Sah! Jutawan internet ke konvensyen. Penyertaan penuh pada hari akhir!
Hello pembaca SaifulSham,
Seorang jutawan internet Malaysia mengesahkan kehadiran ke konvensyen kami esok hari.
Untuk pengetahuan anda, nama jutawan tersebut langsung tidak dikenali dalam arena perniagaan internet Malaysia tetapi beliau mempunyai syarikat perniagaan internet yang mempunyai cawangan di Malaysia,Singapura, Hong Kong dan Scanadavia (entah, saya pun tidak tahu spesies negara ini).
Jutawan ini adalah jutawan dalam bidang dropshipper. Kami Team SaifulSham pernah bertemu dengannya sekali pada tahun lepas. Memang kami berhasrat bercerita mengenai jutawan ini dahulu tetapi entah mengapa terlupa menaip ceritanya.
Nampaknya usaha kami memancingnya sejak 2 hari lalu akhirnya berhasil. Beliau akhirnya bersetuju untuk muncul kepada orang awam.
Tujuan kami adalah untuk mendedahkan lebih banyak lagi potensi perniagaan internet berasaskan dropshipper kepada bekas peserta seminar. Beliau akan kongsikan pengalamannya dan tips-tips hebat untuk anda.
Jutawan tersebut pernah memberitahu saya, pernah pada satu ketika beliau menyewa pesawat Boeing 737 untuk menghantar pesanan ke pelanggannya di Amerika. Jadi, anda tahu bagamana hebatnya perniagaan orang ini.
Hints untuk mengetahui siapa jutawan ini: – Sila taip perkataan “dropshipper” di Google. Laman webnya berada dalam lingkungan 5 page di Google. Carilah di page pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya.
Anda akan ketemu sebuah laman syarikat dropshipper Asia. Saya kira, itulah antara satu-satunya syarikat Asia dalam kesemua 5 page tersebut. Cari sendiri ya!
Baiklah, sehingga jam 3 petang hari ini, penyertaan sudahpun penuh! Apa yang saya harapkan akhirnya menjadi kenyataan.
Jika konvensyen kali ini terus mendapat sambutan, kami Team SaifulSham tidak teragak-agak untuk menganjurkan sesuatu yang lebih besar pada masa hadapan.
P/S: Antara ahli-ahli Wangcyber yang hadir nanti: Syia, Tazilan, Shuth, Zul SmartUsaha, Galadriel, Team SaifulSham, dan ramai lagi!


February 1st, 2007 at 11:44 pm
wahh, siapa tu yer..
Harapnya dia datang..
February 2nd, 2007 at 8:31 am
sayapun doakan beliau akan datang.
zul, nanti jgn lupa kongsikan ilmu yg dpt drpd beliau dgn kami yg “newbie” ini.
February 2nd, 2007 at 9:09 am
aisey, ruginye tak boleh pi…
February 2nd, 2007 at 6:17 pm
Ada konvensyen ke? Bila? Kat mana? Saya baru baca ni…
February 2nd, 2007 at 6:28 pm
En Azmizam, kami sudah inform lama dlm VIP lounge. Tk masuk ek? Dkt SaifulSham hampir sebulan lepas kami beritahu tarikhnya esok.
Untuk konvensyen kali ni sudah penuh. Tp tk mengapa, semua presentation tu kami akan uploadkan dkt Vip Lounge. Azmizam boleh baca presentation tu nanti.
Tp tulah, mmg lain la baca dgn penerangan live ni. But, nway, jika konvensyen ini masih disokong ramai bekas peserta, kami akan bawakan sesuatu yang lebih besar pada masa hadapan.
February 2nd, 2007 at 6:37 pm
ooooohhhh jadi tak boleh pergi lah yer… ok lah kalau macam tu… kalau ada kekosongan last minute bolehlah hubungi saya 019-2210278. TQ
February 2nd, 2007 at 6:48 pm
Scanadavia… kalau tak silap saya ialah SWEDEN… negara yang melahirkan kenderaan VOLVO, SCANIA dan perabot IKEA… Walaupun jumlah rakyatnya 9 juta orang tetapi SWEDEN berjaya menghasilkan produk yang digunakan di seluruh dunia… Pasukan bolasepaknya juga muncul di pentas PIALA DUNIA… Luar Biasa Hebat SWEDEN
February 2nd, 2007 at 9:38 pm
Nasib baik sempat daftar… Jumpa esok…
February 2nd, 2007 at 10:18 pm
Sham dah bertolak tadi. Saya pulak akan bertolak ke KL jam 1 pagi ni.. Sampai KL, jumpa Sham kat pudu dan sama-sama ke tempat program. Wahh, macam2 perasaan ada..
