Hati-Hati Perangkap Program Affiliate Bermusim!
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Pernahkah anda mempromosi produk orang lain sebagai affiliates?
(Rakan-rakan saya di UTP yang mengambil subjek berkaitan, sila duduk tegak dan ambil perhatian. Jangan tertukar lagi di antara buat program affiliate & promote produk sebagai affiliate ya, konfius nanti kalau tertukar
)
Mempromosi produk orang lain sebagai affiliates sungguh mudah. Anda hanya perlu mempunyai laman web yang popular, ataupun list email yang kembung untuk mendapatkan hasil yang lumayan. (Ya benar, tanpa website pun anda boleh buat duit dengan produk affiliate, tetapi saya tidak pernah kenal lagi mana-mana affiliate hebat yang tidak mempunyai website.-Got me?)
Jika anda ingin menjadi affiliates yang berpengaruh dan berjaya (SaifulSham #1 affiliate Rahsia MLM Zamri Nanyan).
Jika anda ingin tips bagaimana untuk mempromosi sesebuah produk dengan jayanya sebagai affiliate, baca artikel terdahulu kami mengenai hal ini di sini.
Hari ini, saya ingin mengingatkan anda tentang perangkap “Black Hole” dalam mempromosikan produk sebagai affiliates. Pernahkan anda cuba klik pada link di laman web anda untuk mencuba?
Sekerap mana?
Sentiasa pastikan link affiliate anda menuju ke laman web yang sepatutnya. Jangan dihantar ke error page, atau lebih malang lagi page kosong!
Pertamanya, anda akan kerugian pelawat yang dihantar. Kalau anda membayar untuk pelawat ini dihantar ke laman web tersebut, anda juga kerugian wang.
Keduanya, anda kerugian masa mempromosi program tersebut.
Ketiganya, Google menganggap page tersebut “Broken Link”. Ini adalah perkara kedua mereka paling benci selepas Spammer. Jadi jangan terkejut jika laman web anda ada banyak broken links, laman web tersebut mungkin akan dibuang dari Google.
![]()
Jadi, semak semula link-link affiliates anda. Adakah ia berfungsi? Buang yang tidak dan optimizekan yang masih.

p/s: Oh ya, adakah anda affiliates SaifulSham? Kami telah membayar ribuan RM sebagai komisen kepada affiliates-affiliates kami tahun lepas. Dan kebanyakan top-top affiliates kami tahun lepas sedang “berhibernasi”, membuka ruang kepada affiliates yang tidak dikenali mencari makan. Jadi ini mungkin peluang anda!-kurang persaingan
Daftar Di Sini


March 15th, 2007 at 1:08 am
Yer saya affiliate saifulsham
. Buat masa nie belum dapat wang lagi dari affiliate ni. Yang dah klik dari affiliate ramai. Mungkin sikit masa lg kot ramai yang ikut seminar saifulsham dari affiliate saya
.
March 15th, 2007 at 9:30 pm
saya masih baru dalam dunia internet ni. harap dapat banyak bantuan teknikal dari saifulsham. saya juga berminat untuk progrem affiliate saifulsham. pada kwn2 lain.. lawat la ke blog saya..
http://www.mengintaipeluang.blogsport.com
March 16th, 2007 at 1:24 am
roswary,
Salah url tu.. saya tolong perbaiki ya..
http://mengintaipeluang.blogspot.com
March 16th, 2007 at 6:38 pm
sori sabri, saya sbnrnya x berapa minat dgn prog affiliate ni..sbb utamanya ssh nk tarik org utk beli sesuatu produk tu..
seingt saya, satu2 prog affiliate yg bg income adalah prog rajaadsense je..itupun berjaya wt satu sales je..(“,)
pndgn saya la, kalo kite nk berjaya dgn prog affiliate ni kite kn ade pengaruh yg kukuh terlebih dahulu..i mean kn pastikn sume IM kt msia ni knl kite..nnti senang bila promote je org terus percaya..
btw, thanks sbb bg link utk artikel kt ats tu..nnti saya daftar as ahli kelab..mne tau kot2 leh naik semangat utk ber’aff. smula..
March 21st, 2007 at 6:04 pm
HPK, tak semestinya anda kena menjadi orang berpengaruh baru boleh jual..masa saya mula2 jd affiliate maskahwin.com Shuth, saya baru mula,tak kenal sapa2..Shuth pun saya tak tahu siapa..tp apa yang saya belajar..nk berjaya dalam affiliate marketing ni kena tahu your niche betul2..tgk competition dalam niche tu..kena kaji market dan tgk what people really want dan baru match kan demand and supply.. pemilihan product affiliate yang sesuai dgn niche market tu amat penting..
Jgn patah semangat pada awal2 lagi..