Hello pembaca SaifulSham,

Sempat juga curi-curi masa menulis. Hehe. Oklah, saya tinggal lagi satu paper Selasa ini iaitu subjek kegemaran saya, Small Business & Entrepreneurship, so sebab ini subjek favourite, maka study pun relaks. Huhu.

Topik hari ini adalah berkaitan iklan kerana terdapat beberapa versi ‘fatwa’ tentang iklan.
Pernahkah anda melihat iklan produk atau servis dimana-mana medium seperti di akhbar, televisyen, mahupun internet?

Saya dan Sabri telah membuat kajian dan mendapati iklan adalah satu perkara yang subjektif dan terdapat banyak faktor mempengaruhi iklan.

Sebagai contohnya saya ambil adalah pengiklanan diinternet (ini perkara yang dibuat berkali-kali oleh kami)

Setelah membuat beberapa siri pengiklanan di akhbar maya seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan HarakahDaily, ada beberapa kesimpulan yang saya dapati iaitu iklan seperti di akhbar online harus bersifat serabut!

Haa, serabut? Apakah itu Serabut?

Ya,ya! Iklan serabut bermaksud meletakkan seberapa banyak teks yang boleh didalamnya (Selagi mata normal boleh membaca dan peletakan gambar yang tidak merosakkan pemandangan).

Teks yang serabut ini bukanlah teks semata-mata. Teks disini bermaksud kelebihan produk, apakah produk itu, jaminan, testimoni, pengasas.

Bagaimana boleh disumbat dalam satu iklan yang kecil? Muat ke?

Selagi ia muat, letaklah (syarat kena kemas), jika tidak muat, buat dalam bentuk animasi seperti dalam format Gif. So, iklan tu tukar-tukar selalu.

Mengapa perlu serabut? Bukan ke lagi simple lagi tidak serabut mata?

Ya, simple memang penting tetapi medium iklan ini harus kena pada tempat juga. Katakan saya ingin membuat iklan di papan jalan raya, saya tidak boleh meletakkan ayat dengan penuh serabut sebab pemandu kereta, penunggang motor, pemandu lori, penarik beca, atau benda yang bergerak dijalan raya tidak akan baca.

Tetapi di medium seperti akhbar dan internet, orang akan lebih tertumpu untuk melihat (apeke jadah benda gerak-gerak yang penuh dengan teks).

Sebab itu, kalau anda lihat iklan seperti diakhbar The Star contohnya, iklan produk atau seminar penuh dengan ayat. Mereka memanfaatkan peluang untuk menerangkan produk mereka dengan saiz ruang yang kecil yang boleh. (Tetapi masih kemas dan tidak menyakitkan mata).

Sebenarnya, saya tergolong dalam orang yang akan membaca iklan jika ianya terlalu panjang sebab saya teruja untuk tahu tentang produk tersebut.

Apakah iklan serabut ini sah untuk semua tempat?

Sekali lagi ia bergantung. Diinternet pun, lihat dimana ia diletakkan.

Apa bukti iklan-iklan ini terbukti berkesan? Ada fakta?

Saya menulis dengan membuat kajian terhadap beberapa jenis iklan yang pernah saya lakukan sebelum ini. Pertama dengan teks yang sedikit dan kemudian diubah dengan ditambah lagi teks. Hasilnya menunjukkan peningkatan dari sudut conversion rate (pertukaran prospek kepada pelanggan).

Secara ilmiahnya (betul ke ayat ni), permainan psikologi pun bermain disini. Orang akan teruja untuk melihat apakah jenis iklan yang panjang itu. Dan mereka akan baca sebanyak mungkin.

Sekian,
W.M.Syazwan