Hello pembaca SaifulSham,

2 hari yang lalu, Li Ka-shing (gambar), seorang bilionaire Hong Kong menjual pegangan dalam syarikat telekomunikasinya di India, Hutchison Essar kepada Vodafone dengan nilai perjanjian USD 11 bilion.

Li Ka-Shing

Apa yang menarik perhatian saya adalah, beliau hanya membelanjakan USD 2 bilion untuk membangun dan menguruskan syarikat tersebut sebelum dijual kepada Vodafone.

Ini bermakna, Li Ka-shing meraih keuntungan secara kasar USD 9 bilion! Oleh sebab itulah, beliau mendapat gelaran King of DealMaker kerana kebijaksaan beliau dalam urusan perniagaan.

Sebenarnya, itu adalah sebahagian janji niaga yang dibuat Li Ka-Shing. Terdapat banyak lagi deal making yang dibuat Li Ka-Shing, antaranya beliau pernah menjual syarikat cell phone, Orange (syarikatnya di Eropah) kepada Mannesmann dengan keuntungan sekitar USD 15 bilion pada 1999.

Untuk tujuan itu, saya akan memberikan tips buat anda yang ingin menjadi DealMaker dalam perniagaan internet terutama tips buat anda yang ingin membeli laman web Adsense yang mencatatkan keuntungan.

(Untuk tips menjual laman web Adsense, sila rujuk kepada Alang, Kidino ataupun Sham Raja Adsense)

Baik, buat anda yang ingin memulakan program membuat wang dengan Adsense, tidak semestinya anda bermula dengan kosong.

Antara untuk membuat wang dengan cepat, anda boleh membida untuk membeli laman web Adsense yang telah berjaya mendatangkan hasil. Caranya seperti biasa, anda hubungi pemilik laman web tersebut.

Dalam deal making, anda harus menetapkan beberapa kriteria sebelum membuat keputusan membeli laman web Adsense yang mendatangkan wang setiap bulan.

Tips pertama:

Kaji niche laman web Adsense tersebut. Apakah terdapat potensi yang besar atau sebaliknya. Elakkan membeli laman web yang bersifat bermusim seperti Valentine (yang mungkin hanya meraih kutipan Adsense tinggi pada bulan Februari).

Tips kedua:

Laman web tersebut wajib memberikan hasil yang stabil daripada segi pendapatan Adsense sekurang-kurangnya dalam tempoh 12 bulan. Elakkan membeli laman web Adsense yang berusia kurang daripada itu walaupun mungkin ia mendatangkan hasil lumayan dalam jangka masa singkat.

Tujuannya adalah untuk memastikan laman web Adsense tersebut benar-benar stabil dari segi pendapatan.

Tips ketiga:

Kaji polar pelawat laman web tersebut. Minta kepada pemilik laman web tersebut untuk anda melihat statistik serta polar pelawat sebelum membeli. Tujuannya adalah untuk memastikan anda mengetahui bahawa laman web tersebut benar-benar menarik perhatian pengujung yang tetap dan ramai.

Tips keempat:

Adalah lebih baik jika laman web tersebut juga mendatangkan hasil daripada lain-lain sumber seperti Chitika, Amazon dan lain-lain. Ia adalah bonus tambahan yang baik.

Tips kelima:

Sebelum anda terjun dalam dunia Adsense, anda perlu belajar mengenainya. Minta tunjuk ajar dan nasihat daripada pemilik laman web tersebut mengenai strategi yang digunakannya dalam menarik pelawat. Belilah laman web Adsense daripada orang yang benar-benar boleh memberikan nasihat dan tips kepada anda.

Tips keenam:

Kaji faktor scale of economy. Contoh: Katakan laman web Adsense tersebut menghasilkan pendapatan sebanyak USD 200 setiap bulan daripada Adsense. Dan pemiliknya ingin menjual dengan harga USD 2000. Pertama, kaji faktor scale of economy. Adakah berbaloi atau tidak. Dalam kes di atas, anda memerlukan 10 bulan untuk mendapatkan kembali modal anda.

Maka, kajilah sebaik-baiknya, apakah dalam tempoh tersebut laman web Adsense masih mampu memberikan pendapatan setidak-tidaknya USD 200 setiap bulan atau sebaliknya.

Tips ketujuh:
Anda harus berani meletakkan fair price kepada laman web Adsense yang ingin dibeli. Selepas mengkaji semua faktor, letakkan harga kepada pemilik laman web tersebut. Walaupun mungkin pemilik laman web tersebut sudah mempunyai harga difikirannya atau sudah dinyatakan, anda harus berani meletakkan nilai harga dalam kajian anda. Berikan sebab mengapa anda merasakan harga anda adalah relevan.

Dan jangan lupa untuk tawar-menawar. Deal yang baik adalah apabila kedua-dua belah pihak dalam win-win situation.

Yang penting, untuk menjadi King of DealMaker seperti Li Ka-Shing, anda tidak perlu terburu-buru dalam membuat keputusan. Jika seorang pemilik laman web Adsense menawarkan untuk menjual laman webnya, kaji dengan mendalam dan jangan terus menaikkan harga bidaan anda jika terdapat pesaing yang ingin turut membeli laman web tersebut.

Kata orang, orang tamak selalunya rugi.

Amalkan tips ini:

Peluang perniagaan ada dimana-mana dan ada pada bila-bila masa. Merebut secara membuta tuli adalah perkara merugikan dalam kehidupan seorang deal maker. Yang penting, take your time to study the deal.

Jumpa lagi.

Yang cintakan internet business,
Syazwan