Dropshipping: Jangan terlalu percaya pada “Independent Review”
Hello pembaca SaifulSham,
Saya pernah terdengar kisah-kisah ngeri newbie-newbie yang ingin memulakan perniagaan dropshipping. Kisah ngeri mereka sebenarnya tidak banyak dihebohkan diinternet. Dan si mangsa ini pula selalunya berdiam diri membiarkan diri mereka dipergunakan oleh individu yang mengaku diri mereka adalah dropshipper.
Selalunya, kesilapan ini berpunca disebabkan tidak ada study yang dibuat oleh si mangsa. Mereka hanya main terjah menyertai droppshipper yang dirasakan menawarkan janji-janji manis seperti lebih “10,000 jenis barang untuk dijual”, “harga borong” dan sebagainya.
Sekali lagi, berhati-hati dengan perkataan “10,000 jenis barang untuk dijual”, “harga borong” dan sebagainya. Kadangkala, janji mereka terlalu indah.
Kesilapan memilih dropshipper juga berpunca daripada terlalu mempercayai senarai dropshipper yang berada dalam kedudukan yang tinggi di enjin carian Google ataupun Yahoo. Hei, ada banyak dropshipper scam diinternet. Berhati-hatilah kerana dropshipper scam ini bukanlah orang yang dungu dan bodoh akan internet. Mereka boleh mencipta sebuah laman web yang hebat seakan-akan dropshipper sebenar. Mereka juga pandai teknik-teknik SEO. Jadi, mereka bukan sebarangan orang.
Kebanyakan mereka menipu anda adalah dengan mendakwa mereka adalah dropshipper. Dilaman web, janji-janji manis begini bukan susah sangat untuk direka. Sebenarnya, mereka menjadi orang tengah antara anda dengan dropshipper yang sebenar. Bermakna, jika anda membuat pembelian dengan mereka, mereka akan membuat pembelian pula daripada dropshipper sebenar.
Seharusnya, mengikut terma dropshipper sebenar, apabila anda membuat pembelian daripada mereka, mereka seharusnya menghantar produk itu ke tangan pelanggan anda (hanya anda sahaja orang tengah, bukannya anda orang tengah, si dropshipper scam ini pun orang tengah).
Scam begini bukannya seperti scam skim cepat kaya yang melarikan wang anda. Scam dropshipper akan menyebabkan anda terpaksa membayar untuk sesuatu yang tidak sepatutnya dibayar, iaitu keuntungan mereka.
Seperkara lagi yang saya perasan, kebanyakan daripada ‘dropshipper’ scam ini meraih keuntungan daripada yuran keahlian dilaman web. Tujuan utama mereka bukanlah menjual barangan sangat tetapi mereka lebih untuk menarik yuran keahlian.
Sebab mereka tahu, bukan semua orang akan aktif menjual. Kebanyakan orang hanya mendaftar selepas terjerat dengan janji manis, dan mungkin mereka dikenakan bayaran bulanan. Dan kebanyakan dari orang akan hanya duduk dan diam selepas membeli keahlian tadi.
Itu perkara biasa diinternet, ramai orang berminat menjadi usahawan internet, tetapi tidak ramai yang mengambil tindakan. Mereka (dropshipper scam) menggunakan kemalasan anda untuk bermula sebagai cara menyedut wang saku poket anda.
Jadi, ‘dropshipper’ scam ini hanya meraih keuntungan atas angin semata-mata. Mereka tidak mempunyai stor simpanan barangan, mereka hanya mempunyai sebuah laman web yang menipu anda yang selalunya menganggap mereka adalah dropshipper. Berhati-hatilah.
Satu lagi kaedah penipuan yang saya kesan adalah terdapatnya laman web yang kononnya membuat “independant review” terhadap dropshipper.
(Klik di gambar bawah untuk melihat contoh independent review)
Independent Review ini sudah biasa dilakukan oleh perniagaan hosting, dan biasanya dibuat oleh Internet Marketer.
Dengan Independent Review inilah selalunya newbie-newbie akan terjerat dan percaya apa yang didakwa laman web begini. Saya sama sekali mengelak untuk membuat study berdasarkan independant review begini. Kita boleh membaca review mereka tetapi jangan sekali-kali meletakkan kepercayaan sepenuhnya disitu.
Sebabnya, laman web independant review ini dibuat bukan atas dasar yang jujur. Selalunya, ia dibuat atas dasar kepentingan. Teknik Independant Review ini sama ada digunakan oleh Internet Marketer ataupun syarikat dropshipper sendiri.
Cuba anda lihat independant review. Selalunya, mereka membuat rating beberapa syarikat dropshipper. Walaupun akan ada syarikat dropshipper yang akan menerima rating rendah, laman web review ini akan turut menawarkan anda untuk berdaftar dengan syarikat dropshipper tersebut.
Selalunya, Internet Marketer akan menggunakan teknik ini sebagai kaedah mengaburi mata anda Walaupun syarikat dropshipper yang teruk dalam rating mereka, mereka tetap akan mendapat komisyen jika anda sign up melalui laman web mereka.
Triknya, mereka menjadi affiliate kepada semua syarikat dropshipper. Selalunya, syarikat dropshipper yang membayar komisyen affiliate tinggi akan mendapat review yang tinggi. Puji-pujian dan tidak ada cacat cela.Haha.
Itulah sebabnya independent review tidaklah boleh dipercaya sangat.
Jika laman web independent review dibina syarikat dropshipping, mereka sudah tentu akan membuatkan syarikat mereka jauh ke depan dalam rating berbanding syarikat dropshipping yang lain. Jadi, elakkan untuk terjun dan percaya dengan dakwaan yang dibuat laman web “independant review”.
