Hello pembaca SaifulSham,

Buat kaum wanita yang membaca pos ini, (atau buat si suami mahupun si boyfriend), ada tawaran menarik untuk anda.

Bekas peserta seminar kami, Kak Nurhakimah telah melancarkan laman webnya, www.minikelantan.com dengan menawarkannya pada harga istimewa.

Untuk pengetahuan anda, sebelum Kak Nurhakimah menjual dilaman webnya, beliau menumpukan usaha menjual dilaman lelongan dan hasilnya, kebanyakan stok yang dijual disapu sampai licin oleh pelanggannya.

Walaupun pada dasarnya saya tidak bersetuju penggunaan Joomla untuk membina laman web perniagaan, tetapi atas sebab beliau telahpun mengupah pereka web (saya diberitahu pereka web Malaysia terlalu teruja dengan Joomla sampaikan ada forum khas dalam bahasa Malaysia), jadi saya tidak mahu menyuruhnya membuat 2 kali kerja. Haha.

Apapun, dimaafkanlah. Menurut Kak Norhakimah, kebanyakan pelanggannya membeli secara borong dengannya dan mereka menjual kembali di tempat mereka.

Pada saya, idea Kak Nor amat menarik. Beliau tahu ramai orang terutama yang tinggal di luar Kelantan menghadapi kesukaran untuk pergi ke Kelantan untuk mendapatkan tudung bawal dan kaftan. Jadi, beliau menggunakan internet bagi membekalkan produk itu secara terus kepada pelanggannya.

Jadi, apa lagi. Tempahlah untuk orang yang tersayang. Dan tahniah buat seorang lagi peserta seminar kami.