Great by 24: Simply great
Hello pembaca SaifulSham,
Saya jarang mengolah mana-mana buku yang pernah saya baca. Malahan, rasanya, tidak pernah sama sekali. Melainkan testimoni Team SaifulSham yang terpampang pada laman web buku “Secret of Self Made Millionaire” tulisan Adam Khoo – seorang jutawan muda yang popular di Singapura.
Jadi, sesuai rasanya jika saya menulis sesuatu mengenai buku yang dibaca saya sepanjang tahun ini. Tujuannya adalah untuk berkongsi dengan anda (terutama yang takut membeli buku-buku tidak berkualiti,haha) isi kandungan sesebuah buku yang pada saya menarik dan bermanfaat.
Saya mulakan dengan sebuah buku tulisan John Lee, CEO muda bagi syarikat alihbahasa (translation), Epsilon Translation bertajuk “Great by 24″.
Great by 24 adalah sebuah buku yang agak nipis – tidak sampai 100 mukasurat pun. Tetapi kelebihannya adalah, buku ini dikarang seorang usahawan muda yang telah memulakan perniagaan translation sejak di Universiti Teknologi Malaysia lagi (agak sama dengan perjalanan kami,hehe
).
Olahan cerita buku ini memang menarik. John Lee memulakan ceritanya mengenai pengalamannya memulakan perniagaan translation.
Beliau juga berkongsi banyak tips-tips menarik, antaranya bagaimana beliau membuat approach kepada media (ini satu tips yang baik jika anda ingin pendedahan media massa). Kaedah berkomunikasi dengan pelanggan, bagaimana beliau memancing pelanggan menjadi pelanggan tetapnya.
Menariknya, John menggunakan internet sebagai kaedah utama menarik pelanggan dari serata dunia. Syarikatnya mempunyai klien dari orang perseorangan hinggalah klien korporat yang berpengaruh (malahan tidak lupa juga klien dari syarikat penerbitan filem porno–ish,ish)
Semuanya dicapai pada usia 24 tahun!
Pada siapakah buku ini sesuai untuk dibaca?
Pada saya, buku ini amatlah baik buat pelajar dan usahawan baru yang inginkan inspirasi bagi memulakan langkah dalam perniagaan. Buku John Lee boleh dibeli dilaman web Azizi Ali ( pada harga diskaun ketika ini).
Antara kata-kata yang saya ingat dalam buku itu:
“Walaupun anda merupakan pelajar dalam apa-jua bidang (dalam kes John Lee -kejuruteraan), adalah salah untuk mengehadkan potensi anda. Tidak semestinya jika anda belajar kejuruteraan, anda harus menjadi seorang jurutera.
Universiti adalah tempat anda mencari (discover) potensi sebenar anda. Seperti saya (John Lee), saya agak mahir dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Melayu, maka saya melihat bidang translation adalah bidang yang mampu memberikan potensi lumayan kepada saya”
*************************************************************
Akhir kata dari saya, just grab this marvellous staff!
Ok, jumpa lagi.
W.M.Syazwan



March 13th, 2007 at 11:06 am
Itu lah syazwan..aku dah survey buku ni kat MPH dr thn lps tapi x jumpa..yg aku tau kene order via website mr.azizi..tapi sapa nak baca half of part of this book blh ke website adam khoo..its a nice one to read..alamak aku tinggal setahun lagi nak masuk 24 ni..xpelah lewat sikit aku ‘be somebody’.umo 25-26 pun ok..janji below 30..kalau ada rezeki..insyaallah
PS: wan,blh je affiliate jual buku ni..;).laku la lps ni..
March 13th, 2007 at 11:43 am
Terima Kasih atas informasi
March 13th, 2007 at 12:57 pm
Ish x 3 , buat ‘popular’ jer orang mesia, dia buat servis translation BI- BM ker? atau BM-BI ?
March 14th, 2007 at 12:26 am
Dah baca buku ni…erm..die buat translation…n baru je gak buat rreview sal buku nih kat blog last week..
apa2 pon..beli la buku ni..bgus
thumbs up utk John Lee
March 14th, 2007 at 11:28 am
Selamat sejahtera,
Dulu memang pernah saya ternampak buku ni tapi hari ni Shaifulshan review pula..memang satu usaha yang amat membangakan apatah lagi umur baru cecah 24thn..sebenarnya kat malaysia ni memang ramai yang berpontensi menjadi usahawan yang berjaya..
March 15th, 2007 at 9:49 am
huhuhu.. menarik kata-kata yang ko quotekan tu…
March 16th, 2007 at 7:42 am
Wah.. mudah dah jadi jutawan
July 19th, 2007 at 8:04 pm
To achieve all that by not paying who did work for him is not very ethical… But I don’t think John Lee is concerned with that. I hope he falls as fast as he we got to the “top” once the truth about him is revealed. He also did not paid me for work I did for him. He is a fraud indeed, and a group of translators is initiating a legal action against him in Malaysia