Hello pembaca SaifulSham,

Dalam kehidupan kita, ada 2 jenis masalah yang wujud. Satu masalah yang indah dan satu lagi masalah yang yang menyiksakan. Pada saya, saya lebih suka masalah yang indah dari masalah yang menyiksakan itu. Saya tahu sudah tentu anda juga bersetuju akan perihal ini. Contoh yang senang diuntuk difahami. Jika anda sudah mempunyai teman istimewa dan ingin menyuntingnya sebagai teman hidup, tetapi anda mempunyai masalah kewangan untuk membiayai hal-hal perihal perkahwinan.

Masalah anda ini adalah masalah indah kerana anda sudah mempunyai teman istimewa ditangan. Berbanding dengan masalah orang lain yang berkali-kali gagal bercinta. Haha. Sekurang-kurangnya anda lebih bertuah dari orang yang gagal dan gagal bercinta (Ini contoh sahaja). Tetapi, seringkali, ramai dari kita memandang masalah yang indah itu satu penyiksaan. Dalam kes diatas, tugas anda adalah mencari wang untuk berkahwin. Itu sahaja.

Sedangkan, orang yang gagal dalam bercinta harus terus dan terus mencari cinta. Wang kahwin satu masalah yang menanti mereka selepas itu. Haha. Itu tidak termasuk lagi mungkin tentangan dari keluarga orang yang disukainya. Sama halnya juga dalam perniagaan internet. Masalah-masalah seperti tidak tahu cara mengeluarkan duit dari Paypal bukanlah masalah yang mengerikan. Sudah tentu ia masalah yang indah kerana kita tidak akan cuba belajar mengeluarkan wang PayPal kita selagi kita tidak mempunyai wang didalamnya (Selalunya begitulah).

Belanja Duit Kahwin

Jadi, jika anda mempunyai wang didalam PayPal, masalah anda adalah masalah yang indah. Sebab, anda sudah menghasilkan wang dari internet. Anda lebih baik dari orang yang mempunyai masalah seperti tidak mempunyai masa untuk membina perniagaan internet. Anda lebih baik dari orang yang langsung tiada idea untuk memulakan perniagaan internet.

Konsep ini tidak lari jauh dari konsep “hutang yang baik” dan “hutang yang menyusahkan”. Sebagai contoh, hutang adalah baik jika digunakan untuk menambahkan aset seperti membeli hartanah (ini hutang dengan bank) dan hutang menjadi tidak baik apabila ia digunakan untuk menambahkan liabiliti. Jadi, lihat kembali kepada masalah anda. Apakah masalah yang anda hadapi hari ini adalah masalah yang indah atau sebaliknya.

Haha.

Jumpa lagi,
W.M.Syazwan