Adakah ini kali pertama anda melawat SaifulSham.com? Jangan lupa add kami melalui RSS feed supaya anda tidak terlepas artikel-artikel baru kami atau langgani FREE SaifulSham's Ezine! Untuk mengenali kami dengan lebih lanjut, klik "Hola SaifulSham"!

Hello pembaca SaifulSham,

2 bulan terakhir ini, kami di SaifulSham.com sibuk membuat “downsizing” perniagaan internet kami. Beberapa laman web akan ditutup operasi atas faktor downsizing.

Downsizing disini bukanlah beerti kami mengecilkan sumber pendapatan, tetapi kami membuat “downsizing” fokus perniagaan kerana mahu komitmen yang lebih untuk laman web yang mencatatkan jualan yang lebih lumayan.

Tujuannya, untuk mengaut lebih keuntungan dari laman web tersebut.

Terlalu cepat menambah laman web perniagaan boleh menyebabkan anda hilang fokus kerana anda hanya mempunyai diri anda sebagai penggeraknya (melainkan anda mempunyai beberapa staf).

Lebih penting seperti kami penjual produk fizikal diinternet, perubahan stok produk serta promosi memainkan sebab kepada downsizing. Terlalu banyak laman web menyebabkan kami terlalu penat melayan setiap jenis ‘karenah’.

Dalam proses ini, ada yang mengatakan ianya akan bercanggah dengan konsep Multiple Stream Income. Menutup laman web menyebabkan pendapatan akan berkurang dari satu sumber.

Ya, ia mungkin benar tetapi konsep seperti Multiple Stream Income (MSI) perlu difahami secara lebih jelas. Menambahkan sumber pendapatan bukanlah bermaksud mencipta seberapa banyak laman web tanpa jagaan rapi.

Buat masa ini, kami sedang membina branding bagi beberapa laman web kami dan ia memakan masa, tenaga dan wang ringgit. Oleh sebab usaha telah tertumpu pada laman web tersebut, beberapa laman web lain akan kurang diberi perhatian.

Melainkan anda mempunyai lebih kaki tangan, ia adalah satu bonus. Adakalanya, downsizing akan lebih menguntungkan daripada berkembang secara membuta tuli.

W.M.Syazwan