Kuiz dalam perniagaan internet
Hello pembaca SaifulSham,
Hari ini ada tips ringkas untuk anda. Apabila anda membina sebuah laman web, fikirkan cara bagaimana untuk menarik pelawat untuk setidak-tidaknya memberi e-mail kepada anda.
Dalam erti kata lain, bagaimana untuk tidak mensia-siakan hatta satupun orang pelawat (supaya untuk mengelakkan mereka datang dan pergi begitu sahaja).
Satu kaedah yang popular adalah memberikan sesuatu secara percuma seperti ebook, report, audio dan sebagainyalah.
Cara lain yang boleh anda lakukan adalah meletakkan KUIZ! (Siapa hendak jawab boleh jawab, tetapi untuk melihat kedudukan ranking siapakah paling tinggi dalam menjawab kuiz dengan betul, mereka perlu bagi e-mail, hehe).
Teknik ini tidaklah baru, tetapi kesannya memang hebat kepada penambahan jumlah subscriber anda. Sebabnya, sekarang bukan semua orang mahu mengambil benda percuma terutama untuk menyerahkan alamat e-mail mereka.
Jadi, salah satu cara untuk menekan mereka memberikan alamat e-mail, berikan kuiz. Ujilah siapa kalangan pelawat paling bijak sekali.
Selalunya kuiz adalah berkaitan dengan laman web. Jika anda menjual produk pelancongan, kuiznya haruslah berkaitan dengan produk pelancongan seperti tempat-tempat menarik, hotel, dan sebagainya.
Dalam dunia perniagaan, anda perlu bijak bermain dengan psikologi manusia. Kita perlu tahu apa kehendak mereka dan cuba ubahsuaikan keadaan untuk memberikan manfaat kepada perniagaan anda.
Contoh diinternet, ramai yang sukakan permainan SUDOKU. Jadi, selain daripada kuiz, SUDOKU juga boleh digunakan untuk memancing mereka bermain-main dan akhirnya memberikan e-mail mereka kepada anda.
Begitulah tips ringkas hari ini. Jumpa lagi.
W.M.Syazwan


September 4th, 2007 at 2:35 pm
salah satu cara untuk menarik perhatian pelawat, boleh juga digunakan
September 5th, 2007 at 6:09 pm
idea yang bernas! terima kasih..
January 31st, 2010 at 5:39 pm