Cara Menanam Minat Dan Meninggikan Modal Insan Kepada Perniagaan Anda
Hello pembaca SaifulSham,
Selepas dikritik pelanggan beberapa tahun lalu, saya tersedar bahawa memang betullah kita harus mencintai perniagaan kita sendiri.
Satu ketika, saya mengamalkan prinsip, jika sesuatu perkara itu mempunyai potensi dikembangkan, maka sebuah laman web pasti wujud untuk menjual ‘perkara’ itu. (ayat lintang pukang
).
Tanpa mengambil kira faktor minat (passion), saya meneruskan membina laman web dan membuat promosi. Tetapi, selepas diherdik ketika tidak dapat menjawab dengan betul soalan pelanggan, saya tersedar, saya membuat sesuatu yang bukan saya minati.
Selepas daripada itu, saya paksa relanya mencari maklumat dan mengambil berat perubahan dalam bidang itu.
Oleh sebab saya tidak dapat mendedahkan apa perkara itu, saya berikan analogi mudah untuk anda.
Jika anda melihat potensi menjual aksesori automotif mempunyai pasaran besar diinternet (selepas membuat kajian di enjin carian, forum, serta perisian yang relevan), anda berhasrat membina sebuah laman web menjual peralatan aksesori automotif tersebut.
Katakan selepas anda membuat sedikit kajian, anda terjumpalah syarikat dropshipper yang menawarkan aksesori automotif pada kadar yang kompetitif.
Selepas siap laman web dan mula membuat promosi, anda akan mula berdepan karenah sebenar bidang yang sebelum ini bukan bidang anda.
Apabila pelanggan tanya, “Ada sticker ZR type tak, hantar ke Pennyslavania”.
Maka anda menjawab, “Maaf, kami tidak mempunyai model tersebut. Kami hanya ada untuk model kereta Honda, Toyota, bla,bla….”
Maka terdedahlah kedangkalan anda.
ZR type tu adalah sejenis kereta dibawah jenama Honda.
Tidak pasal-pasal anda diherdik kerana dangkal terus ilmu automotif.
Sepatutnya anda menjawab “Tidak, model ZR tidak ada dalam stok kami, tetapi kami ada model-model lain seperti Hybrid. Apapun kami akan melihat dengan pengilang dan memaklumkan kepada anda jika terdapat stok ZR”.
(Contoh sahaja, saya pun tidak pakar dalam automotif ni)
Sebab itu anda membaca dalam banyak buku berkata mulakan perniagaan dengan apa yang diminati anda. Memulakan sesuatu bidang yang bukan dalam kepakaran anda memerlukan masa untuk anda jatuh cinta kepadanya.
Tetapi saya yakin, tidak ada masalah besar sebenarnya memulakan perniagaan yang bukan dalam bidang kita dengan SYARATNYA, anda perlulah untuk mula mencintai bidang itu.
Yang benar,
W.M.Syazwan


August 28th, 2007 at 12:59 pm
ho! ho!.. saya masih berpegang kepada.. tidak perlu minat.. tetapi perlu “berpengetahuan”.. tentang sesuatu bidang yang kita ceburi..
August 28th, 2007 at 1:24 pm
Saya berpegang pada minat. Sebab kalau dah minat, apa pun kita sanggup buat.
MAcam nak tekel awek, kalau dah minat tu, apa pun sangguh buat + belajar…
Termasuklah ‘pengetahuan’ menekel awek tu
August 28th, 2007 at 1:33 pm
Pengetahuan lebih penting.. minat akan datang kemudian apabila dah “terjebak” secara mendalam..
August 28th, 2007 at 1:49 pm
Selama saya menjual item secara online, belum pernah kena herdik sebab buat salah…tapi pernah marah customer sebab tanya soalan bodoh…mungkin saya masih bernasib baik setakat ni…
August 28th, 2007 at 3:31 pm
huhu, kesian jugak yer kena herdik macam tu dgn pelanggan..emm, some part of learning jugak ni..teringat masa saya kerja sebagai salesman dulu pun slalu kena herdik, memang menyakitkan tapi saya try pikir positif contohnya, mungkin org tu ada masalah peribadi kot sebab tu dia marah2..hehe
August 28th, 2007 at 9:41 pm
kalau kena herdik pelanggan tu sabar je la…sbb customer is always right. tapi mesejnya, kena perbaiki kelemahan diri dan buktikan kita boleh buat.apa-apa pun, teruskan usaha anda…