Hello pembaca SaifulSham,

Kami seringkali memberitahu peserta seminar, jangan putus hubungan dengan kami. Selagi anda berusaha dan sentiasa berhubung dengan kami, kami akan bantu anda setinggi mana kemahuan anda.

Kami telah memberikan banyak tools-tools secara percuma hanya untuk peserta seminar. Tahun lepas, kami memberikan 6 bulan percuma hosting. Tahun ini, kami memberikan percuma kesemua tools yang ada di ecommercemastery.com (affiliate software, ads tracking, autoresponder & shopping cart).

Yang menjadi kunci kejayaan anda telah terletak pada anda. Kenderaan telah kami sediakan, andalah pemandunya. Skill memandu pun kami telah ajar. Yang membezakan adalah, ke mana anda memandunya.

Terbaru, kami memandu seorang lagi protege seminar meraih pendapatan melebihi RM1,000 sehari hanya melalui penjualan ebook di KuasaForex.com.

Dan jumlah itu bukanlah sehari sahaja, malah telah lebih seminggu beliau meraih pendapatan sebegitu selepas pelancaran KuasaForex.comseminggu lalu.

Tahniah En. Nasir, seorang usahawan saham dan forex sepenuh masa! Dalam minggu ini, kami akan menyenaraikan satu persatu laman web bekas peserta seminar yang tidak pernah didedahkan. Tunggu~

Jadi, apa yang lebih baik dari seminar RBDDI? Beri jawapannya kepada kami.

Untuk tahu teknik En. Nasir meraih pendapatan sebegitu lumayan, anda boleh menyertai seminar RBDDI bulan Julai ini.