Banyak lagi kes yang pernah saya dengar. Cuma, ini sahaja tips saya untuk anda bagi mengelak ditipu oleh syarikat dropshipper yang tidak berkualiti.
Pertama, cari forum-forum dropshipper. Tanya dan tanyalah ahli forum akan syarikat dropshipper yang anda minati.
Kedua, hubungi syarikat dropshipper melalui email. Lihat tempoh masa untuk jawapan anda dibalas. Jangan lupa untuk menelefon sekali.
Ketiga, cuba beli barangan berharga murah dari dropshipper. Anda boleh lihat masa dan proses yang diambil untuk barangan itu sampai ke rumah anda.
Keempat, tanyalah sebanyak-banyak soalan yang mungkin kepada syarikat dropshipper. Tanyalah walaupun anda tidak tahu bertanya.
Jadi, tidak ada jalan mudah untuk kaya melalui perniagaan dropshipper. Ia berbalik, sama ada anda berjaya atau anda ditipu sahaja. Beza situasi begini disebabkan oleh sikap anda sendiri.
Jika anda membuat study, adalah tidak mungkin anda akan terjebak dengan dropshipper yang tidak berkualiti.
Jumpa lagi,
W.M.Syazwan


May 14th, 2007 at 6:42 pm
wow…
bahaya betul ek..?
memang kene study betul2 lah ni?
tapi kenape yang sudah terkena ni tak sebarkan perkara ini supaya kita boleh blacklistedkan…
papepun terima kasih syazwan sebab mention pasal mende ni…
May 14th, 2007 at 9:41 pm
pada am, am sendiri banyak tengok laman yang ada buat review sebegini. satu lagi am sendiri dapati agak susah nak dapatkan dopshipper yang betul ikhlas… kadang2 harga yang diberikan tidak masuk akal murahnya, ada juga yang mahal melampau. itu yang am tau diorang ini adalah middle man yang mana menyamar sebagai dropshipper sedangkan mereka juga sama seperti kita. am nak tanya saifulsham, laman cam doba dan yang banyaknya kita jumpa dalam iklan adsense tu adalah mereka benar benar menjual barangan yang dinyatakan… sebabnya antara sebab hasrat terbantut adalah kerana mereka mengenakan bayaran bulanan untuk mengakses database mereka. jika apa yang dinyatakan benar tak pe. tapi takut jika mereka menipu macam mana.
berkaitan middleman pula banyak meletakkan harga yang tinggi. kalau newbie yang baru nak buat biz dropship ni mesti ramai yang tertipu. disaat pesaing kita dapat menjual dan buat keuntungan berganda, sedangkan kita tanpa sedari meletakkan harga jauh lebih tinggi kerana tetipu dengan middleman..
May 15th, 2007 at 11:16 am
Panjang lebar tu am.. tips kali ini membantu kepada mereka2 yang ingin buat biz dropshipper… thanks.
May 15th, 2007 at 11:19 am
Yg terkena tu selalunya newbie, jd mereka slalunya tk mgadu. Just diam mcm tu je. Dan mereka selalunya tidak tahu nk buat komplen dimana.
Dropshipper yg ikhlas tu mmg susah nk cari tp bbalik pd diri kita, sama ada kita rajin nk study ke tk. Kalau main tangkap muat je, mmg slalunya kita akan terkena.
Berkenaan bayaran nk masuk akses tu sbb doba ni penyedia maklumat dropshipper. Dia nk kaver kos dia mgumpul segala maklumat dropshipper.
Tp penting, adakah doba tu sendiri direkomenkn byk pihak? Kalau mcm worldwidebrand, mmg dh siahkan penarafan eBay, diyakini secure, dan digunakan ramai Ineternet Marketer.
May 15th, 2007 at 3:26 pm
Ada pembekal ‘terkenal’ yang ada service dropship ni untuk category craft/gift seperti berikut;
http://www.smcorp.com
Tapi kena membership fees US$300++. Apa komen Syazwan.
May 15th, 2007 at 10:12 pm
Actually, saya pon dah terkena. Sy pernah start dengan dropship DVD. Mmg diberi janji manis. Kononnya DVD yang diorg supply ni bagus la. But then, bila saya register.. DVD dia hampeh. Old stock. Nk jual kat ebay pon payah. End up I habis duit bayar one year fee.
May 15th, 2007 at 11:02 pm
Assalamualaikum,
Kenapa team Saifulsham sendiri tak keluarkan senarai dropshipper yang boleh dipercayai? Saya percaya team Saifulsham yang dah lama menceburi bidang ini mempunyai beberapa senarai dropshipper yang boleh dipercayai.
Dengan mengeluarkan senarai ini secara tak langsung team Saifulsham dapat menunjukkan sedikit jalan yang benar kepada para newbie yang baru nak bermula.
May 16th, 2007 at 1:15 pm
Asmui, mmg hasrat kami nk senaraikan seberapa banyak dropshipper yg bagus diinternet.
Kami dh beritahu salah satunya kpd peserta seminar kami. Ada beberapa lagi dropshipper yang kami tahu agak bagus mutu layanannya.
Tunggulah dlm jangka masa terdekat. Sbb ada sesuatu yg lebih besar dlm pelan sedang berjalan.
Sy tidak mahu dedahkan sekarang.Tidak ada sesiapa yg tahu melainkan saya dan Sabri.
May 19th, 2007 at 2:14 am
berhati2lah memilih dropshipper, kalau salah pilih bisnes drop
August 3rd, 2009 at 10:40 pm
kenapa xboleh diberitahu???
atleast xdela org buat wrond decission kan….