Salam Hormat Pembaca Budiman,

Hari ini saya ingin menulis pendek sahaja sebab tangan saya sedang kotor. Kotor bermaksud saya sedang menyiapkan sebuah laman web SaifulSham. Ini pertama kali kami menggunakan perisian ini, jadi saya terpaksalah “bergusti” dahulu dengannya sebelum saya serahkan kepada Syazwan atau staff kami untuk menghandlenya. ;)

Jika anda berminat untuk menjual banyak produk di Internet seperti Blooming.com.my atau PlanesPlanet.com, tips saya, anda perlu mempelajari Zen Cart.

1) Belajar Installation Zen Cart
2) Tahu Bagaimana Untuk Add Produk di Zen Cart
3) Tahu Bagaimana Untuk Customize Zen Cart
4) Tahu Bagaimana Untuk Tambah Plug In di Zen Cart
5) Apabila anda sudah tahu keempat-empat perkara di atas, selalunya sale pertama sudah berjaya dilakukan. :)

Saya perlu memberi tahu anda, ia tidak mudah. Tetapi ia tidaklah sukar sangat.

Tips: Baca Readme dan Panduan TXT yang ada dalam folder-folder mod tersebut

Saya belajar membina laman web dengan sebuah blog. Tetapi Zen Cart inilah yang telah mengetuk-ngetuk kepala saya, membuat saya sakit perut, pening kepala dan mempercepatkan lagi proses memahirkan diri saya dalam membina laman web. Apabila anda dapat menguasai Zen Cart, anda dapat menguasai semuanya. :)

Zen Cart Untamed Shopping Cart

Oh ya, jika anda belajar menggunakan Zen Cart. Belajar! Jangan gunakan laman web tersebut untuk menjual. Strictly for testing only sebab anda pasti akan melakukan kesalahan sehingga terpaksa delete dan install semula Zen Cart tersebut.

Jika anda ingin segera nampak hasil dari perniagaan internet anda, gunakan website model salesletter. Ia lebih lenient. Zen Cart untuk mereka yang mahu “cabaran” (dan mempunyai kesabaran yang tinggi dan tidak terdesak) ;)