Salam Hormat Pembaca Budiman,

Antara masalah yang paling besar saya lihat berlaku di kalangan orang bujang kelas menengah dan atasan hari ini adalah taksub pada kereta. Kalau orang bujang di kampung-kampung dan mat rempit giankan motor kapcai sebenarnya tahap orang bujang berkemampuan yang giankan kereta juga sama parah. Mungkin kerana golongan ini lebih berpendidikan, maka mereka terselamat dari pandangan negatif masyarakat. Tak percaya? Kalau rempit menampung perbelanjaan mereka dengan meminjam wang ibu bapa, kebanyakan penggila kereta in meminjam duit along, majikan dan juga rakan-rakan untuk dileburkan. Kalau rempit merempit, peminat kereta ini ada drag. Kalau rempit modify motor, car enthusiast bujang ini pun modify kereta juga. Lagi mahal kosnya.

(No offense kepada peminat kereta, tetapi saya ingin berkongsi beberapa perkara PENTING di sini). Artikel ini saya tujukan kepada lelaki muda, bujang dan tak berapa bujang. Semoga input ini dapat membantu anda mencorak kewangan peribadi yang lebih baik.

Itu statement pertama yang saya ingin buat.

Statement kedua, Kereta adalah aset yang susut nilai dengan cepat. Mungkin antara aset yang paling cepat susut nilainya selepas handphone. Bahkan, kereta yang di modify mengikut citarasa orang muda HAMPIR tidak bernilai di pasaran second hand untuk pengetahuan anda.

Saya sebenarnya menulis mengenai perkara ini kerana melihat apa yang terjadi pada rakan saya sendiri (DAFI, bukan nama sebenar). Untuk pengetahuan anda di luar sana, DAFI ini telah 3 hari tidak makan nasi dan apa juga jenis solid food (termasuk biskut & Maggi). Dalam seminggu yang lepas, DAFI hanya makan nasi 2 kali sahaja. (Sekali saya belanja). Ramai orang kata, student biasalah makan Maggi, tetapi DAFI ini sudah amat parah. Untuk membeli Maggi pun DAFI ini tidak mampu.

Dia hanya makan sebungkus Emergency Food Replacement (serbuk pengganti nasi yang saya sudah lupa namanya) setiap hari. Yang menghairankan saya, serbuk ini dibeli beliau di awal bulan lagi kerana Dafi memang tahu bahawa dia akan kering-kontang dihujung bulan. Hmm, pelik-pelik. Biasanya kalau kita dah tahu duit akan habis, kita akan cuba berjimat cermat, tetapi Dafi ini sanggup kelaparan tidak makan nasi, malah dengan bangganya berkata sebungkus serbuk pegganti nasi itu sudah cukup. :?:

Dan, sekarang adalah musim final exam. Bayangkan menghadapi exam dengan perut kosong 2-3 hari?

Jika anda bersimpati dengan mengatakan bahawa si Dafi ini berasal dari keluarga miskin, biar saya jelaskan, beliau adalah pelajar tajaan PETRONAS (ehem3…skoler Petronas tau la, betapa bestnya) dan juga pendapatan bulanan bapanya adalah 5 angka. (Bukan 5 angka belas2 ribu ya, tetapi puluh2 ribu). Nak kata bahawa adik beradik Dafi ini ramai, beliau ada seorang adik sahaja.

Jadi apa masalah Dafi ini?

Nafsu yang membuak-buak pada kereta.

Ada orang mengatakan pada saya, hendak modify kereta tu boleh, tapi kena kerja lah. Kena ada duitlah. Duit sikit jangan modify. Duit banyak bolehlah buat apa yang kita nak. Baru boleh bikin kereta… :evil:

Pada saya, pendapat ini sangat misleading. Orang putih kata BS. Seperti yang berlaku pada Dafi, bukannya duit dia sikit, dalam wallet dia ada kad kredit dibayar oleh ayah beliau lagi. Tapi bila besar periuk, besarlah keraknya.

Duit banyak, duit sedikit bukan alasan untuk berbelanja. Kita (terutamanya orang muda kena pandai mengawal perbelanjaan. Kita kena pintar personal finance, supaya kelak kita tidak terbawa-bawa tabiat berbelanja boros dan dibelenggu hutang ketika usia mencecah separuh abad.

