Minda jutawan
Hello pembaca SaifulSham,
Apabila rakan saya bertanya kepada saya,
“Apakah sebenarnya cita-cita kau dalam hidup. Apakah sebenarnya yang engkau cari dengan menjalankan bisnes muda-muda ni? Nak tekel awek lawa? (hehe, ye kot
) Apakah engkau rasakan diri kau 5 tahun akan datang?”
saya hanya mampu berkata bahawa, “Aku nak hidup senang”.
Sebenarnya, sudah beberapa kali saya diajukan soalan yang sama oleh rakan-rakan sebaya. Mereka melihat satu kepelikan apabila ada orang sebaya mereka membuat kerja yang dirasakan gila.
Kemudian, saya bertanya kembali kepada mereka, “Kalaulah kau, apa kau nak jadi dalam mungkin 10 tahun, 15 tahun akan datang?”
Rata-rata jawapan yang diberikan adalah begini:
“Aku nak berhenti bekerja dan buat bisnes macam kau. Timba pengalaman dahulu”
“Jadi manager, orang kuat dalam syarikat minyak ke”
“Nak jadi kaya raya, pakai Mercedec S-Class kot”
Saya membalas, “So, kenapa tak start sekarang?”
“Bukan ke aku cakap tadi nak timba pengalaman kerja dulu. Aku takde bakat bisnes macam kau”
Lantas saya memberitahu, “Well, maksud aku bukanlah semestinya bermula bisnes sekarang. Yang penting mind set kau dahulu. Mula dengan bina minda pun dah ok. Kita sudah final year, seharusnya masa depan satu perkara yang perlu diambil serius sekarang”
Ramai orang berfikir untuk hidup senang kemudian hari tetapi sebenarnya tidak pun memulakan langkah pertama, iaitu minda. Selalunya, mereka yang tidak merubah minda akan kekal begitu sehinggalah mereka pencen.
Percaya atau tidak?
Di waktu sekolah dahulu, saya sendiri begitu meminati tokoh-tokoh korporat berjaya sehinggakan saya berkecimpung dalam kelab usahawan. Waktu di sekolah dahulu, fikiran saya memang teruja dan berasa ingin tahu bagaimana untuk menjadi kaya.
Percaya atau tidak, atas sebab teruja dan ingin menjadi kaya, saya sanggup membaca majalah ekonomi dan berita seperti saham walaupun satu perkara pun tidak saya faham dahulu. Sebab satunya, saya ingin tahu, apakah bisnes yang menarik untuk dijalankan nanti.
Dalam doa harian selepas solat (perkara yang saya tidak dedahkan selama ini), saya selalu meminta bahawa diri saya akan menjadi jutawan dalam usia muda. Sampai sekarang itulah antara yang saya minta setiap hari.
Semenjak dari sekolah, saya tidak pernah berfikir untuk memulakan perniagaan seawal usia 20an. Yang saya fikir, satu hari nanti, saya ingin kaya. Bagaimanakah caranya adalah perkara kedua.
Hari ini, apabila saya melihat kembali diri saya, tanpa tidak saya sedar,
“Semuanya bermula dari sikap dan keinginan saya sewaktu disekolah dahulu”
Malah ibu saya sendiri tidak menyangka bahawa saya sebenarnya begitu meminati perniagaan kerana minat itu hanya ditonjolkan selepas tingkatan 3. Pada waktu saya bersekolah, adik saya yang kedua, Syamim lebih menonjol dalam minat ke arah perniagaan.
Seperti biasa, apabila saya pulang bercuti semester, saya akan brainwash adik-adik yang lain dirumah mengapa saya berniaga, mengapa abah pun berniaga dan mengapa mereka perlu tahu mengenai perniagaan. Sebabnya sekarang saya sudah tahu, dengan menanam minda mereka diawal usia, perjalanan untuk menuju ke arah kebebasan kewangan akan lebih cepat.
Dan itulah seelok-eloknya untuk anda juga praktikkan. Jika anda mempunyai ahli keluarga yang lebih muda, asahlah minat mereka seawal mungin jika anda berhasrat untuk mereka mewarisi perniagaan anda atau menceburi perniagaan.
Ini kerana pada waktu muda inilah mereka lebih senang untuk mendengar kata (hehe) berbanding jika mereka sudah boleh berfikir sendiri dan selesa dengan cara hidup makan gaji selama-lamanya. Sebabnya mereka akan dikelilingi oleh rakan-rakan yang hidup sebegitu dalam hidup mereka.
Mulalah memiliki minda jutawan sekarang!
W.M.Syazwan


November 3rd, 2007 at 9:23 am
Memang ramai yg inginkan hidup senang / jutawan di masa depan mereka. Melakukan bisnes sendiri dengan pendapatan yang lumayan.
Tp sering kali kita dengar alasan nak cari pengalaman bekerja dulu, apa-apa dululah sebelum melakukan perniagaan itu.
Bila kita tidak mulakan sesuatu pernaigaan itu, macam mana kita tahu dan dapat pengalaman. Tetapkan dalam matlamat kita dan lakukan benda itu sedikit demi sedikit. Pasti kita boleh jadi mcm Saifulsham – nak jadi jutawan muda.
Saya juga nak jadi macam anda..
November 3rd, 2007 at 9:50 am
betul tu syazwan…
ramai dari mereka hanya tahu nak kaya…
tapi tindakkan takde…hehe
kalau macam tu, sampai tua pun tak berjaya…
langkah pertama, set kan fikiran kita tu.
langkah kedua tetapkan impian.
langkah ketiga buat perancangan.
langkah keempat jalankan perancangan.
han
November 3rd, 2007 at 9:50 am
Wah! Syazwan ni buang tebiat ke?
Dia adalah orang yang paling anti dengan benda2
mind/mindset ni. Banyak kali saya cuba terangkan,
tetapi semuanya ditembak mentah-mentah.
Membaca artikel ini buat saya tertanya-tanya
satu soalan.
“Ko outsource ke?”
Haha…
Tetapi betul. Kalau nak jadi kaya, kenapalah
tunggu nanti. Startlah langkah pertama sekarang.
Belajar berbelanja dengan cermat.
Apabila boros sudah menjadi tabiat susah nak ubah.
Lagipun ibu saya pun pernah berpesan;
“Kerja bertangguh tak pernah menjadi”
Sabri
November 3rd, 2007 at 12:21 pm
Salam, I’m newbie here
wah hebat pemikiran korang sume ni, pandang terlebih jauh kedepan.
Betul kata Syazwan n Sabri, yang paling penting ‘Nawaitu’ niat kena ikhlas untuk apa kita jadi jutawan (maksud mendalam ni)..
November 3rd, 2007 at 5:36 pm
“Manusia dapat mengubah kehidupannya dengan cara mengubah caranya berfikir” – Dr. Willian James, Bapa Psikilogi Amerika.
Inilah kepentingan untuk mengubah cara pemikiran, kerana apa yang akan berlaku pada kita pada masa depan adalah apa yang kita lakukan sekarang.
November 3rd, 2007 at 5:37 pm
“Manusia dapat mengubah kehidupannya dengan cara mengubah caranya berfikir” – Dr. Willian James, Bapa Psikilogi Amerika.
Inilah kepentingan untuk mengubah cara pemikiran, kerana apa yang akan berlaku pada kita pada masa depan adalah apa yang kita lakukan sekarang.
Saya pun mempunyai cita2 yang sama menjadi jutawan pada umo 27 tahun (skang 21, ada 6 tahun lagi..
)
Now, time 4 action.!!
November 3rd, 2007 at 7:43 pm
salam sejahtera,
pasal mindset ni saya amat setuju, saya sekarang umo 22 tahun masih student dan ada urus budget hotel, main saham sikit2, dan ada bisnes kecil.masalah sama juga dengan kawan2 saya bila kita cakap pasal bisnes, dia jawab kat kita..”ko lain, otak ko tu otak berniaga, pikir apa pun nampak bisnes je”…mereka yang kata begitu ialah kawan2 saya dari kursus business management dan juga perakaunan
November 3rd, 2007 at 9:48 pm
depa dok timba pengalaman bagaimana menjadi pekerja yang baik, macamana nak jadi bos? haha.
sepatutnya timba pengalaman jadi bos.
November 4th, 2007 at 8:49 pm
[...] Minda Jutawan Sahabat Online Anda, Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed [...]
November 4th, 2007 at 11:28 pm
saya pun nak jadi boss. boss untuk diri sendiri.
November 7th, 2007 at 10:59 pm
Aku nak hidup senang dan tak menyusahkan mak abah aku je..
November 9th, 2007 at 11:19 pm
Saya doakan anda supaya menjadi seorang jutawan dengan segera supaya dapat meramaikan lagi jutawan di Malaysia ini. Saya akan ambil tulisan anda ini sebagai satu panduan untuk saya dan generasi saya kelak. Thanks and all the best Saifulsham.com
November 9th, 2007 at 11:21 pm
Saya juga adalah salah seorang pelanggan anda dan saya memang respect saifulsham.com kerana berjaya membantu newbie yang lain..all the best
November 14th, 2007 at 3:43 pm
kaya atau kayap atas dasar usaha serta niat…tak ke gitu?
November 28th, 2007 at 3:53 pm
btl…… mmg mind set penting…
apa pung thanks the idea realy nice 4 me.. as newbie
December 6th, 2007 at 1:32 am
Saya nak jadi ahli perniagaan sehebat Siti Khadijah, kekayaan tidak pernah membataskan diri untuk menginfakkan harta kepada perjuangan Islam
Harap-harap misi ni terlaksana bila dah kaya, takut bila dah kaya, tersasar pula.
December 25th, 2008 at 11:13 am
nak kaya biar jadi kaya beriman atiqah, baru misi tidak tersasar.memng bila dh kaya ujiannya besar, lebih banyak godaan, untuk menghindarinya sentiasalah dekatkan diri dgn Allah, Insyaallah selamat dunia & akhirat.
http://www.jutawansenyap12.blogspot.com
January 4th, 2009 at 7:35 pm
mmg btol kita kene ade mindset ke arah “minda jutawan”
agree gile..
itulah yg sedang saya praktikkan
April 20th, 2009 at 3:34 pm
orang melayu kena bersatu, baru kita boleh berjaya.melayu boleh.sapa kata tak boleh.