Lagi2 kena bercakap depan orang yg hebat2..
Jumpa di sana semua!
February 2nd, 2007 at 10:59 pm
Huhu, its ok zul. Mcm tk biasa plak ckp depan org. Btw, u all memang bersungguh2 dtg. Thankss kerana menjayakan konvensyen sulung ini.
February 3rd, 2007 at 6:26 am
Friends,
Jumpa di sana nanti.
Bestnya ada internet millionaire datang nanti… this is the opportunity to learn from his experience…
February 3rd, 2007 at 7:46 am
hi semua, shueqry here…memang bertuah sapa-sapa yang datang ke sana dan berjumpa dengan orang yang hebat-hebat, huiyoo kalau saya dapat jumpa semua sekali, mungkin saya tak tau nak cakap apa! terlalu excited..Galadriel, Sham, Zul, Team SaifulSham, Tazilan dan beberapa nama-nama hebat yang lain..tapi, saya jauh kat kota kinabalu pula..
February 3rd, 2007 at 8:59 am
Rugi tak dapat datang..takde rzeki, cuti tak approve.
February 3rd, 2007 at 3:21 pm
slmt berseminar semua.
terasa rugi diri ini krn tidak dpt join. semoga dilain masa kita akan berjumpa.
zul,jgn risau. saya yakin anda akan berjaya buat yg terbaik.
lagipun, ini bukan kali pertama anda buat “presentation”
February 3rd, 2007 at 6:16 pm
Isk.. biler ler saya ada kesempatan nak pergi huhuhu nanti lepas SPM booking tempat kat saya satu
February 3rd, 2007 at 9:26 pm
labanon,sabar.
setakat hari ni, walaupun tak pi seminar tu, ilmu ebiz anda mmg hebat berbanding saya.
tapi, demi ukhwah dan utk tingkat ilmu ebiz anda lagi, simpan la duit utk jumpa pakar team saifulsham ini.
saya pun tengah kumpul duit ni, maybe hujung thn ni kot, jumpa mereka. ok?
February 4th, 2007 at 12:11 am
wah! seronok semuanya yer.
Mesti banyak cerita menarik yang boleh dikongsikan di sana nanti.
February 4th, 2007 at 2:54 am
Saya dah sampai rumah dah dalam jam 1 pagi.. Terima kasih kepada semua terutama sabri dan syazwan. Amat2 banyak tips yang diberikan kepada kami. Letih dan penat terbalas dengan ilmu yang diperolehi.. zzZZzz..
February 4th, 2007 at 5:03 pm
banyak tips zul?
nampaknya kena la kongsi ilmu tu dgn pembeli ebook zul dan pembaca setia blog zul, ok?
February 4th, 2007 at 6:35 pm
aaaa..kerugian yg amat sgt
pg2 sabtu dh kene sakit perut. dah nak naik LRT last2.. pergi toilet..herm.. sgt2 sedih.aaa.. BILE LAGI nak adakan konvensyen ye..waaa..sedih2 x terhinge
February 4th, 2007 at 7:31 pm
syia pun sakit perut? sama la kiter..
Tapi saya tetap pergi.. Hasil perbincangan, 6 bulan lagi program ni akan diadakan kembali.
February 5th, 2007 at 7:57 am
((6 bulan lagi program ni akan diadakan kembali.))
insyaAllah, kalau ada rezeki saya akan join, ok ker?
May 24th, 2007 at 3:49 pm
mcmane saya nak join?
May 24th, 2007 at 3:50 pm
ape yang perlu ade terlebih dulu?
July 13th, 2007 at 9:39 am
beznyer……….
menarik sgt ar prniagaan ner..