*****************
Prioriti=Stop The Leak
*****************

Berbalik kepada kisah Dafi. Hendak kata kereta beliau Tip Top tidak juga. Water pump rosak tidak dibaiki. Sedangkan ia penting. Beliau hanya berbelanja untuk perkara kosmetik, aksesori dan bukan asas penting kereta.

Sudah banyak kali saya memberitahu beliau, kalau nak baiki kereta, tukar waterpump dulu. Nanti rosak enjin biar lama-lama. Suspension ni okay lagi, tak payah tukar lagi. Tetapi suspension juga yang ditukar dahulu (Water pump tidak diganti-ganti lagi sehingga sekarang)

Ok, tidak mengapalah. Wang dia, ikutlah dia nak tukar apa dulu pun. Seminggu selepas itu, tempoh tak makan beliau bermula. Seminggu saya lihat dia begitu, saya pun belanjalah Dafi ini tadi Nasi Lemak. Kami keluar bersama beberapa orang kawan lain. Ada antaranya car enthusiast juga.

Dalam kereta, Dafi memberitahu. Apabila scholar masuk nanti, beliau mahu servis kereta. Tukar minyak hitam di pusat servis Proton. Minyak hitam pilihan? Mach 5. Dan juga beliau mahu mengisi sekali minyak additif X1-R yang berfungsi untuk mengurangkan geseran enjin dan menambah power & smooth pada Enjin.

(*berdasarkan apa yang saya ingat. Saya cuma kenal kereta cukup2 makan sahaja)

Saya bertanya lagi, kenapa tak pakai minyak hitam biasa sahaja? Kalau minyak hitam dah power, kenapa nak isi additif lagi? Dia dengan megahnya berkata, “Nanti jimat minyak! Enjin tahan lebih lama”

Dia tahu saya concern pasal perbelanjaanya, jadi dia pun memperli. “Takpe, aku tukar kat Pusat Servis Proton. At least tak kena tukar tu, tukar ni sekali (kononnya mekanik biasa suka “ketuk” orang. Barang yang elok dikatakan rosak).

Dalam hati saya, menyirap juga. Saya ingat, kebulur dua tiga hari ini mampu menginsafkan dia. Itu yang saya kasihan dan belanja makan tu, Rupanya tidak. :roll:

Sila ambil perhatian.

Untuk mengelakkan kita menjadi papa kedana disebabkan oleh kereta, STOP THE LEAK first. Apa maksudnya? Maksudnya baiki benda-benda penting dahulu. Contoh kalau ada masalah enjin, masalah radiator, kaburetor, brek, tayar botak, perkara ini perlu diselesaikan dahulu. Kerana jika masalah ini tidak diatasi ia akan membawa kerugian jangka masa panjang. Kalau brek tak makan, nanti kemalangan kalau enjin overheat nanti meletup. Masalah. Timing belt putus nanti kena overhaul. Jadi selesaikan masalah penting dahulu.

Jangan guna minyak enjin yang terbaik sekali, tetapi enjin tidak terjaga. Membazir namanya tu.

Kemudian, aksesori kereta tu, tangguh! Melainkan jika aksesori itu boleh menambah keselesaan. Itu pun kena berpada-pada. Jangan sampai kerana kereta badan/hidup kita binasa.

Ya, kalau kita driver teksi tak apa. Sebab kereta adalah pelaburan dia. Tetapi kalau kita guna untuk kegunaan harian sahaja, jangan berlebih-lebih. Kurang arif namanya.

Fuhh, saya tahu bahasa saya tunggang langgang sedikit, tetapi saya tidak tahu bagaimana lagi untuk mengupasnya supaya muda-mudi hari ini tahu betapa kereta perlu dijaga dengan baik. Jadikan kereta hamba kita, jangan jadi hamba kereta. :mrgreen:

p/s: Oh ya, tujuan saya cerita ini juga, supaya mereka yang lebih dewasa tahu, Dafi ini bukan orang yang luar biasa. Secara kasarnya, dari 10 pemilik kereta bujang yang saya kenal, 7 lebih kurang nazak macam Dafi lah. Jadi, jika anda ada anak-anak, adik-adik… Lakukanlah apa yang patut. PESAN :smile: