Kejayaan Dalam Perniagaan Internet | You Have To Earn It!
Salam Hormat Pembaca Budiman,
Saya baru menerima sms dari Syazwan mengatakan beliau kekeringan idea, jadi sekarang turn saya pula untuk menulis. (jadi anda tahu, kami pun seperti anda. Ada writer’s block.) Cuma yang membezakan adalah, how we manage it and our attitude.
Hari ini saya ingin membongkar satu rahsia yang tidaklah rahsia sangat. Rahsia kepada usahawan-usahawan yang berjaya di Internet. Biasanya anda membaca Secrets The Rich Doesn’t Want You To Know, tetapi hari ini saya akan membawakan;
Secrets That The Rich WANT You To Know
Rahsianya adalah, kejayaan mereka tidak datang dalam dulang emas. They earn their right to be successful.
Dalam aspek perniagaan dunia maya atau ecommerce ini, jika anda tidak berjaya dalam perniagaan internet. Anda perlu tanya diri anda sendiri, “Layakkah untuk anda berjaya? Do you deserve the success?”
Itu soalannya.
Sebab soalan ini, soalan bocor. Saya beritahu terus jawapannya kepada anda.
- Anda layak kerana usaha anda sendiri
- Anda layak kerana masa yang anda curahkan
- Anda layak kerana minat
Saya bagi jawapan yang salah sekali:
- Anda tidak layak berjaya SEMATA-MATA kerana anda miskin
- Anda tidak layak berjaya SEMATA-MATA kerana anda belajar mengenai ecommerce di dalam kelas-Dan belajar satu bab mengenai affiliate marketing
- Anda tidak layak berjaya SEMATA-MATA kerana [masukkan satu sebab pilihan di sini]
Anda berjaya kerana kombinasi banyak faktor. It’s how you treat your “potential” business partner. It’s how you network. It’s how you treat your customers. It’s everything.
Saya beri anda contoh. Tan Sri Mustapha Kamal (MK Land) bolehlah dikatakan antara taikun bidang pembinaan dan hartanah terkemukan di Malaysia. Boleh tidak jika saya seorang graduan tahun akhir seni bina di sebuah universiti tempatan ketika berjumpa beliau, saya berlagak sombong dan cuba mengajar beliau pula. Saya siap memperli Tan Sri Mustapha bahawa Bukit Merah Laketown Resort beliau hanya monyet yang datang (contoh). Kononnya, saya tahu segalanya yang Tan Sri Mustapha Kamal tahu.
Tert….
Salah!
Saya tidak cukup pengalaman.
Saya tidak cukup network.
Saya juga tiada market capitalization sebab saya baru hendak bermula.
Jadi amat bodoh dan tidak bijak tindakan saya menghina Tan Sri Mustapha Kamal tadi. Jadi Wahai Bakal Usahawan dan Graduan muda. Hati-hati dengan perkataan anda, manatahu nanti anda TERPAKSA “mencari” (belum diambil lagi) kerja di syarikat-syarikat Taikun yang anda perlekehkan tadi.
Ok, cukup mengenai itu. Kali ini saya ingin beri anda satu tips JV lain.
Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk melakukan Joint Venture dengan mereka yang sudah terkenal dan mempunyai jaringan pemasaran yang mantap?
Pernahkah anda menghubungi mereka ini dan tidak mendapat sebarang jawapan?
Pernahkan anda menghubungi mereka ini dan proposal dan ditolak?
Jika anda tertanya-tanya kenapa perkara ini terjadi, saya beritahu anda jawapannya:
“Do you deserve it? How and what did you do to deserve it?”
Sekadar menghantar sepucuk emel tidak bermakna apa-apa. What is the relationship you create with them? Adakah anda menghormati mereka dengan apa yang mereka ada atau sekadar mahu menggunakan mereka?
Saya lontarkan soalan sekali lagi…
Do you deserve it? How and what did you do to deserve it?” You have to earn it~
Kerana itulah saya teruja apabila menerima sekeping DVD melalui Pos Ekspres dari seseorang yang saya kenali. This guy know how to do business, JV and have a lot of future…
But, when I think again. Kebanyakan mereka yang berjaya yang kami kenali pun, They know how to JV with people. They treat people right.
Jadi, tips saya kepada anda, tanya diri anda sendiri. Untuk kejayaan di Internet, Untuk JV dengan big names, untuk apa-apa sekalipunlah…
Have You Earn It?



February 22nd, 2007 at 1:39 pm
Saya setuju. Business conduct di internet sama je sepertimana business biasa yang lain.
Kalau nak jadi businessman, act like one!
February 22nd, 2007 at 3:26 pm
tq for info.
sbg part time ebiz, jv amat penting bagi saya demi mencapai kejayaan spt anda.
ish.ish., skrg tgh cari idea dan partner yg sesuai utk jv.
February 22nd, 2007 at 4:58 pm
thanks bro for the JV’s tips..
February 22nd, 2007 at 11:10 pm
Thanks. Saya mmg tidak mahir lagi ttg hal ini. Pendedahan ini amat berguna utk saya yg masih newbie ini. Saya rasa byk persediaan yg perlu ada sblm saya apply utk jv dgn sesiapa. Jadi, pendapat saya jv ni bukanlah untuk menumpang populariti tapi betul2 win-win situation
.
February 23rd, 2007 at 9:49 am
kita deserve utk dptkan jv dgn org dah terkenal tetapi kena ada cara caranya…tak boleh terus approach ank jv dgn die…mungkin mula2 beli produk dia dulu, pastu tanya pape (politely) mengenai produk die (wpon kita tahu tp tanya je utk bina hubungan). pastu offer jv..
anyway kalau cara kita tak betol nak jv dgn org terkenal, maka susahlah.
February 23rd, 2007 at 12:39 pm
nak contact big player kat internet tu yg susah sket nih..
February 23rd, 2007 at 12:39 pm
Sabri..hope u enjoy the Dvd
February 23rd, 2007 at 12:43 pm
Oh.. I enjoy it so much! Thanks
-Dia punya grafik lawa la..
February 26th, 2007 at 11:07 pm
iyela…orang biasa nak mendekati orang ternama memang susah. Sebab ramai yang hendak mendekati mereka. Tetapi jika kena caranya mesti boleh aje