Hello pembaca SaifulSham,

Hari ini tips yang mudah. Praktikal dan berkesan.

Saya tidak tahu apakah sebenarnya rahsia yang menyebabkan KingFuelSaver.com milik kami memecah rekod conversion rate kesemua laman web perniagaan kami (termasuk yang tidak diberitahu).

Jika dilihat daripada sales letter, saya akui sendiri bahawa saya menulisnya dengan pantas kerana mengejar masa, jadi ia bagi saya bukanlah mengancam. (Akan diperbaiki dari semasa ke semasa)
Dan itulah satu-satunya produk dimana saya meletakkan gambar saya dan menceritakan segala-galanya mengenai diri saya.( berbeza dengan laman web perniagaan lain dimana saya tidak memberitahu identiti saya –sebab satunya saya sentiasa risau jika orang luar tahu Malaysia terletak di Asia, sebab saya pernah menghadapi situasi dimana orang Eropah meragui produk daripada Asia).

Saya cuma fikir bahawa sebab utama yang memberikannya conversion rate sehingga lebih 10 peratus setakat ini adalah telefon. Boleh dikatakan 30 peratus pelanggan yang membeli menelefon ofis sebelum membeli.

Walaupun kadangkala agak penat melayan pertanyaan, ia satu situasi yang baik.(Yang telefon bukan saya, jadi tiada tambahan kos untuk bil telefon).

Jadi, tips hari ini, sebolehnya, letakkan nombor telefon anda pada mana-mana laman web perniagaan sebagai satu pemangkin jualan.

Sebenarnya, saya tahu masih ramai lagi pelanggan KingFuelSaver.com yang sebenarnya membeli kerana melihat nombor telefon terpampang di laman web.Walaupun mereka tidak menelefon saya, tetapi mereka tahu dimana mereka boleh hubungi jika mereka menghadapi masalah.

Elakkan memberikan nombor telefon peribadi seperti telefon bimbit. Jika tidak mempunyai telefon talian tetap, anda boleh membeli nombor telefon prepaid khas untuk perniagaan internet anda. Ia khas bagi menjawab soalan dan pertanyaan bagi produk anda (Jangan beritahu kepada saya pek prepaid mahal, tidak sampai RM10 pun!)
Percayalah, sehingga hari ini, saya masih tidak percaya laman web perniagaan baru serta masih belum lengkap siap, KingFuelSaver.com mencatatkan conversion rate paling tinggi.

Yang saya tahu, memang ramai pelanggan menelefon sebelum membeli!

Jadi, apa lagi? Jika ia memberi kesan positif pada perniagaan kami, mengapa tidak anda lakukannya sekarang?

P/S: Segala bentuk eksperimen Team SaifulSham terhadap laman web perniagaan akan diserap ke dalam modul seminar dan konvensyen bekas peserta seminar. Jadi, mengapa tidak anda mendaftar ke seminar kami? Jika berminat, sila klik disini.