Sebagai penutup minggu ini, mari kita tutup minggu kita dengan kisah yang manis-manis. :)
=======================
Perkara Satu
=======================
Assalamualaikum En Sabri

Pada malam ini (20 julai 2007) saya menerima 1st email (didalam admin@koleksibajuku.com) daripada seseorang yang ingin bertanyakan tentang baju.

Saya terkejut dan juga rasa macam tak percaya… sukar saya nak gambarkan betapa seronoknya saya. hasil usaha saya menyiapkan website akhirnya mendapat respond daripada pelawat. walaupun website saya masih lagi tidak lengkap sepenuhnya. Saya seolah-oleh ingin menjerit sekuat hati tetapi tidak boleh sebab anak2 saya sedang tidur

Respond daripada pelawat ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan saya didalam memasarkan produk saya melalui internet. Insyaallah saya akan berusaha lebih gigih.

akhir kata saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada team saifulsham kerana memberi ilmu yang tidak terhingga ini.

terima kasih sekli lagi..

En Khairul Fahmi
KoleksiBajuku.com

p/s: Sesiapa yang berminat untuk order baju tu, sila hubungi En Khairul. Kita buat dia menjerit sampai terkeluar anak tekak pula apabila dapat order pertama dari Internet. :mrgreen:
=======================
Perkara Kedua
=======================

Kita telah mempunyai pemenang untuk cabutan bertuah minggu pertama Happy Leo. (berita di sini) Tahniah diucapkan kepada En Mohd Nizam Salimin dari Johor. Semoga business anda terus sukses dan hubungan perniagaan yang baik ini dapat kita teruskan sampai bila2.