Jalan-jalan cari Trade Show
Hello pembaca SaifulSham,
Satu perkara yang tidak pernah saya beritahu mana-mana pihak, saya dan Sabri adalah kaki jalan mana-mana Trade Show atau Exhibiton Fair (ini bukannya JomHeboh ya!)
Kebanyakan orang-orang muda trang,trang (hehe) seperti kami akan menghabiskan cuti minggu dengan menonton wayang atau dengan membeli belah atau bercuti dimana-mana tempat percutian.
Kami juga begitu tetapi selalunya prioriti sebenar di hujung minggu adalah menyertai mana-mana trade show ataupun exhibiton fair. Jika minggu itu tidak ada seminar atau mana-mana jemputan seminar, kami pergi ke trade show.
Ramai orang kabur akan fungsi sebenar trade show. Biar saya terangkan apa tujuan sebenar kami ke sana.
Trade Show -dalam bahasa lainnya adalah Pameran Perdagangan. Seperti PC Fair, selalunya trade show ini akan diwakili booth-booth syarikat yang berdagang sesebuah jenis produk atau perkhidmatan.
Tujuan utama Trade Show adalah untuk menarik rakan perniagaan, pelabur, potensi bisnes dikalangan B2B. Selalunya, pameran ini dibuka untuk orang awam hanya pada hari-hari tertentu (selalunya hari minggu) dan ada juga khas untuk kalangan peserta industri tersebut sahaja.
Sebagai contoh, dalam bulan April lepas, terdapat Trade Show berkenaan barangan perkahwinan di KLCC Convention Center. Kesemua pakaian pengantin, weddingfavors dan barangan lain yang berkait dengan perkahwinan didagangkan.
Seperti yang pernah disebut saya, pasaran B2B adalah luas dan terlalu luas. Selalunya, kita memikirkan perniagaan internet kita terhad kepada pengguna akhir, iaitu B2C.
Untuk memulakan langkah awal ke arah B2B, salah satu langkah adalah dengan menyertai pertunjukan Trade Show. Bukan bermaksud anda membuka booth disana. Haha, ada caranya.
Saya akan jelaskan dengan terperinci bagaimana anda boleh memulakan langkah pertama anda dalam bisnes B2B.
Saya berikan satu contoh, setiap tahun terdapat 2 Matta Fair di Malaysia (Pameran Pelancongan). Selalunya, Matta Fair ini ditujukan untuk rakyat Malaysia mendapatkan pakej-pakej percutian yang murah berbanding pada hari-hari biasa.
Terdapat beratus-ratus booth syarikat agensi pelancongan dan hotel disana. Jika anda mempunyai bisnes internet berkaitan bidang pelancongan seperti menjual peta dan kraftangan, anda boleh menghadiri Matta Fair bukan semata-mata untuk mendapatkan pakej pelancongan murah.
Anda boleh memulakan langkah untuk menawarkan produk-produk anda disana kepada syarikat agensi pelancongan dan hotel. Bawa kad bisnes, bawalah apa-apa brochure atau apa sahaja yang membantu penerangan anda nanti.
Berpakaian kemas!
Kalau pun anda tidak mendapat menjual secara terus kepada mereka, anda mungkin boleh mendapatkan tempat untuk meletakkan banner produk anda di laman web mereka. Dan anda akan membayar komisyen kepada mereka jika jualan itu terhasil dari laman web mereka (affiliate lah senang cerita).
Tetapi, bukan senang Syazwan……
Ya, memang tidak semua akan berminat dengan anda tetapi jika anda mendapat seekor ikan besar di sana, siapa yang untung? Anda juga bukan? Disinilah pentingnya leveragekan perniagaan internet anda bukan kepada B2C, tetapi juga B2B.
Saya berikan contoh lagi. Tidak semua syarikat yang menyertai Trade Show mempunyai kepakaran e-commerce, atau paling busukpun tidak mempunyai laman web yang kemas dan profesional.
Jadi, kerja anda adalah pergi ke sana, tunjukkan porfolio anda kepada mereka. Yakinkan mereka untuk menggunakan kepakaran anda membina laman web. Ada banyak booth, cubalah. Jika tidak mencuba, siapa tahu?
Antara-antara kelebihan lain menyertai Trade Show adalah mewujudkan jaringan perniagaan. Walaupun mungkin anda gagal untuk menjual, tetapi, anda sudah mempunyai jaringan dengan orang-orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Ia berguna untuk masa depan perniagaan anda.
Lain-lain lagi, anda boleh mendapatkan nasihat secara percuma dari agensi-agensi kerajaan seperti Matrade, MARA, PNB, dan sebagainya jika anda berhasrat untuk mendapatkan apa-apa bantuan mereka.
Kesenangan kaedah ini adalah, hampir kebanyakan agensi bantuan kerajaan berkumpul di bawah satu tempat. Mudah untuk anda bertanya berbanding jika anda pergi sendiri ke setiap pejabat agensi pada hari-hari biasa.
Sebenarnya bukannya terlalu sukar menebusi pasaran B2B jika kita tahu caranya. Selalunya, dalam fikiran kita, untuk ke pasaran B2B, kita harus mempunyai sebuah pejabat, mempunyai syarikat besar-besar, modal ala-ala syarikat di Bursa Malaysia.
Sebenarnya tidak pun. Paling busuk anda sebenarnya boleh mendaftar syarikat Enterprise.
Dimana mahu mencari Trade Show/ Exhibiton Fair?
Selalunya, iklan mereka ada didada akhbar. Paling banyak di akhbar TheStar. Ada juga kalau anda membeli majalah bisnes seperti TheEdge.
Jarang ada di akhbar-akhbar berbahasa Melayu. Jadi, rajin-rajinkanlah membaca akhbar berbahasa Inggeris.Huhu
Jika anda tinggal di Lembah Klang, please aware iklan-iklan di tepi-tepi jalan. Banyak papan iklan trade show.
P/S: Saya paling suka MIHAS. Makan FREE~Kenyang.


June 5th, 2007 at 8:38 am
Syazwan,
Saya cuba hantar email ke saudagar@saudagar.com.my utk cPanel Premium tu, tapi hosting saya kata email tu tak dapat dihantar. Email tersebut dihantar sejak jumaat minggu lalu.
p/s: maaf kerana terpaksa complaint kat sini.
June 5th, 2007 at 9:45 am
OK, ill review ur problem. Thanks
June 5th, 2007 at 12:46 pm
Saya turut melihat prospek yang besar daripada pesta (fair) seperti itu.
Di samping dapat membeli barangan, kita sebenarnya dapat berkenalan dan berkongsi pandangan dengan syarikat dan individu yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang.
June 5th, 2007 at 12:57 pm
Saya agak jarang mengunjungi pesta tersebut kerana kekangan masa dan kerja. Teringin nak pegi sangat2. Memang benar la kata saudara, bukan setakat dapat mengenali orang lain, berkongsi pandangan dan kepakaran tetapi juga boleh melihat cara bagaimana mereka mempromosikan produk masing2.. atau lihat bagaimana mereka menjaga mutu produk dan menarik perhatian pelanggan.. Di situ, akan timbul satu idea yang boleh di aplikasikan di dalam perniagaan internet..
June 7th, 2007 at 4:12 pm
This saturday, SMIDEX 2007 (small and medium sized enterprise exhibition at klcc convention centre..