Hello pembaca SaifulSham,

Ingatkah lagi pos terdahulu (dalam bulan Januari) saya mengenai nombor telefon. Saya pernah mencadangkan supaya meletakkan nombor telefon anda dibahagian atas laman web.

Contoh yang paling jelas adalah www.planesplanet.com

Letak dibahagian atas laman web anda, selalunya disebelah kanan (apa-apalah, janji ada dibahagian atas).

Jika anda merasa meletakkan nombor telefon adalah sesuatu yang terlalu privasi, fikirkan dua kali. Selepas 6 bulan kami meletakkan nombor telefon di beberapa laman web perniagaan kami, hasilnya mengejutkan.

(Hasil eksperimen dengan beberapa laman web jualan kami).

Selepas meletakkan nombor telefon, jualan yang terhasil melonjak sehingga 50 peratus secara total! Dan kebanyakan orang yang menempah melalui telefon selalunya tidak menempah satu atau dua produk. :p

Mereka selalunya membeli lebih daripada itu! Lebih menakjubkan, satu perkara yang kami tidak sangka terjadi telah terjadi. Sangkaan kami dengan meletakkan no. telefon US, pelanggan US akan lebih banyak membeli. Tetapi apa yang terjadi ialah, jumlah jualan dari pembeli negara lain turut meningkat.

Dan kebanyakan orang yang menelefon pejabat kami adalah dari negara Eropah. Beberapa buah negara datangnya dari Amerika.

Jadi, fikirkan sekali lagi. Letakkan nombor telefon bukan sahaja diruangan contact us. Tetapi, paparkan ia di muka hadapan laman web anda, paparkan besar-besar tau.

Rasionalnya mudah, tidak semua orang mahu membeli secara direct dari laman web. Selalunya, orang yang menelefon ingin bertanya lebih lanjut mengenai produk yang ditawarkan kita.

Selalunya lagi, mereka yang telefon ingin meminta diskaun. Biasalah ni.
Mereka yang telefon ingin membeli lebih dari satu produk (ini biasa berlaku).

Mereka yang telefon ingin memastikan entiti perniagaan kita wujud.
Mereka yang telefon tidak tahu membuat order secara online (orang begini pun masih ada).

Saya jamin tips ini akan membawa perubahan ketara terhadap jualan. Dan bagusnya, inilah masa untuk kami mempraktikkan cakap omputih. Hoho.

Jumpa lagi-
W.M.Syazwan

P/S : SaifulSham.com bukan laman web menjual, nombor telefon memanglah tiada diatas page.