaja).

Yang penting, mereka telah cuba membeli dari anda. Itu bermaksud mereka telah mempercayai anda.

2) Beritahu Pelanggan Cara Menggunakan Kupon Tersebut!
Ini satu peluang yang saya lihat tidak digunakan dengan sepenuhnya oleh peniaga internet yang menggunakan kupon sebagai alat pemasaran. Mereka tidak memberitahu dengan jelas cara menggunakan kupon tersebut!

Tidak semua orang tahu cara menggunakan kupon online! Kebanyakan orang hanya tahu menggunakan kupon dengan memberi kupon tersebut kepada cashier. Jadi jangan buat andaian.

Beritahu mereka untuk memasukkan kupon tersebut di mana? Atau ke alamat emel mana mereka perlu menghantar kod kupon tersebut.

Tunjukkan step by step. Jika boleh dengan snapshotnya sekali. Anda akan dapat melihat jumlah penggunaan kupon anda meningkat!

3) Buat Satu Grafik Kupon Yang Meyakinkan!
Apabila bercakap mengenai kupon, orang akan terbayang kupon di dunia nyata. Mereka akan tidak akan rasa yakin tanpa melihat gambar (imej) kupon tersebut.

Lebih teruk jika grafik tersebut tidak professional. (bayangkan kupon yang hanya ditulis pada kertas kotor! Siapa mahu guna kan?)

Pastikan kupon anda mempunyai grafik dan grafik tersebut kemas.

Selamat Mencuba!

Sabri