Kad Debit Kad Kredit | Public Bank Jenama Yang SANGAT Boleh Dipercayai
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Saya menulis artikel ini dengan penuh kekaguman kepada Public Bank. Sudahlah pengurusannya hebat, kakitangannya mesra, memberi pulangan hebat kepada pemegang sahamnya, bahkan memberikan perkhidmatan yang reliable dan boleh diharap sepanjang masa. Jadi, jika anda perlu debit kad atau kredit kad untuk kegunaan online, gunakanlah Debit Kad PR Vantage Public Bank.
Cerita # 1
Bulan lepas, Syazwan menggunakan debit kad Public Bank beliau untuk membeli stok bagi salah satu perniagaan internet kami dalam jumlah ribu-ribu RM. Beberapa hari kemudian, kakitangan Public Bank menelefon beliau untuk mengesahkan sama ada transaksi tersebut benar-benar dilakukan beliau atau tidak. (transaksi tersebut lepas, tiada masalah. Cuma amaun yang tinggi itu menyebabkan PB menelefon untuk pengesahan)
Setelah menerangkan bahawa memang beliau yang melakukan transaksi tersebut, pegawai tersebut pun legalah. Bukan fraud. Tetapi dari situ kita sudah nampak mekanisme anti-fraud mereka.
Cerita # 2
Tahun lepas, ada sebuah bank (nama bank dirahsiakan
) yang mempunyai debit kad juga. Ketika itu hanya mereka dan Public Bank sahaja yang mempunyai debit kad yang boleh digunakan di Internet. Tiba satu masa saya ingin membuat transaksi online, saya memasukkan sejumlah wang yang agak besar (ribu2 RM juga) kad saya decline. Tanpa sebarang notis. Pada mulanya saya mengesyaki bahawa saya tersalah tulis nama dan sebagainya. Jadi saya cuba lagi dan lagi dan lagi.
Sampai kad saya di blok.
Rupa-rupanya, kad jenis tersebut telah ditamatkan perkhidmatan. Saya sebagai pengguna tidak diberitahu pun.
Setelah saya memanggil pusat perkhidmatan pelanggannya, di sambung kepada authorizer, setelah ke cawangannya dan menelefon lagi pusat perkhidmatan pelanggannya dan setelah 2 bulan berlalu…
Barulah saya mendapat kembali RM 2000 lebih wang saya yang di freeze itu.
Cerita #3
Semalam adik saya ingin meminjam debit kad saya untuk pembayaran hostelnya yang akan datang. Hostelnya meminta pembayaran online dilakukan. Saya pun memberilah info-info yang sepatutnya.
Lebih menggusarkan, adik saya yang bertuah seorang ini suka melakukan kerja last minute. Jadi beliau ngam-ngam memberitahu saya pukul 1 petang due date bayaran perlu dibuat. Rakannya yan telah terlewat tidak lagi boleh membuat bayaran (wahh, universiti pun sekarang ada guna teknik marketing juga untuk pressure orang bayar cepat ni). Beliau cuba membayar dan decline. Cuba lagi decline lagi.
Saya ingatkan bahawa dia salah eja nama saya ke, atau masalah simple2 lain lagi.
Jadi saya dengan cuaknya telah rush untuk membuat bayaran. (Saya tak mahu kena leter kalau salah saya lambat2 sampai tak dapat bayar)
Saya cuba pula, decline juga. Saya semakin berpeluh. Dah pukul 1 lebih ni. Anytime link tu boleh due. Saya call talian khidmat pelanggan bank tersebut. Nasib baik tak perlu tunggu lama. Rupa-rupanya jika mahu buat transaksi online PERLU DAPAT AUTHORIZATION dulu.
Ini memang prosedurnya.
Saya berkatalah, sebelum ini saya guna online ok je (verify Paypal). Pegawai tersebut berkata, jika jumlah kecil memang tiada masalah. Tapi jumlah besar (tak besar manapun, bawah RM 1000) perlu dapat pengesahan dahulu (kita kena call). Noted juga, maksimum transaksi online yang boleh dibuat menggunakan kad ini adalah RM 1000. Tak boleh lebih.
Setelah dapat pengesahan tersebut mujurlah saya masih sempat buat bayaran. Kalau tidak naya saya kena call orang itu orang ini pula nak extend tempoh pembayaran dll.
