Hello pembaca SaifulSham,

Saya memahami satu sebab mengapa orang sanggup membayar sejumlah wang kepada Team SaifulSham untuk mengajar perniagaan internet kepada mereka.

Orang tersebut hendak menjadi kaya.(Saya pun mahu, itu sudah pasti)

Satu hal yang selalu dirungutkan kepada saya adalah kepenatan bekerja makan gaji. Doktor, jurutera, akauntan, dan banyak lagi orang-orang profesional yang datang ke seminar memberitahu hal ini.

Ada yang merungut bosan membuat perkara sama setiap hari, ada yang merungut sudah tidak sanggup mengikut arahan bos atasan, malah ada pun yang sudah mengambil keputusan berhenti kerja. Situasi begini sebenarnya hampir tidak terjadi dalam zaman bapa saya.

Menurut bapa saya, pada waktu sekitar 80an, semua orang muda dizamannya akan berkejar-kejar untuk mencari pekerjaan. Hatta mendapat pekerjaan seperti pegawai kerajaan, itu sudah dianggap sebagai kebanggaan sebuah kampung!

Dizaman itu, jika seorang anak muda berjaya masuk ke universiti, maka hebohlah sekampung. Maka adalah makcik-makcik yang merisik-risik untuk dijadikan menantu mereka! (cuba tanya orang muda zaman 80an, benarkah perkara ini).

Saya melihat kembali dalam zaman ini, perkara itu sudah jauh berlalu. Hari ini, masuk ke universiti adalah perkara kebiasaan. Bukan itu sahaja, malah si profesional juga sudah mula ingin keluar dari pekerjaan mereka untuk membina perniagaan sendiri.

Nampaknya kita benar-benar bertuah. Untuk menjadi kaya pada hari ini lebih mudah daripada dahulu. Ia memang lebih mudah.

Baik, jika kita perhatikan jutawan-jutawan atau orang-orang kaya di zaman 80,90 an, hampir kebanyakan daripada mereka memerlukan modal yang besar untuk membina perniagaan mereka.

Industri perkilangan dan pembinaan adalah penyumbang utama kepada kekayaan seseorang jutawan pada zaman itu. Lihatlah sahaja, Tan Sri Lim Goh Tong. Beliau kaya sebab beliau mempunyai pembangunan di Genting Highland.

Tetapi, semua itu memerlukan modal yang besar untuk bermula. Semuanya memerlukan ramai kakitangan, berisiko tinggi, serta sudah tentu jumlah pinjaman yang banyak terpaksa dibuat bagi menampung projek-projek mereka.

Hari ini, kita sebenarnya benar-benar bertuah. Sebab untuk menjadi kaya, anda hanya memerlukan idea yang kreatif! Dengan internet, segala-galanya yang nampak mustahil dahulu sudah tidak mustahil lagi.

Sebelum saya sendiri mengenali perniagaan internet, saya hanya berfikir, jikalah dapat membawa produk yang dijual ke luar Malaysia, ia sudah dianggap hebat, hatta produk saya itu dijual di Golok, Thailand :) . Sebab, saya sudah berjaya menjual ke luar negara.

Pemikiran saya ketika itu juga berfikir bahawa, kita perlu mendapat kelulusan MATRADE, perlu mempunyai gudang stor di lapangan terbang, perlu menggaji 100 orang untuk membawa produk ke luar negara. It seems you need millions of dollar to do that.

Tetapi, selepas saya mengenali apa itu perniagaan internet dan mempraktiskannya, produk saya dapat dijual ke seluruh dunia tanpa perlu saya berjumpa pegawai-pegawai Matrade, mempunyai gudang-gudang simpanan produk, menggaji selautan manusia. Saya hanya memulakan perniagaan global saya dengan kos di bawah RM500!

“You need creative idea to load your pocket with money, and you dont need to start with thousands or even millions to achive it!”

Dalam konvensyen Sabtu lepas, seorang jutawan dalam bidang dropshipper memberitahu bekas peserta alumni bahawa beliau juga bermula dengan zero cost. Dengan great idea, beliau perlahan-lahan menjadi seorang dropshipper yang berjaya!

Pada sekitar akhir 90 an dengan idea yang kreatif, seorang pengasas laman web yang menawarkan e-kad percuma, Bluemountain (ingatkah anda ia popular sekitar tahun 99), menjual perniagaannya pada harga ratusan juta dolar!

Anak muda dari UK, Alex Tew menjadi jutawan hanya dengan sebuah idea, menjual piksel di internet.

Jadi, mengapa saya memberitahu anda, begitu mudah sebenarnya untuk menjadi jutawan pada hari ini berbanding waktu dahulu. Jadi, adalah rugi jika kita masih kekal tidak mempunyai walau satu perniagaan internet.

Sama hal juga dengan nilai RM1 juta. Nilai RM 1 juta dahulu adalah berbeza daripada hari ini. Saya tahu, jika dahulu, dengan nilai RM 1 juta, anda boleh membeli 3 dan 4 buah rumah banglo di Kuala Lumpur. Tetapi kini, ada sesetengahnya separuh rumah pun tidak cukup dengan nilai RM 1 juta.

“Walau apapun nilainya, jika anda mencapai target RM1juta, anda tetap dikatakan jutawan walau dizaman manapun anda berada!”