Salam Hormat Pembaca Budiman,

Minggu ini di SaifulSham Consultants, kami bertambah sibuk sedikit dan kami baru selesai menyusun semula dan membahagi-bahagikan tanggungjawab menguruskan perniagaan internet berkaitan di antara ibu pejabat, freelancers dan technical partners. Minggu ini JV partner kami juga ada berkongsi dengan kami beberapa idea marketing model yang dapat kami implementasikan.

Saya ingin berkongsi beberapa tips sebagai pesanan kepada diri saya sendiri dan juga anda.

  1. Pembeli adalah pelanggan kita. Diri sendiri dan orang lain bukan pelanggan kita. Kita perlu menumpukan *segala* usaha kita untuk memberi lebih nilai kepada pelanggan. (lebih nilai ya, bukan segala-galanya di antara langit dan bumi untuk mereka) Oleh itu, kita mesti jual sesuatu yang diperlukan oleh pelanggan. Jangan syok sendiri atau lebih malang, syok orang lain. Hanya pelanggan boleh SYIIIOK! :)
  2. Anda perlu tahu siapa pelanggan anda. Selepas itu, kumpulkan mereka dan sentiasa survey permintaan mereka. Speak their language. (Kami kini telah mengenalpasti pasaran kami dengan tepat dan mempunya fokus group sendiri)
  3. Pengkritik ada 2 jenis. (Oh kepada peminat AF, bukan pengkritik tetap atau pengkritik jemputan ya, tetapi pengkritik yang mahu melihat kita berjaya (Fauziah Latiff) dan juga pengkritik yang memang kerjanya mengkritik (Paul Moss & Simon Cowell)) Act appropriately :wink: .

Lebih Lanjut Mengenai Kumpulan Fokus & Kepentingannya

Seringkali dalam perniagaan, kita melihat apa yang persaingan kita tawarkan dan cuba mengatasinya. Sebenarnya cara ini walaupun nampak okay, tetapi ia merugikan semua pihak. Untuk bersaing, anda tawarkan apa yang pelanggan anda mahu.

Antara benda yang pelanggan anda mahu, adalah benda-benda asas. Jadi walaupun semua orang dalam industri anda ada menawarkan kelebihan tersebut, anda jadilah satu-satunya orang yang melaungkannya dan berbangga dengannya. Jadikan sesuatu yang asas tadi sebagai USP anda.

Contoh, hampir semua penjual model kapal terbang online menjual model yang sudah dilekat decalnya (sticker) dan hanya tinggal dipasang kaki dan sayapnya sahaja. Tetapi tidak ramai pekedai online yang menegaskan perkara ini. Sedangkan hampir setiap minggu saya menerima emel bertanya sama ada kapal terbang kami sudah sedia dilekatkan sticker (decal) atau pun pelanggan harus melekatkannya sendiri.

Lihat apa yang terjadi?

Para penjual sedang sibuk menegaskan bahawa model mereka diperbuat dari resin, plastic, die cast (secara jujurnya, saya tidak tahu bezanya. Saya rasa sama :!: ) sedangkan soalan pelanggan sangat simple. :grin:

Berbekalkan pengalaman ini, anda akan melihat kempen-kempen promosi SaifulSham selepas ini akan menumpukan kepada perkara-perkara yang mudah difahami oleh orang biasa dan perkara normal yang dihighlightkan dan digunakan sepenuhnya. Biarlah pesaing dan orang lain ketawa, asalkan pelanggan berbaris mendapatkannya. :razz:

Oh ya, fokus group ini adalah sekumpulan orang yang menepati karakteristik pelanggan kita. Apabila kita mendapat sekumpulan orang ini, kita akan gunakan maklumat-maklumat, data dan pendapat mereka untuk memperbaiki elemen-elemen perniagaan kita.

Contoh, kita tanya mereka:

“Apa yang membuatkan kau nak beli action figure Ninja Turtle ni?”
“Berapa paling mahal kau sanggup bayar untuk Ninja Tutle ni?”
“Ko prefer shipping biasa atau ko sanggup tambah RM 50 untuk guna Fedex?”
“Orang tu pun jual Ninja Turtle juga, kenapa kau nak beli dari dia?”
“Kenapa tak beli je kat KL, kenapa nak beli dari Internet?”

Dari soalan-soalan seperti ini kita dapat melihat berapa price resistance mereka, motivasi mereka untuk membeli, bagaimana untuk menawan hati mereka dsbnya. Maklumat-maklumat ini adalah sumber risikan yang amat berguna untuk memantapkan perniagaan internet kita. Barulah kita boleh menjadi penjual action figure ninja turtle yang berjaya di Internet. :)

Oh ya, action figure tu apa? (ramai tak tahu ni :?: ) Action figure tu adalah anak patung! Ramai orang atau enthusiast akan mengetawakan saya dengan jawapan ini, tetapi saya tidak kisah. Sebab jika anda terangkan kepada orang biasa definisi kamusnya, mereka juga akan kata “Laa…samalah. Anak patung jugalah tu!” :lol: