Hello pembaca SaifulSham,

Seperti yang dijanjikan semalam, saya akan menceritakan hal sebenar mengenai perniagaan dropshipping. Hari ini, saya akan mulakan dengan perniagaan dropshipping berasaskan gajet elektronik (telefon bimbit, ipod, mp3 player, camcorder, dan sebagainya).

Pada asasnya, perniagaan dropshipping nampak mudah. Ramai orang teruja untuk membina perniagaan dropshipping. Saya memahami kehendak anda yang tidak mahu mengambil risiko menyimpan stok, jadi bisnes dropshipping adalah antara jalan terbaik.

Walaupun banyak sogokan mengenai betapa menariknya bisnes dropshipping, halangan dan cabaran tetap menanti anda (haha, hey tidak semudah itu menjadi kaya).

Sepanjang pengalaman kami dalam bisnes dropshipping, terdapat 2 jenis kategori produk:
Pertama, yang senang ditelan zaman.
Kedua, tidak mudah ditelan zaman (lawan yang pertama).

Mudah saja untuk kategori diatas, pertama, produk yang mudah ditelan zaman adalah seperti produk berasaskan teknologi (gajet-gajet elektronik).

ipod

Keduanya, produk yang sentiasa evergreen (tidak luput ditelan zaman) seperti barangan cenderamata, perfume, koleksi baju.

perfume

Jadi, terdapat 2 pilihan untuk anda, memilih untuk konsep dropshipping kategori pertama atau kedua.

Apa nasihat saya?
Jawapan sebenar untuk soalan ini kembali berbalik kepada diri anda. Jika anda orang yang gilakan teknologi (IT Savvy), konsep dropshipping kategori pertama mungkin sesuai untuk anda.

Jika tidak, konsep dropshipping kedualah. (Habis tu, apa lagi, ;P).

Apa yang baik dan buruknya menjual gajet elektronik di internet?
Gajet elektronik adalah antara barangan yang sentiasa panas diinternet. Pasarannya adalah tersangat luas.

Industri penjualan gajet elektronik adalah antara yang terbesar selepas eBook.

Akan tetapi, menjual gajet elektronik bermakna anda sentiasa mengejar dengan teknologi.
Hampir setiap hari, ada sahaja gajet-gajet baru yang diperkenalkan dipasaran.

Dan, kesannya, gajet-gajet lama (walhal baru seminggu, dua dipasaran) akan mengalami depreciation value (turun nilai). Oleh sebab itu, adalah penting untuk anda memilih dropshipper yang benar-benar berkualiti dan sentiasa up-to-date.

Elakkan mencari dropshipper gajet elektronik yang old skol (yang hanya menawarkan produk baru selepas produk lama habis dijual). Dropshipper yang baik adalah dropshipper yang memahami kehendak pasaran semasa.

Tips hari ini:
Jangan mengada-ngada membeli gajet elektronik dalam kuantiti yang banyak dan menyimpannya sebagai stok. Katakan jika anda mempunyai dropshipper yang menawarkan anda harga yang lebih murah jika anda mengambil lebih dari satu, jangan menggatal-gatal untuk mengambilnya.

Sebagai contoh, jika dropshipper menawarkan sebuah MP3 player pada harga RM100 sebuah. Harga pasaran ketika itu adalah RM150.

Tetapi, jika anda mengambil lebih dari satu, katakan 5 buah MP3 daripada dropshipper itu, mereka menawarkan pada harga RM80 sebuah.

Dalam fikiran anda, anda sedang berada disyurga dunia. Fulus, fulus, fulus. Anda seolah-olah nampak seolah-olah keuntungan anda adalah RM70 sebuah jika anda menjual pada harga sama dengan harga pasaran.

Berbanding jika anda membeli satu-satu (membeli selepas menerima tempahan dilaman web), anda hanya mungkin untung RM50.

Tetapi, seperti yang saya katakan tadi, gajet elektronik adalah produk berasaskan teknologi. Mereka cepat ditelan zaman, dan harga mereka cepat juga turun.

Yang meningkat hanyalah satu, iaitu darah anda, haha.

Jadi, dengarlah nasihat saya, elakkan membeli stok daripada dropshipper untuk produk gajet elektronik. Biarlah anda untung sedikit dengan membeli satu-persatu (setiap kali menerima tempahan dilaman web), asalkan anda tidak menyimpan aset yang mungkin menjadi liabiliti anda.

Anda perlu tahu, dropshipper juga adalah manusia. Dan selalunya, mereka ini bukanlah pengilang, mereka adalah pengedar. Mereka dapatkan produk daripada beberapa pengilang dan mengedarkannya.

Orang yang mengoperasikan perniagaan dropshipper juga mahukan keuntungan. Mereka mahu stok dalam tangan mereka cepat licin. Yang pasti, mereka tidak mahu kepala mereka yang licin.

Apabila anda terliur dengan tawaran mereka untuk mengambil kuantiti yang banyak, andalah orang pertama yang bakal botak licin.

Nanti, saya terlupa sesuatu……
Ya, apabila anda mahu memulakan langkah dalam bisnes dropshipping gajet elektronik, pastikan anda memilih niche yang betul.

Maksud saya, pertama, fahami pesaing-pesaing sedia ada. Fikirkan diri anda sebagai pembeli. Katakan contoh, jika anda ingin membeli TV plasma diinternet, adakah terdapat sebuah laman web yang sudah bermain difikiran anda.

Jadi, jika ya, dan jika ramai orang berfikiran sebegitu, elakkan dari menjual TV plasma diinternet. Contoh lain, katakan, saya ingin makan ayam goreng, apa yang akan terlintas difikiran saya adalah KFC.

Dan saya tahu, apa yang terlintas difikiran saya juga akan terlintas difikiran orang lain (yang ini tidak payahla buat kajian, semua orang tahu). Jadi, apakah berbaloi jika saya ingin membuka sebuah perniagaan franchais berasaskan ayam goreng?

Jawapannya, saya cuba menempah maut. Atau saya cuba menyusahkan diri saya untuk bersaing dengan KFC.

Baik, berbalik pada gajet elektronik tadi. Katakan ipod, saya pasti tidak ada laman web yang benar-benar outstanding dalam menjual ipod.

Bermakna, jika saya fikirkan ipod, saya mungkin terpaksa membuat carian diinternet. Sama juga dengan orang lain. Disebabkan tidak ada laman web yang menjual ipod yang benar-benar outstanding (sehingga dikenali terlalu ramai orang), maka inilah salah satu bentuk perniagaan yang sesuai untuk anda.

Baiklah, jumpa lagi dilain hari. Banyak lagi topik dropshipping yang akan saya kupas.

W.M.Syazwan