Hello pembaca SaifulSham,

Menjadi seorang public figure kadangkala pun tidaklah seindah mana. Satu ketika saya makan di kedai mamak, ada saja yang tiba-tiba muncul “eh, ni geng-geng SaifulSham kan, takkan makan sini kot”

Waduh, waduh, apakah perlu saya makan di hotel hanya sebab menjadi seorang pengasas SaifulSham.

Saya selalu menjawab, “Takpe, aku mengamalkan prinsip delayed gratification. Tunggu sampai bisnes betul-betul sukses sampai cawangan berpuluh dekat oversea baru tukar kereta baru, makan dekat hotel” (hujah mematahkan ayat-ayat perli ini)

Untuk pengetahuan anda, sehingga tahun ini, saya dan Sabri bekerja tanpa gaji. Ini bermakna, saya dan Sabri hanya hidup dengan wang scholarship sahaja. (Anda tentu terkejut kan)

Semua keuntungan perniagaan dilaburkan kembali untuk pengembangan bisnes kami terutama pembiayaan operasi bisnes luar negara yang diuruskan adik saya, Syamim.

Seperti yang anda tahu, saya tidak akan puas dalam bisnes jika saya tidak mencapai tahap Bursa Malaysia listing. Jadi, untuk memenuhi cita-cita itu, saya sandarkan wang keuntungan dan dividen kami untuk pengembangan bisnes.

(Alah, standard je tiada gaji. Steve Job pun gaji USD1 setahun tak heran pun).

Soal menikmati nikmat dunia itu saya tangguhkan dahulu. Pada saya, mana-mana usahawan perlu membuang sikap tipikal kebanyakan usahawan Melayu iaitu membelanjakan keuntungan untuk kepentingan diri sebaik memperolehnya.

Tidak salahpun untuk menikmati hasil penat lelah tetapi adalah baik untuk melengahkan kemewahan tersebut. Melengahkan disini bukanlah tunggu tanpa berbuat apa-apa tetapi menggunakan sumber keuntungan anda untuk pengembangan perniagaan anda.

Dengan cara ini, anda mampu mengembangkan bisnes pada kadar yang lebih pantas tanpa mengharapkan mana-mana pinjaman.

W.M.Syazwan