Oh, jadi saya baru tahu satu perkara. Kad ini ada limitation juga rupanya. Tapi give praise when one is due, saya memujilah kakitangan bank ini, cekap, mesra dan membantu.
(Debit kad yang boleh digunakan online tak banyak, yang popular ada 2 je. Jadi ini yang satu lagi tu)
Jadi kesimpulannya, untuk mengelakkan pening kepala dan masalah di masa-masa kita sangat memerlukannya, gunakanlah kad debit Public hebat. Kad debit lain pun bagus juga, tapi Public Bank is the best among the best.
Bukan apa, kadang-kadang tension juga apabila masalah yang terjadi disebabkan benda-benda remeh. Memakan banyak masa dan tenaga. Tak kata lagi stress.
Jadi, jika anda cuba membeli hosting ke, membayar untuk seminar ke, atau sebagainya menggunakan kad debit atau kad kredit, cuba ikuti langkah ini jika bermasalah:
- Cuba semak dengan betul maklumat anda. (terutamanya jika nama anda ada MOHD atau BIN). Pastikan juga alamat tersebut alamat tempat anda menerima penyata.
- Verifykan dengan bank anda dahulu masalah tersebut. Sebab selalunya masalah tersebut berada di situ dan bukan di pihak penjual dan sistem payment processing mereka.
- Selepas itu, baru hubungi penjual tersebut untuk bertanyakan kenapa
Yang lebih penting, jangan takut. Anda tidak akan dicaj berkali-kali. Kalau anda dicaj berkali-kali pun bayaran tersebut boleh dipulangkan. Bahkan, mana-mana penjual yang normal di Internet akan memulangkan wang tersebut. Enjoy doing online transaction sebab ia mudah dan selamat!
Selamat Membeli-Belah Online dan pastikan anda mempunyai debit kad Public Bank!
Sabri


August 29th, 2007 at 3:13 pm
yup,setuju dgn Sabri
semalam saya baru je men-top-up debit kad PB, dan saya sangat puas hati dengan service mereka. Memang mesra pelanggan dan cepat. Saya nak bank-in pun ambil masa tak lebih dari 10 minit.
August 29th, 2007 at 10:02 pm
Saya guna DC Aliance bank..diorang setiap transaksi online luar negara mcm nak bayar adwords, ysm or etc..diorang memang kol untuk sahkan transaksi..
PB punye asyik decline je..
August 30th, 2007 at 11:01 pm
Saya dah guna debit kad PB hampir 2 tahun dan setakat ini semuanya ok…
August 31st, 2007 at 10:32 pm
ooo.. saya nak tanya. cimb bank pun ada juga kad debit utk guna online kan. saya baru nak apply. so bagus apply kad public la ye
September 7th, 2007 at 12:12 pm
dari pengalaman saya…pb bank memang cekap sehingga setakat ini
June 29th, 2008 at 3:16 pm
saya tengah bengang ni…baru jap call cstmer services utk status permohonan CD PB yg telah dimohon kira2 2 mggu lepas…jawapannya…permohonan saya tiada dalam rekod….esok nak tel bank tempat sy submit form 2….lame le…lum masuk system lg….
nak jalankan projek pun tergendala
May 18th, 2009 at 10:21 pm
bro aku dgr nk apply debit card dgn pb lebih mudah dr bank2 local yg lain x banyak kerenah btoi ke?prosedur mrk pun x lah meleret sgt.eh lg satu pakai debit card ni kire safe gak ye?ade ape 2 hidden caj ?
July 19th, 2009 at 1:17 pm
apsl aku xdapat nak gne pb nyer kad debit ek, utk bayar adword..asyk decline je, korang ada masalah camtu jugak x..pleazz someone help me!!
August 30th, 2009 at 6:31 pm
saya pening laaa…baru 2 hari lepas saya prolehi debit card dari public bank kemudian sy cuba register untuk paypal dan di bahagian ADD credit card or Debit card pada laman web paypal tu..keputusan register sy tu erro..dia tulis this credit card has been denied by the bank that issued your credit card. kenape ye???????????????
May 1st, 2010 at 5:57 am
Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera!
Saya hendak memberi sedikit info.
SmartLink2U adalah kad prabayar MasterCard PERTAMA dengan bank di Malaysia. Kalau dilihat kepada trend @ fesyen…
Trend Penggunaan Kad:-
1. Kad Kredit (kad hutang)
2. Kad Debit (perlu buka akaun)
3. Kad PraBayar (terkini~!!)
SmartLink2U adalah kepunyaan SmartLink International Sdn Bhd. AmBank adalah Rakan Niaga Perbankan. Uptrend adalah Rakan Niaga Networking.
