Mempunyai Server Sendiri Atau Berkongsi Untuk Perniagaan Internet?
Jika anda mempunyai server sendiri atau menggunakan sesuatu yang mahal dan berkuasa sepertinya, jangan fikir anda sudah selamat dari masalah dan tidak perlu melakukan back up lagi.
Anda sebenarnya perlu mencari cara supaya backup automatik dilakukan secara automatik dan back-up tersebut disimpan di off-site (tempat yang berbeza dari server) seperti di komputer anda contohnya.
Mengapa ini perlu?
Saya sering mendengar dua kes yang selalu dihadapi tuan punya server. Pertama, mereka mengalami masalah dengan data center dengan “content” server mereka dan akaun mereka ditutup terus. Contohnya, akaun anda mungkin digodam (hack) dan penggodam tadi meletakkan suatu perisian spam. Bila dilancarkan ia mungkin akan menyebabkan bukan sahaja server tadi overloaded tetapi juga trafik data center tadi.
Dalam hal ini, biasanya mereka akan memberi amaran kepada pemilik server dan mengarahkan supaya perisian tadi dibuang. Tempoh yang diberikan selalunya tempoh beberapa jam sahaja. (ya, tidak salah. Beberapa jam sahaja) Dan jika katakan anda ada kesulitan (atau orang yang anda berkongsi server tadi-rakan) mengalami masalah, BOOM! Masalah anda akan bermula.
Keduanya, masalah yang sering dihadapi apabila anda deal dengan “reseller” dan bukan pemilik data center sendiri. Reseller ini menjual server pihak datacenter dengan harga yang lebih murah dari pembelian direct dari data center (kerana reseller beli secara borong).
Reseller ini pula mempunyai akaun dengan syarikat data center. Adakalanya kerana perniagaan tidak menguntungkan, mereka bankrap atau tidak dapat menjelaskan bil. Server-server tadi akan diblok dan BOOM… anda mengalami masalah lagi sekiranya tiada off site backup.
Jadi kesimpulannya, jika anda telah melaburkan banyak wang, mendapatkan server sendiri, jangan fikir anda telah selamat dari melakukan backup.


January 14th, 2007 at 2:24 am
ya, saya setuju ngan anda, kerana setiap perkara perlukan back up plan jika berlaku sesuatu di luar kawalan. so, data pun camtu, kena jugak sediakan back up ..maklumlah, xde perkara yang sempurna dalam hidup ini
January 14th, 2007 at 12:35 pm
saya memang tidak tahu nak back up data…boleh sifu cadangkan…
cara back up data yang sifu ajarkan dulu melalui cpanel telah saya ikuti…
masih ada cara lain lagikah untuk backup data…
syah
http://www.pil-fiber.com
January 17th, 2007 at 4:19 pm
yg penting backup! kalau tak backup..tak kira la server sendiri atau server tumpang.. result tetap sama.. oleh itu.. kene fikirkan…
* backup data2 skrg..hehehe