Kad Yang PERTAMA seumpamanya di Malaysia (malahan dipercayai yang PERTAMA DI DUNIA!) iaitu Kad SmartLink2U-AmBank PraBayar MasterCard, yang TIDAK memerlukan syarat gaji minima dan TIDAK perlu membuka akaun dengan bank! (senarai hitam juga boleh!). Ini bermakna, sesiapa sahaja samada warganegara Malaysia atau tidak, yang berumur 12 tahun ke atas layak untuk menggunakan Kad SmartLink2U-AmBank PraBayar MasterCard ini!
5 ciri-ciri istimewa didalam satu kad:-
• Kad keahlian
• Kad diskaun
• Kad kesetiaan (Loyalty)
• Prabayar MasterCard
• Menjana pendapatan
9 Kelebihan Kad SmartLink2U-AmBank Prabayar MasterCard:-
• PERTAMA di Malaysia
• Nikmati 30% rebet tunai peribadi
• PERCUMA RM300 baucer diskaun
• PERCUMA RM10,000 PA insurans
• PERCUMA kos pengaktifan (cepat & pantas)
• Diiktiraf di seluruh dunia
• Kemudahan ‘online shopping’
• Nikmati ganjaran pemegang kad rujukan
• Nikmati ganjaran mata S-Points disetiap Rakan Niaga SmartLink2U (Merchant/Co-Brand)
*Pemindahan duit daripada PayPal juga tiada masalah (ada orang dah buat gunakan kad SmartLink2U-AmBank PraBayar MasterCard~!!)
Kad SmartLink2U-AmBank PraBayar MasterCard memang menggunakan Kad NeXG AmBank sebagai asas/platform, tetapi Kad SmartLink2U-AmBank PraBayar MasterCard telah mendahului Kad NeXG AmBank. Antaranya:-
1.Maksimum jumlah yang boleh disimpan dalam kad
a.Kad NeXG AmBank – RM10,000.00
b.Kad SmartLink2U-AmBank PraBayar MasterCard – RM50,000.00
2.Jumlah pemegang kad
a.Kad NeXG AmBank (mula 2001) – 200,000++ pengguna
b.Kad SmartLink2U-AmBank PraBayar MasterCard (mula 2006) – 420,000++
Caj bulanan kepada pemegang Kad SmartLink2U-AmBank Prabayar
MasterCard ialah RM3.00 dikenakan oleh AmBank Group. Kenapa?? Kerana pemegang Kad SmartLink2U-AmBank Prabayar MasterCard menggunakan sistem AmBank Group. Termasuklah mesin auto-teller (ATM), Cash Deposit Machine (CDM), online banking (penyata penggunaan Kad SmartLink2U-AmBank Prabayar MasterCard boleh didaftar & dilihat di https://ambank.amonline.com.my/)
Sebenarnya caj 2% itu dikenakan oleh bank terhadap pada peniaga sebagai sewa sistem dan mesin swipe kad. Cas itu akan di ‘waive’ sekiranya transaksi mencapai kuantiti yang besar. Peniaga sepatutnya faham Kad PraBayar bukan kad hutang seperti kad kredit. Peniaga tidak faham fungsi Kad PraBayar sebenarnya, oleh itu kita sebagai pengguna perlu menyampaikan info yang tepat kepada mereka.
Kad SmartLink2U-AmBank Prabayar MasterCard juga TIDAK dikenakan caj RM50.00 setahun oleh Kerajaan Malaysia.
Kekuatan SmartLink2U ialah.. SELAGI ORANG BERBELANJA~!! (adakah anda semua akan berhenti berbelanja??)
Untuk mendapatkan Kad SmartLink2U-AmBank Prabayar MasterCard ini, sila hubungi saya di 016 324 2606 (ERY) atau email saya di zaheri@SmartLink2U.com. Harga untuk pembelian kali pertama ialah RM55.00 dan pembelian seterusnya hanya RM45.00 (caj penghantaran dikenakan)
July 5th, 2011 at 3:05 pm
salam,name saye ila saya baru je gunakan kad prabayar smartlink ambank ni,,,,saya nak tau mcm mane nak semak point kite dalam sistem ek,,,,bantulah saya